56

67.5K 3.8K 561
                                    

"Good morning." Tersentak Safa apabila pinggangnya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Siapa lagi kalau buka si bapak Saqif yang memang suka menyendeng pagi-pagi. Orang nak buat sarapan pun tak senang.

"Saqif mana?"

"Saqif pergi kejut Naufal bangun. Jadi saya boleh tolong awak kat dapur." Thaqif sengih.

"Rasa tertolong sangat.." Safa cubit tangan Thaqif sebelum lelaki itu melepas tawa besar. Senang hati pagi-pagi dah dapat mengusik bini dia.

"Pasal Safiya tu, kita pergi rumah Nasha ya?" Safa tolak tangan Thaqif dipinggang sebelum dia bergerak mengambil bekas.

"Ya." Thaqif merampas senduk di tangan Safa. Berganti dia yang membantu isterinya memasukkan mee goreng ke dalam bekas untuk dihidang.

Safa senyum tipis sebelum dia bergerak pula ke satu sudut mengeluarkan jug minuman.

"Saya rasa serba salah tengok keadaan dia macam tu. Dia nak luah tapi dia tersekat. Dari kecil sampai besar dia selalu terbeban dengan meluah mungkin akan sakitkan orang. Jadi dia diamkan.."

Thaqif diam tidak meninggal komen.

"Pertama kali saya tengok dia menangis macam tu. Safiya,," Safa berhenti dari kerja-kerjanya seperti mengingat kembali segala punca.

"Safiya tak pernah menangis sebab saya.."

Cup!

Tersentak apabila pipinya tiba-tiba dikucup Thaqif dari belakang. Segala lamunan mengganggu kepalanya sekarang berselirat dengan senyum tak bersalah suaminya.

"Safiya ada sebab sendiri kenapa dia tak menangis. Kita tak patut salahkan diri tapi kita kena bangga dengan dia."

"Okay?" Thaqif tarik tangan isterinya.

"Ehem ehem!" Dengan muka separuh mamai Naufal berdiri di sudut dapur sambil mengendong Saqif.

"Siapa taruk beruang kecil ni dalam bilik saya?" Naufal tunjuk bayi kecil didukungnya.

"Kenapa?" Tak bersalah Thaqif menyoal.

"Itulah mak ayah ajar benda tak elok depan anak. Anak pula buat tutorial dengan Pak Su dia. Habis muka aku penuh dengan air liur dia." Naufal mengomel sambil mengesat kesan air liur Saqif di mukanya. Mana tak terkejut bangun-bangun je tengok Saqif bermain air liur di mukanya.

Siapa lagi punya kerja kalau bukan abang dia yang tak bertamadun tu.

"Baguslah, tak payah susah-susah kau cuci muka."

"Tengok Kak Safa! Pengotor laki Kak Safa ni!" Naufal bengang memandang abangnya.

"Dah ambil ni! Pergi susukan Saqif kat luar." Thaqif sua botol susu Saqif kepada Naufal.

"Sampai hati kau abang.."

"Hahahaha.." Safa tak habis geli perut mendengar celoteh adik beradik itu.

"Pergi-pergi.." Thaqif menghalau buat Naufal muncung akur melangkah keluar dari ruang dapur. Dan baru beberapa langkah, dia kaku melihat Safiya yang baru sahaja menuruni tangga.

Mereka saling berpandangan kelu tidak tahu bagaimana mahu memulakan sapaan.

"Oh, abang Naufal tidur sini juga." Mata Safiya jelas sembab mungkin semalaman dia menangis mengenangkan sahabatnya.

"Ya, Safiya dah bangun?" Naufal teguk air liur.

"Ya." anak mata hitam Safiya jatuh memandang botol susu dipegang Naufal.

"Abang nak susukan Saqif ke?"

"Hmm kena dera dengan abang Thaqif."

"Safiya tolong." Safiya menghampiri Naufal yang mengambil tempat di atas sofa. Botol susu ditangan Naufal dicapai lalu dibuka penutupnya.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now