Bab 37 - Takdir (Akhir)

604 49 20
                                    

"BETUL? Kau tak akan menyesal?"

Zain menyoal Affan dengan rasa terkejut. Malah, bukan Zain sahaja yang terkejut, tetapi aku juga.

Aku pandang muka Affan. Soalan Zain tadi, hanya dijawab dengan senyuman. Aku jadi bodoh hendak mentafsir senyuman jenis apa yang Affan pamerkan. Aku tak percaya yang Affan akan melakukan sesuatu yang di luar dugaan.

Bukankah sebelum ini dia seorang yang cemburu? Melepaskan apa yang selama ini dikejar dia, mustahil untuk dia lakukan. Malah, semakin kuat rasa itu, semakin Affan akan mengikat kuat, malah mengongkong erat.

"Aku tak sanggup, Fan. Kau dan Mira datang menziarahi aku sekarang pun sudah berbelah rasa. Aku tak sanggup. Aku pasti, keputusan ini berat untuk kau sebut, tapi mungkin sebab kau lihat keadaan aku, dan kau rasa kasihan dengan nyawa tak lama di badan, maka kau sebut.

Tak perlu Fan. Ia menyakitkan aku walaupun, mungkin ia juga membahagiakan bila ia berlaku. Tak perlu ada mana-mana hati yang perlu dikorbankan sebab kasihan."

Aku menarik nafas panjang. Affan faham aku. Zain juga nampaknya mengerti perasaan aku. Affan nak buat sesuatu demi aku dan Zain.

"Mira jangan pernah rasa kesal. Saya tak pernah menyalahkan Mira apatah lagi menyesal dengan aturan Tuhan. Ini memang bahagian saya. Tidak ada kena mengena dengan Mira. Dan, Mira jangan kecil hati bila saya menolak apa yang Affan nak buat."

Terima kasih, Zain. Tetapi ... jika awak nak tahu, saya tak kisah pun untuk menjaga seorang suami yang cacat. Andai pertemuan kita ini berlaku sebelum saya dan Affan ada apa-apa ikatan, saya boleh sahaja terima awak.

Suara itu bergema di segenap ruang jiwa.

"Aku lelaki macam kau, Fan. Rasa apa yang kau rasa bila tunang bertemu semula dengan seseorang di masa silamnya. Tentu goyah. Aku dah cukup bersyukur bila Mira sanggup datang dan jumpa aku. Malah, aku juga bersyukur dapat kenal kau, Fan. Sekurang-kurangnya, aku tahu jodoh orang yang pernah aku sayang itu bagaimana orangnya."

Affan tidak membalas. Dia hanya merenung wajah Zain, malah membelek-belek pula kaki Zain.

Sesekali, aku perasan ketika aku berbual dengan Zain, Affan merenung aku dari sisi. Aku takut, dan aku jadi kaku bila ada tunang di sebelah ketika aku berbual dengan lelaki yang cintanya telah menjadi sejarah.

Rasa serba salah aku, ketika Affan bertanya pada Zain apa yang dia rasa bila dijaga oleh seorang kakak yang sudah berkeluarga.

Dan, Affan nampak tenang ketika menyambung soalan pada Zain andai ada orang yang sanggup bernikah dengannya dan menjaga dia, adakah dia sanggup membuka hatinya?

Tetapi, Zain tidak menjawab. Dia kembalikan soalan itu padaku pula sehingga aku terdiam.  Malah, menjadi konflik untuk aku menjawabnya, walaupun Affan mengangguk bersedia mendengar seikhlas lafaz kata.

Aku soal diriku.  Sanggupkah aku menjaga seorang suami yang cacat dan yang keadaannya tak kurang lebih, seperti Zain?

Tanpa memandang pada Affan, aku menjawab, ya. Nama pun suami. Mengapa aku nak lari dan tinggalkan? Lebih-lebih lagi bila sudah benar sayang.

Soalan dan pertanyaan tentang keadaan diri dan hati mati di situ sahaja. Perbualan kami mula menjurus kepada persoalan semasa. Keadaan ekonomi negara, perpaduan ... malah tempat percutian menarik bulan madu!

Zain Asri yang di hadapanku seolah-olah Zain Asri yang baru. Dia rancak bercerita, malah memberikan cadangan beberapa tempat menarik untuk bulan madu.

"Aku, kalau ada duit, memang nak bawa isteri ke Mekah. Buat umrah sambil bulan madu. Tak sangka aturan Allah begini. Dia sayang aku. Dia tak nak aku sekadar pergi Mekah, tapi nak suruh aku terus ke Jannah! Ada bidadari tunggu aku," Zain Asri bercanda dengan Affan.

Kenangan (Completed)Where stories live. Discover now