Bab 15 - Lelaki

224 44 5
                                    

BILA kita tak lawa, tak pandai bergaya ... tak punya apa ... cubalah untuk ada satu perkara. Iaitu, yakin!

Aku, masa mula-mula masuk universiti memang kurang keyakinan. Lebih-lebih lagi bila nampak coursemate yang cukup segala sifat. Kaya, cantik, tampan ... bergaya.

Dalam hati sudah rasa rendah diri teramat. Ayah aku cuma seorang pekerja kilang, dan mak suri rumah tangga yang belajar tak tinggi mana. Aku tak ada abang atau kakak yang boleh kujadikan rujukan atau bergantung harap. Tapi, aku selalu ingat yang aku ada Dia. Allah yang satu. Aku tak ada apa-apa, tapi Allah ada segalanya. Aku boleh minta apa sahaja pada Dia, asalkan aku tak mengenepikan Dia dalam setiap urusanku.

Semester pertama memang aku tidak fikir apa selain daripada belajar. Syukur, aku dapat anugerah dekan walaupun sekadar atas pagar. Aku fikir, orang lain akan dapat result yang lebih baik berbanding aku, tapi tak sangka yang dapat anugerah dekan itu tak ramai. Boleh dibilang dengan jari. Yang dapat four flat bagi semester satu pun tak ada.

Dari sini, aku bina keyakinan bahawa rupa paras, harta bukan ukuran untuk maju. Jika kita tidak ada semua itu, tapi kita punya ilmu dan kepandaian lebih berbanding mereka, kita tidak kurang, tidak lebih akan berada sebaris dengan mereka.

Benar. Dengan keputusan anugerah dekan pada semester pertama, aku mulai dipandang. Sudah ramai yang mendekati dan berkawan. Walaupun budak lelaki yang selama ini seolah-olah ingat aku kuman di hujung lautan. Ada, tapi tidak pernah wujud di pandangan mata mereka juga mula bertegur sapa. Mula meminjam nota.

Sehinggalah pada suatu hari bila aku menangis kerana jenaka mereka. Rupa-rupanya, tidak terpandang, tidak dikenali itu lebih baik buat orang seperti aku.

Naik semester kedua, Zalita mengajar aku memakai krim muka dan gincu bibir. Katanya, wajah aku terlalu pucat. Pada mulanya aku tidak mahu. Lebih-lebih lagi gincu bibir Zalita warnanya terang sangat.

Tetapi, bila dipujuk berterusan oleh Zalita yang mengatakan ia perkara normal bagi seorang wanita, dan tidak akan ada yang perasan, aku ikutkan. Aku sendiri memujuk hati dengan mengatakan bahawa, 'Relaks, Mira. Kau bukan orang terkenal pun yang mereka nak perasan akan perubahan pada wajah kau.'

Maka, aku dengan yakin mengenakan secalit gincu yang agak terang warna. Itupun sudah aku lap dengan tisu bagi mengurangkan warna merahnya.

Mana kutahu yang ada mata-mata yang masih perasan akan kewujudan aku. Malah, perasan pula sesuatu yang baru pada wajahku. Selama ini mereka tidak pernah menegurku. Tetapi, bila aku melakukan sesuatu yang baru, yang pada mereka, lucu ... mereka menegur.

Sumpah! Aku rasa terhina. Rasa seperti badut yang sedang ditertawakan perasaannya.

"Mir, kau baru dapat boyfriend ke?"

Masa itu, aku tak faham. Bila dihala jari telunjuknya pada bibir dia, pantas kusentuh bibir sendiri. Oh, gincu bibir! Aku sendiri terlupa yang aku memakai sesuatu di situ.

Saat itu baru terasa sinis soalannya tadi. Seolah-olah, aku sebagai gadis hanya mencantikkan diri kerana lelaki. Cantik? Mungkin tidak! Lebih kepada buruk dan nampak baru sangat nak belajar meletak alat solek sehingga ketara di mata mereka.

"Merah menyala macam apa je!"

Ayat sambungan ini memang buat aku sentap. 'Apa je?'. Adakah dia nak merujuk kepada perempuan lorong? Yang bersolek melampau untuk mencari pelanggan? Aku tarik senyum nipis sebelum berlalu dari situ. Tidak mahu terus dihina walaupun mereka mungkin menganggap ia teguran biasa.

Aku menuju ke tandas. Menghadap cermin sebelum air mata berjurai. Mujur tak ada manusia lain. Aku bersihkan muka. Kutonyoh bibir yang bersalut warna itu dengan belakang tapak tangan. Aku tak ada tisu. Hanya air yang kuharap dapat membantu menghilangkan warna yang mencela muka.

Kenangan (Completed)Where stories live. Discover now