Bab 25 - Masalah

206 40 11
                                    

"MIRA bergaduh dengan bos?"

Malam itu Affan menelefon aku. Hubungan kami kembali jernih. Sebenarnya, tidak ada apa pun yang keruh kecuali dia gagal kawal emosi dan menengking aku tanpa sengaja. Aku pula sedang dalam mood PMS dan memang mudah bosan terhadap satu-satu perkara, juga manusia.

"Mana awak dengar cerita?" Memang aku ada bertegang leher dengan Encik Mus siang tadi. Bukan hal dinner, sebaliknya pembahagian kerja. Ia ada kaitan dengan bos Affan juga. Tapi, hal itu sudah selesai.

Affan ketawa, "Bos saya cerita pada saya. Dia kata, 'awek you garang'. Jadi saya tanyalah kenapa dia labelkan Mira begitu."

Aku terdiam. Berdegup laju jantung aku. Affan sedar tak apa yang dia sedang sebut dalam ceritanya?

"Mira?"

"Err ... ya!"

"Kenapa diam?"

"Oh, tak ... tak ... saya lost sekejap. Tengah tengok prosedur ni ..." Memang kebetulan aku sedang membaca prosedur yang aku lakarkan dalam bentuk carta sekejap tadi.

"Emm ... kalau Mira kena paksa juga siapkan prosedur tu, dan ada masalah ... bagi tahulah saya. Saya boleh tolong."

"Kenapa bos awak boleh simply pick-up nama saya?" Tiba-tiba aku terasa nak tanya. "Kenapa bukan orang lain? Dan, kalau awak boleh buat, kenapa dia tak serahkan pada awak?" tanyaku dengan rasa tidak puas hati. Mentang-mentang aku sudah menyelesaikan bahagian aku!

Hafiz pula tidak sempat hendak siapkan bahagiannya. Kononnya sibuk dengan kerja hakiki, jadi aku kena ambil tanggungjawab tu! Hei, tolonglah!

Semua orang memang terikat dengan tugas hakiki. Dan, tugasan committee ini hanyalah kerja tambahan. Tetapi, bila sudah bersetuju, kenalah buat. Kalau tak sempat buat di pejabat, balik rumah pun boleh, kan? Aku sendiri menggunakan masa peribadi untuk menyelesaikan prosedur yang diamanahkan. Hafiz ni sengaja mengelat! Dan, bos-bos ini pun ramai yang termakan dengan bicara lembut dan 'profesional'nya!

Sudahlah tempoh hari kata nak berkongsi cerita malam dinner dengan aku, terus buat lupa. Janji nak telefon balik, tapi tak telefon pun. Hanya bila dihimpit masalah, baru cari aku. Bila aku tolak, lapor terus pada bos aku dan bos Affan selaku ketua projek. Minta simpati.

"Bos saya tak simply pick-up. Dia lihat kerja Mira kemas, teliti dan cepat. Sebab itu dia pilih Mira. Kalau saya pun, saya pilih Mira."

"Letihlah kalau begitu. Asal perform je, tambah kerja. Kerja orang lain pula tu! Tapi, at the end, bila project tamat, orang tu pun dapat benefits juga. Kita, dapat apa?" Aku meluahkan rasa ketidakpuasan.

"Macam mana keputusan pembahagian tugas Hafiz tu?" Affan serongkan perbincangan. Mungkin dia tidak suka aku marah-marah.

"Saya terima tugasan tu, tapi ... bersyarat!"

Aku terdengar tawa kecil Affan.

"Apa syaratnya?" Dia bertanya dalam sisa tawa.

"Saya nak nama saya sebagai penyedia prosedur tersebut. Bukan nama Hafiz. Dan, daripada dua tugasan tu, saya nak Hafiz pikul satu juga. Dia tak bolehlah nak serah semuanya walau sesibuk mana pun dia. Dia masih committee. Kalau betul sibuk, lepaskan semua sekali. Bukan hanya kerja, tapi nama sebagai committee juga. Sila keluar daripada committee jika betul busy."

"Bos Mira dan bos saya setuju?"

"Apa pilihan yang mereka ada?"

Affan ketawa.

"Affan, awak tak jawab soalan saya tadi. Kenapa bos awak tak serahkan tugas Hafiz pada awak, sebaliknya saya. Kalau kata tentang performance, awak juga perform. Awak juga sudah menyelesaikan tugasan awak."

Kenangan (Completed)Where stories live. Discover now