Bab 6 - Perhati

500 47 15
                                    

ENTAH aku yang perasan atau, realiti.  Selalu sangat perasaan rasa diperhatikan itu, mencuit-cuit. Sewaktu sedang memasukkan data ke dalam komputer, dan sewaktu kaki menapak ke surau.

Kadang-kala, ketika aku membelek buku-buku yang dijual di hadapan surau juga, perasaan itu jadi kuat. Seolah-olah, pemerhati itu berada dekat sangat.

Perasaan yang sudah beranak di dalam diri aku sebelum Yati muncul lagi. Bila dia muncul, kufikirkan, ia akan hilang. Mungkin yang memandang itu, dia. Baru sekarang dia berani menegur. Tetapi, bila kuhitung-hitung rasa, dan tempoh keberadaan Yati di kilang ini, tidak selari.

Yati baru mula bekerja sehari sewaktu dia menegurku di surau. Sedangkan, rasa diperhati itu sudah ada sebelum Yati bekerja. Malah, rasa itu semakin hari semakin kuat dan meyakinkan bahawa aku benar sedang diperhatikan.

Seminggu selepas aku memulakan kerja di sini, berlaku satu kemalangan dalam kilang. Seorang pekerja lelaki yang aku rasa, masih di awal usia 20-an telah ditimpa oleh panel besi yang melorot tiba-tiba. Kepalanya terbelah. Darah tidak berhenti mengalir. Sewaktu dibawa ke klinik, dia meraung. Aku yang melihat, jadi panik.

Tetapi, Kak Ani sebagai staff nurse berpengalaman hanya berlagak biasa. Darah dan luka besar di kepala pekerja itu ditangani seperti menangani luka terhiris pisau di jari sahaja.

Oleh kerana tiada doktor, Jess juga tiada, Kak Ani meminta aku membantunya. Dia akan menjahit kepala budak lelaki itu!

Jahit bukan dengan ubat bius, sebaliknya dijahit hidup-hidup! Melihat budak lelaki yang lebih kurang baya aku itu meraung, aku jadi berani pula. Malah, teruja pula hendak jadi nurse pembantu.

"Mir, tolong akak ambilkan jarum yang sederhana besar."

Di hadapan aku terbentang beg kain yang di dalamnya melekat beberapa jenis dan saiz jarum. Bukan macam jarum jahit baju yang lurus itu. Sebaliknya jarum jahit orang yang berbentuk macam mata pancing. Yang aku sudah awal-awal membayangkan bagaimana mata cangkuk itu ditusuk, lalu benangnya ditarik melalui kulit.

"Yang ini ke, kak?" Aku bersuara sambil menghulurkan jarum yang paling sederhana saiznya.

"Hah, ya betullah! Mir, takut tak? Nak tolong akak?" Kak Ani mempelawa tanpa menghiraukan manusia seorang yang tak habis meraung.

"Eh, nak!" Cepat aku mendekat. Waktu itu, budak lelaki yang kepalanya berjejeran darah, yang sedang dipegang oleh seorang abang berbadan gempal, mungkin rakan satu line dengannya atau mungkin juga penyelia, budak itu memanggung kepala. Memandang pada aku. Mata kami bertaut seketika.

Aku menghulurkan senyuman padanya. Yalah, kasihan kot. Berlubang kepala dia. Ingat tak sakit ke?

Dia, langsung diam. Tidak lagi meraung. Hanya mengaduh sedikit ketika Kak Ani memasukkan mata cangkuk ke kulit kepalanya yang terkoyak. Dia masih mengikat pandang. Aku lihat, dia seakan tenang bila aku terus menyulam senyum pada dia. Jadi, aku pun berdirilah di situ. Acah memberi semangat.

Kak Ani perasan tentang perkara itu, tetapi tidak berkata apa. Dia hanya tersenyum dan bermain mata dengan aku. Dia suruh aku terus berdiri dekat agar budak itu senyap. Mudah sedikit dia hendak menjahit kepala budak itu.

"Ada awek kat sebelah baru nak senyap."

Tiba-tiba abang yang pegang tubuh budak lelaki itu bersuara. Aku pun tersentap sama. Yalah, 'awek' yang dimaksudkan itu, diri aku kot! Mahu tak sentap!

Tersipu-sipu budak tersebut.

"Mir, tolong telefon Abang Amin. Minta dia datang cepat. Suruh dia bawa ambulans syarikat. Kena hantar ke hospital juga ni. Akak jahit sekadar nak tutup lubang luka, nak hentikan darah.  Report pun kena buat. Ini dah jadi kes SOCSO."

Kenangan (Completed)Where stories live. Discover now