Bab 34 - Cara dia

227 42 3
                                    

MALAM itu, kursus bermula. Pengajar dari syarikat luar yang dibayar memulakan sesi selepas makan malam. Aku, selain daripada memegang status penyelaras progam, turut menjadi peserta kursus. Cuma, itulah ... bila 'memakai dua topi' pada satu masa memang tidak fokus sangat. Telinga mendengar syarahan, mata meliar melihat fokus peserta!

Aku lihat, kursus pada waktu malam ini lebih menyegarkan mata dan minda mereka berbanding pada waktu petang. Petang, mereka layu mata. Sesekali, mata melirik pada bakal imam. Bila pandangan bertembung, mula lampu bumbung jadi tumpuan!

Dia hanya tersenyum.

"Tuan, sudah masa makan!" Adrian jadi alarm. Memang sebelum supper, ada satu waktu rehat yang dijadualkan. Tak lama. Dalam lima belas minit untuk makan kudapan dan sesi 'asap' bagi yang merokok. Dan aku tahu, Affan tidak merokok. Itu sudah kupastikan awal. Salah satu sebab aku menolak Hilmi suatu waktu dahulu, ini sebabnya. Yang lain sebab dia muda dan tak kuat pendirian.

"You, Ed ganggu fokus I!" Lei yang sedang seronok belajar, bersuara.

"So, Puan? Mahu teruskan sehingga tamat atu break seperti jadual?" Tenaga pengajar itu menyoal aku. Puan? Aku belum kahwinlah!

"Banyak lagi ke modul untuk malam ini?"

"Sikit lagi. I need another ten to 15 minutes to complete the module."

Aku memandang ke arah Adrian, "Boleh ya, Ed. Lepas ni boleh terus kemas and have a long break. Lepas makan, boleh terus ke bilik karaoke."

"Karaoke?"

Aku mengangguk. Tersenyum. Aku pun baru tahu daripada Cik Maneesa. Hotel bagi complimentary penggunaan bilik karaoke dengan fasiliti di dalamnya untuk malam ini sahaja. Perlu tamat sebelum jam 12 malam.

"Boleh, Mir! You should tell us ealier! Haih, you punya fiancée ni kan Affan ... suka buat surprise." Dia tepuk bahu Affan. Affan hanya tersenyum.

"Okay, let's continue!"
.
.
.

AKU sebenarnya, tidak sukakan hiburan. Lebih-lebih lagi bila melibatkan percampuran lelaki dan perempuan. Walaupun kebanyakan committee bukan Islam, tetapi aku tetap risau. Takut jika berlaku sesuatu yang boleh menyebabkan aku disalahkan. Tetapi, aku juga tidak patut merahsiakan kelebihan yang diberikan oleh pihak hotel. Ini salah satu daripada strategi pemasaran mereka.

Mungkin satu hari nanti salah seorang peserta berminat untuk mengajak ahli keluarga bercuti, boleh pertimbangkan hotel ini bila melihat akan kemudahan yang ada. Aku tak nak halang rezeki orang. Tak mahu juga mengkhianati peluang mereka.

Aku perlu pantau dan percaya. Mereka juga punya maruah dan akal yang akan menghalang tindakan tidak bermoral. Mereka punya agama. Dan, setiap agama di dunia mengajar perkara yang baik-baik sahaja.

Bilik karaoke itu agak besar. Ada bar kecil yang penuh dengan makanan ringan di atas raknya. Ada peti sejuk kecil juga. Aku lihat, tiada minuman beralkohol yang disimpan di dalamnya. Hanya ada minuman bergas dan air mineral. Syukur.

Bila Affan turut menjengah sama ke dalam peti sejuk, kusapa dia, "Nah, hulur pada dia orang!" Aku keluarkan beberapa tin minuman bergas dan beberapa botol air mineral.

"Kena buat kerja juga?"

"Tak boleh, eh?" Kusoal dia sebelum aku menjengah ke ruang karaoke, "Err ... Hafiz ..."

Cepat Affan menghadang pandangan aku. Dia berdiri di hadapan muka aku.

"Jangan cari fasal. Saya cuma main-main tak nak tolong, cepat Mira cari orang lain. Kenapa nak panggil dia?"

"Habis ... awak kan tak nak buat kerja. Datang sini cuma nak berkursus dan bersantai ..."

"Bukan itu maksud saya. Kenapa mesti Hafiz? Kenapa bukan orang lain? Adrian ke, Arun ke ... Mira sengaja kan, nak menguji saya? Saya tak cemburu sangat kalau bukan dengan orang kita."

Kenangan (Completed)Where stories live. Discover now