BAB 7

2K 111 8
                                    

"BAIKLAH otak kecilku yang pintar, jom kita fikirkan rancangan untuk menjayakan misi kita iaitu Misi Sakitkan Hati Rian atau singkatannya..." Damia kerling jendela biliknya yang terbuka.

"M.S.H.R." Damia tayang senyum bahagia. Dia dapat rasakan misinya akan berjaya! Kalau dengan meminta Tan Sri Azizi memecat jejaka itu, pasti saja gagal. Kalau suruh Rian letak jawatan, memang tidaklah jawapannya. Oleh itu, dia sendiri akan gunakan kudrat yang ada untuk buat Rian sendiri yang melutut dan merayu untuk dipecat!

Kedengaran kejam bukan? Biarlah! Damia sudah tidak pedulikan itu semua asalkan Rian lenyap dari pandangan matanya. Pen dan kertas A4 kosong dicapai. Jemari Damia mula melakar startegi. Lima minit berlalu, kertas kosong masih kekal bersih. Damia kekeringan idea sebenarnya.

"Apa nak buat ya?" Damia berguling-guling di atas tilam empuknya. Sedang Damia memikirkan idea untuk mengenakan Rian, bayangan lelaki itu hadir menyapa ingatan. Satu-satu kebaikan lelaki itu terulang di minda. Damia gigit bibir.

"Rian dah banyak tolong aku. Dia juga pernah bahayakan diri dia untuk aku. Dia bahkan tak pernah ambil kesempatan walaupun otak dia tu kadang-kadang tiga suku dan gatal miang sikit. Dia... Dah jalankan tugas dia dengan baik... Kenapa dia masih perlu dipecat, kan?" Damia mula ragu. Alamak... Macam mana ni? Damia teringat pula latar belakang Rian ketika sesi perkenalan mereka yang kedua di dalam kereta.

"Saya ni orang susah. Adik saya yang paling tua tu kerja cuci pinggan kat restoran. Gaji pun tak adalah banyak mana. Yang lagi seorang tu tolong mak jual kuih. Abah lumpuh. Dia accident dalam tiga tahun lepas."

"Alahai... Kenapa aku rasa bersalah ni?" Damia mula serabut.

Nombor Aqilah didail. Beberapa saat kemudian, panggilan telah disambungkan.

"Assalamualaikum, Qilah."

"Wa'alaikumsalam, Cheese. How's your life?" Sapa Aqilah.

"She's not fine. Hmm..."

"Kau ada masalah, just cerita pada aku. Aku sudi nak dengar. Kalau nak minta pendapat atau nasihat, go on. Tell me apa yang perlu diberi cadangan dan apa yang perlukan nasihat." Ujar Aqilah tenang. Terserlah kematangan dalam nadanya. Itulah sebabnya Aqilah selalu digelar 'mak' oleh Fawwin, Alia dan dirinya.

"I hate Rian, Qilah. I really do."

"Atas sebab apa kau benci dia? Sebab dia bodyguard kau? Sebab dia jalankan tugas dia?" Teka Aqilah. Damia terkedu sebentar.

"Hmm.. Itu pun ada dalam senarai reason aku tak suka dia. Tapi sebab yang paling utama adalah sebab dia tu menggangu privasi aku. Aku tak suka bila dia ada berkepit dengan aku 24 jam. Aku tak suka bila dia membebel macam aku ni budak tadika. Aku tak suka bila dia tu datang sewel gatal semacam. Aku tak suka sebab lidah dia tu tajam, berbisa dan suka cakap lepas! Aku betul-betul tak suka and don't you ever mention tang 'jangan benci benci nanti jatuh cinta' tu sebab aku memang tak suka dia!" Damia mendengus kasar. Aqilah kekal diam. Dia tahu Damia belum habis meluah lagi. Dia menanti bicara Damia yang seterusnya dengan tenang.

"Apa yang istimewanya dia pun aku tak tahulah! Papa aku lebih percaya dia daripada aku. Papa aku bagi peranan penting kat dia iaitu menentukan bakal suami aku. I can't believe when he said, ' Malangnya pendapat saya diperlukan untuk papa awak luluskan calon suami awak tu.' Kau boleh brain tak? Masa depan aku diletakkan 50% kat tangan orang luar! Apa yang penting sangat Rian tu pun aku tak tahulah!" Tinggi rendah suara Damia meluahkan isi hatinya.

"Salah ke kalau aku nak singkirkan dia dari hidup aku, Qilah?"

"Alright, Damia. Calm down. My opinion will probably make you disagree but that's just my opinion. You have the right to decide because this is your life," ujar Aqilah.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now