BAB 29

1.3K 77 4
                                    

"YOU tak nak bagitahu I sesuatu ke?" Soal Damia kepada Edward. Dia dan Edward sudah dua minggu tidak bersua. Mesejnya juga tidak dibalas. Panggilan telefonnya sering ditolak. Damia jadi buntu. Hari ini dia mencuba nasib lagi dan ternyata nasibnya baik. Edward menjawab panggilannya.

"Bagitahu apa?" Soal Edward. Dia bukan sengaja menghilangkan diri. Dia cuma nak mengelak dari ditanya soalan yang baru ditanya Damia tadi. Dia belum bersedia. Semangat yang berkobar untuk jujur lesap sebaik dia mendapat berita buruk yang dimaklumkan oleh Lyn.

"Ed. Janganlah buat-buat tak tahu. You okey atau tak? Seminggu you menghilang. Last kita jumpa pun you tergesa-gesa balik. I mesej you tak reply, call I you reject... What's wrong, Ed? Tell me." Damia meluahkan isi hatinya. Dua minggu Edward hilang terasa seperti dua abad lamanya. Dia tak pernah lelah menghubungi lelaki itu. Hatinya gundah. Dia dapat rasakan ada yang tidak kena dengan buah hatinya.

"Nothing." Dalih Edward.

"Edward. I bukan apa but.. Nothing? Nothing is not the answer that I want. I know ada something yang tak kena. Care to share? You dah janji tak akan ada rahsia antara kita." Protes Damia. Dia tak mahu Edward berdalih lagi. Penantian dia selama dua minggu ni bukan untuk mendengar jawapan 'nothing' keluar dari mulut lelaki itu. Dia perlukan penjelasan.

"I... I tak tahu nak jujur macam mana dengan you, Mia. Rahsia yang I simpan ni bakal mengubah future kita berdua. Rahsia ni I dah simpan lama. I tak..."

"No secret between us. I kan dah cakap akan terima you walau siapapun you,"cantas Damia.

"No, dear. Apa yang I cakap ni sangat serius. You takkan boleh terima. Percayalah. Bagi I masa, okey?" Edward cuba berdalih lagi. Dia betul-betul takut kehilangan gadis itu namun saban hari hatinya resah memikirkan rahsia yang disembunyikannya. Dia buntu.

"Tell her the truth, Edward! Dia berhak tahu!"Sergah Puan Sri Suraya tiba-tiba. Muka wanita itu tegang. Dia sendiri baru tahu kegiatan haram anaknya. Tidak dia sangka anaknya boleh menjadi sebegini liar. Dia memang marah dan dia memaksa Edward jujur dengan Damia. Dua minggu tempoh yang Edward pinta sudah diperuntukkan. Puan Sri Suraya tidak mahu bertangguh lagi. Baginya, Damia berhak tahu dan gadis itu juga berhak memiliki lelaki yang lebih baik daripada anaknya.

"Ma... I.."

"No, Ed! I dah cukup terseksa bersekongkol dengan you. Now, you must tell her the truth! Tak baik you buat anak orang macam ni."

"Ed? Kenapa tu?" Dahi Damia berkerut. Telinganya menangkap suara Puan Sri Suraya yang memetir. Apa kesalahan Edward sehingga wanita itu begitu marah akannya?

"Mia... I send you location, you datang pukul tiga ni. Boleh?" Soal Edward.

"Boleh. But..."

"Simpan soalan you. Nanti kita jumpa, I akan jawab semuanya. Bye." Panggilan diputuskan. Damia mengeluh.

'Kenapa dengan Edward ni?'

***

"RIAN. Hantar saya kat location yang saya dah send kat awak tu ya. Bukan sekaranglah. Pukul tiga nanti,"beritahu Damia sambil menuruni tangga. Rian yang sedang menonton movie di ruang tamu mengangguk. Damia kemudiannya duduk di sebelah Rian. Dia memerhati skrin televisyen di hadapannya.

"Cerita apa ni?" Soal Damia. Dia mula tertarik dengan filem itu. Apa yang pasti itu cerita Thailand.

"The Con-heartist. Kelakar cerita ni!" Komen Rian. Dia kembali fokus menghayati filem itu.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now