BAB 12

1.6K 101 3
                                    

"EDWARD dah datang,"ujar Rian. Tan Sri Azizi mengetap bibir.

"Perhatikan Damia. Jangan biar dia berjumpa atau terserempak untuk kali kedua dengan Edward." Arah Tan Sri Azizi sebelum menamatkan panggilan. Tan Sri Azizi memicit pelipisnya.

"Ya Allah, lindungilah anak aku daripada segala kejahatan manusia." Titip Tan Sri Azizi. Dia kemudiannya terus bangkit mencapai kotnya sebelum keluar dari pejabatnya. Dia mahu pulang dan menceritakan kegusaran hatinya pada sang isteri di samping ingin merencana agenda agar Damia terus jauh daripada Edward.

***

"SERIOUSLY, dia koyakkan kad tu dengan selamba?" Soal Fawwin.

"Absolutely! Kalau tak sekarang boleh aku try chat chat mamat tu. Haisy.. Melepas aku."

"Hahaha... Sabar! Aku tahu kau single tapi jangan desperate sangat nak nyah-single kan kau punya status." Ujar Fawwin sambil ketawa.

"Bukanlah! Eeeeee... Kau ni!" Nafi Damia.

"Obvious, kan?"

"Obvious apa?"

"Obviously Mr. Rian Afliq cemburu dengan special relationship yang bakal terjalin antara Miss Damia Insyirah dan Mr. Edward the unknown guy. Hahahaha!" Ejek Fawwin.

"What? Hell no!" Marah Damia. Namun dalam diam dia tertanya-tanya juga. Benarkah Rian cemburu? Kenapa? Sudah jatuh hatikah lelaki itu padanya?

"Okey, okey! Erm.. Tell me more about him,"desak Fawwin.

"Maksud kau?" Damia kerut kening. Dia mana tahu siapa lelaki itu.

"Well, rupa dia macam mana. Tell me. Suara dia.. Cara dia bercakap dengan kau. Cuba cerita sikit,"terang Fawwin. Damia baring sebelum tangannya diletakkan di atas dahi tanda sedang berfikir. Matanya dipejamkan. Dia cuba membayangkan wajah lelaki itu.

"Erm... Nama dia Edward. Itu saja yang aku tahu. Tentang rupa paras dan penampilan dia, dia nampak santai. Dia tinggi, putih, rambut emas keperangan, hidung mancung dan mata dia warna biru. Dia tak marah pun waktu langgar dia. Tak macam waktu first aku kenal Rian dulu. Edward nampak cukup sempurna." Cerita Damia.

"Wow! Really? Eh, tapi Damia. Kau tahu kan yang good looking ala-ala mat salih ni biasanya playboy? So, aku sebagai kawan kau, tak nak lah kau terkena macam tu. Aku tak nak kau terluka. Kau faham kan maksud aku?" Soal Fawwin.

"I know... Erm.. Win.. Aku mengantuklah. Nanti kita borak lagi, ya?"

"Okeylah. Bye. Sweet dreams!"

"You too," ucap Damia mengakhiri perbualan mereka. Damia peluk erat bantal peluknya. Matanya merenung siling biliknya yang kosong.

"It's okay, Cheese. Kalau ada jodoh, tak ke mana... Kan?"

***

"HANTAR ke mana-mana taman rekreasi. Saya nak jogging," arah Damia. Ketika itu jam baru menunjukkan tepat 6:50 pagi. Rian yang waktu kerjanya bermula pukul 8 pagi terpaksa bergegas ke rumah gadis itu memandangkan Damia mengugut akan melarikan diri dari rumah. Sejujurnya, Rian tidak kisah akan ugutan Damia itu kerana baginya, Damia bukan masalah dia namun sebaik tersedar bahawa dia adalah pengawal peribadi Damia, dia bingkas bangkit memandu untuk menjemput Damia di rumah.

"Buang tabiat ke nak jogging tiba-tiba? At least, inform lah awal-awal. Tak adalah orang terkejar macam ni," bebel Rian. Damia pekakkan telinga.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now