BAB 37

1.5K 89 4
                                    

PERJALANAN pulang bergerak lancar. Mereka sempat singgah makan sebentar di kedai makan berhampiran lapangan terbang. Setelah itu mereka pulang terus ke rumah. Setibanya di rumah, Damia terus masuk ke bilik dan Rian meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Ada kejutan buat Damia sebenarnya.

"Cheese..,"seru Puan Sri Afia. Damia mendongak memandang ibunya.

"Ya, mama. Kenapa?" Sahut Damia.

"Mama ada benda nak bagitahu." Duduk Puan Sri Afia dilabuhkan di atas tilam Damia.

"Apa dia?"

"Majlis perkahwinan Damia dengan tunang Damia akan dipercepatkan. Lagi dua minggu daripada sekarang,"beritahu Puan Sri Afia. Mata Damia membulat.

"What?" Tinggi suara Damia dek terkejut. Puan Sri Afia merangkul bahu Damia. Diusap kepala itu.

"Jangan risau. Mama yakin Damia akan bahagia kalau bersama dengan dia. Mama akan sentiasa doakan kebahagiaan anak mama,"pujuk Puan Sri Afia.

"Kenapa cepat sangat ni? Cheese tak sempat jumpa dia pun!" Rungut Damia.

"Aip. Tak mahu merajuk. Damia kena yakin. Buat istikharah. Okey?" Pesan Puan Sri Afia. Damia mengangguk setuju.

Bermula hari itu, Damia tidak pernah tinggal tahajjudnya. Usai tahajjud, solat sunat istikharah pula didirikan. Jawapan istikharanya merungsingkannya. Dia mimpikan seseorang. Seseorang yang menemaninya selama seminggu di Langkawi. Ya, Rian.

"Kenapa aku mimpi dia ni? Isyh! Mainan tidur kot. Cheese, kau tu tunang orang. Ada ke patut mimpi lelaki lain,"keluh Damia. Sudah hampir tiba hari perkahwinannya namun mimpi yang sama masih setia mengetuk ruang mimpi. Rian. Saban malam lelaki itu yang muncul menyambut huluran tangan papanya. Masih terngiang-ngiang lafaz akad terlucut dibibirnya. Damia jadi ragu-ragu. Dia akhirnya membuat keputusan bertemu Rian.

"Nak apa jumpa saya? Kan lagi dua hari awak dah nak nikah. Orang cakap apa pula nanti,"ujar Rian. Damia merenung Rian macam nak bagi tembus.

"Apa?" Soal Rian. Damia mengeluh.

"Saya tak nak kahwin..,"luah Damia. Terbeliak mata Rian.

"Eh, tak boleh! Lagi dua hari. Jangan nak mengada!" Bantah Rian. Mukanya serius.

"Saya dapat rasa perkahwinan ni tak akan buat saya bahagia,"tegas Damia. Dahi Rian berkerut.

"Macam mana awak boleh yakin sangat ni? Belum cuba belum tahu. Positiflah!" Marah Rian.

"Saya takut mencuba!" Jujur Damia.

"Apa awak ni, Mia. Semua kelengkapan dah siap prepare. Kad jemputan dah lama edar. Baju dah bayar. Tinggal akad nikah saja pun. Susah ke?" Nada Rian cuba dikawal agar tidak kedengaran menengking.

"Awak tak faham, Rian."

"Buat saya faham,"balas Rian ringkas. Tegang urat tengkuknya melayan Damia ni.

"Saya dah seminggu buat istikharah! Jawapan istikharah saya lain dari yang saya harapkan. Saya mimpi orang lain,"cerita Damia.

"Awak mimpi siapa?" Soal Rian pelik.

"S-saya mimpi..." Damia pejamkan mata. Jarinya diangkat dan ditunding ke arah Rian. Rian tidak terkejut. Dia cuma tersenyum.

"Me too,"desis hati Rian.

"Saya mimpi awak, Rian. Saya... Tak mahu kahwin dengan lelaki itu!" Damia masih nak batalkan majlis itu. Rian bercekak pinggang.

"Listen here, Damia. Saya tak nak batalkan wedding tu. You like it or not, wedding tu kena diteruskan." Ujar Rian tegas. Damia tersentak.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now