BAB 25

1.5K 91 9
                                    

"TUNJUKKAN sikap penyayang you terhadap budak-budak. Lelaki ni mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat keibuan kepada budak-budak. Bagi mereka, wanita yang sukakan budak-budak sebenarnya adalah seorang bakal ibu yang baik untuk anak-anak mereka kelak. Tapi kalau you memang tak suka budak-budak, you tak payahlah paksa diri pula," ujar Edward panjang lebar berkaitan tips kelimanya.

Ya, rancangan mengorat Rian masih dijalankan kerana lelaki itu perlu disingkirkan tak kira macam mana sekalipun. Damia mengangguk faham mendengar penjelasan Edward yang kini sudah rasmi menjadi kekasihnya.

"I memang suka budak-budak. You saja yang tak tahu," ujar Damia manja.

"Yeke? Macam tak percaya saja," balas Edward sebelum ketawa.

"Betullah. Hmm... Next?" Soal Damia. Langkahnya terus diayun perlahan. Mereka sedang berjogging di taman petang itu. Selesai menyempurnakan dua pusingan, Damia dan Edward mengambil keputusan untuk berjalan pula.

"Next tips... Oh ya! Jaga bahasa you bila dengan dia. You kan selalu gaduh dengan dia. Cuba you imagine sehari tak bergaduh dengan dia and you layan dia elok saja. Mesti dia akan rasa something punya. Lelaki ini nampak saja ganas dan tough, tetapi dalam hati mereka ada taman. Lelaki tidak suka perempuan yang bercakap kasar dan mencarut. Samalah macam perempuan. You pun tak sukakan lelaki yang kasar dan suka maki you, kan? Konklusinya, you kenalah bersikap lemah-lembut dan bersopan-santun. Barulah boleh jadi perempuan melayu terawal dan terakhir!" Edward ketawa diikuti Damia.

"Sehari tak bergaduh ya? Hurm... Macam senang,"ujar Damia. Tangannya mengusap dagu. Edward sekadar tersenyum nipis.

"Okeylah. I nak balik. Kesian pula Rian tunggu dalam kereta,"pamit Damia.

"Aik? Dah pandai kesian kat Rian nampak?" Perli Edward dengan senyuman.

"Sayang... Kalau bukan Rian pun, I still akan kesian. Dia duduk dalam kereta terkurung berjam-jam kot. Okeylah. I balik dulu," ujar Damia sebelum melambai ke arah Edward.

"Bye. Love you, Sweetheart,"luah Edward.

"Love you too, sayang,"balas Damia. Kakinya yang berlapik kasut sukan berjenama Adidas melangkah laju menuju ke arah keretanya. Damia merapatkan mukanya ke cermin. Kelihatan Rian sudah terlena.

"Poor you..." Damia mengetuk cermin perlahan. Bahu Rian terangkat dek terkejut. Dia kemudiannya pantas membuka kunci pintu kereta.

"Sorry, Mia. Saya tertidur," ujar Rian. Tangannya menggosok mata yang kabur.

"It's okay. Jom balik," ajak Damia lembut. Dia sedang mengaplikasikan tips keenam Edward.

"Jom," balas Rian. Hand-break diturunkan sebelum kereta mereka mula meninggalkan taman rekreasi itu.

***

"RIAN!" Jerit Halayna. Rian yang sedang melangkah masuk berpaling sebaik namanya disebut.

"Mama,"sapa Rian kembali. Wanita itu dipeluk sayang.

"Kerap pula you balik bulan ni? Biasanya selagi mama tak call suruh balik, you tak nak balik!" Perli Halayna. Rian ketawa kecil.

"I saja balik. Mana papa?" Soal Rian. Matanya melingas ke kiri dan ke kanan mencari figura ayahnya.

"Biasalah papa you. You macam tak kenal dia. Tak sudah dengan golf dia. I ni sampai rasa macam dimadukan dengan kayu golf tu because your papa tu asyik lebihkan golf dia daripada I," kutuk Halayna membuatkan tawa Rian meletus. Lengan Rian dipaut sebelum ditarik ke ruang makan.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now