BAB 28

1.4K 78 6
                                    

"MIA nak ke mana?" Soal Tan Sri Azizi sebaik melihat kelibat Damia sudah siap berkemeja labuh dan jeans.

"Keluar dengan Edward." Ringkas jawapan Damia namun mampu buat darah Tan Sri Azizi menggelegak panas.

"Berapa kali papa nak cakap, lupakan dia. Dia tu tak macam yang Damia bayangkan. Dia tu diupah untuk buat Damia cintakan dia. Dia nak jual Damia kat pusat pelacuran dia. Mia... Dia tu bapa ayam! Tolonglah dengar. Papa ni bukan kejam nak halang anak bercinta tapi biarlah dengan yang molek sikit,"ujar Tan Sri Azizi. Dia sudah lelah ingin memarahi gadis itu.

"Mia cintakan dia. Papa tolonglah faham. Dan cukuplah mengata dia. He's different." Damia terus melangkah keluar.

"Different in bad ways? Yes, he is." Tan Sri Azizi mengeluh berat. Damia pula sudah laju berjalan menuju ke arah Rian yang sedang memanaskan enjin kereta.

"Are we ready to go? Saya dah lambat,"ujar Damia. Rian senyum nipis. Senyumnya dibalas.

"Yup. Jemput masuk,"ujar Rian sebelum dia juga turut memboloskan diri ke dalam kereta.

"Nak ke mana ni?" Soal Rian. Kereta sudah meluncur keluar dari kawasan rumah Damia.

"Jumpa Edward."

"Saya tak tanya nak jumpa siapa. Saya tanya nak pergi mana. Bahasa Melayu awak fail ke?"Perli Rian.

"Alahai dia ni... Awak badmood ke kawan?" Soal Damia sebelum ketawa. Geli hatinya melihat wajah cemberut Rian.

"Bisinglah awak ni. Macam langau!" Marah Rian. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa nak marah dengan Damia lepas Damia jawab soalannya dengan jawapan yang salah. Atau sebenarnya dia cemburu dengan jawapan Damia tu. Berjumpa dengan Edward? Haisy!

"Pagi-pagi kena senyum. Kalau tak macam mana rezeki nak masuk,"ujar Damia sebelum hujung bibir Rian dinaikkan sedikit. Rian tersenyum. Dia sendiri yang senyum.

"Awak nak pergi mana?" Soal Rian lagi.

"Jum.. Eh! Saya nak pergi rumah Edward. Lepas awak hantar tu awak dah boleh buat hal sendiri. Nanti saya pergi naik kereta Edward. Nak pergi dating!" Damia senyum tayang gigi selepas memberikan Rian kenyitan manja. Rian jeling Damia. Meletus tawa Damia.

"Cemburu ke tu, kawan?" Ejek Damia. Rian sedikit tersentak.

"Memang taklah saya nak cemburu dengan awak!" Bantah Rian.

"Obvious sangatlah!"

"Mana ada!"

"Ada!"

"Mana ada!"

"Ada!"

"Mana ada!"

"Mana ada?"

****

"ADA! Edward, Edward, Edward! Tak habis-habis dengan Edward. Memanglah aku tak suka,"keluh Rian. Dia pulang ke rumah Puan Zaheera dan Encik Muaz.

"Rian tak kerja?" Soalan pertama daripada Encik Muaz sebaik salam Rian bersambut.

"Kerja. Nanti Damia telefon baru Rian datang ambil,"terang Rian. Dia duduk di sisi Encik Muaz. Puan Zaheera pasti ada di dapur menyediakan makanan tengahari. Izyan pasti disekolah, Danish kerja di warung Pak Othman dan Suffian ada di gerai Puan Zaheera menjual kuih-muih yang sudah siap disusun di dalam paket-paket kecil.

"Halayna dan Amran sihat?" Soal Encik Muaz. Rian mengangguk.

"Sihat Alhamdulillah." Air muka Rian berubah mendung. Kening Encik Muaz bertaut.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now