BAB 39

1.7K 80 13
                                    

"K-KAU?!"

Edward membetulkan rambut blonde nya. Damia sudah terdiam. Lidahnya kelu. Edward menghampiri Damia. Pipi gadis itu dielus lembut.

"Bukan aku yang nak expose diri. Kau yang paksa. Hah.. Kan dah diam,"ejek Edward. Dia duduk semula di kerusi empuknya. Damia rasa nak meraung.

"K-kenapa?" Soal Damia. Berkaca. Riak Edward beku. Langsung tiada rasa simpati terpalit dihatinya. Siap main tiup-tiup kuku gaya diva lagi!

"Nak dengar satu pengakuan jujur?" Soalan Damia diabaikan.

"Apa?"

"Tapi kalau kau meroyan lepas dengar, aku tak nak tanggung tau,"ujar Edward. Dia berdiri dan berjalan ke arah Damia. Tangan dimasukkan dalam poket. Dia berdiri tegak dihadapan Edward.

"Aku tak pernah sekali pun cintakan kau. Semuanya sekadar lakonan. Termasuklah pengakuan aku pada hari kau jumpa dengan Sofea tu." Edward ketawa. Dia rasa itu kelakar. Damia terkesima. Lakonan?

"Sofea tu tak mengandung pun. Aku tak ada kilang dadah pun. Aku tak ada pusat pelacuran pun. Macam yang aku bagitahu kau. Lakonan. Semua tentang aku adalah sebuah lakonan,"jujur Edward. Dia tersenyum sinis melihat reaksi Damia.

"Kau.. Memang tak guna!" Herdik Damia. Edward lempang pipi Damia lagi sekali. Damia tersungkur dengan kerusi yang diikat bersamanya. Perit tak terkata apabila dagunya terhentak di simen. Dia tak mampu bangun kerana kerusi kayu itu menghempapnya.

"Kau tu yang tak guna. Siapa suruh senang sangat percayakan orang!" Bidas Edward. Air mata Damia mengalir. Terasa lemah sekali dia ketika itu.

"Aku tak tahu kau ni sekeji ni! Kalau aku tahu, kau ingat aku nak pandang kau?" Balas Damia dalam kepayahan. Edward makin berang. Dia menyepak kerusi Damia kuat menyebabkan kedudukan gadis itu berubah daripada meniarap kepada baring mengiring. Sakit pinggang Damia kerana terhentak di kerusi.

"Aku keji? Heh! Hari ni kau boleh tengok sendiri. Yang keji ni tetap berdiri. Yang acah suci? Tersungkur tak tahu nak buat apa!" Perli Edward. Damia kemam bibir.

"Kau tunggu Rian datang nanti. Aku yakin dia tak akan biarkan kau terlepas! Dia akan buat kaki kau tak mampu berdiri lagi lepas ni!" Jerit Damia. Kerusi Damia diangkat membolehkan Damia duduk dengan betul semula.

"Bodohnya kau. Masih nak percayakan orang luar." Edward ketawa kuat. Damia terpinga-pinga.

"Kau ingat dia tu baik sangat?" Soal Edward. Tangannya membuka ikatan tangan Damia.

"Dia tak macam kau!" Balas Damia. Dia yakin.

"Dia pun sama saja macam aku, Damia. Rahsia yang dia simpan daripada kau lagi besar,"ujar Edward. Suaranya mengendur. Dia tidak lagi menengking. Ikatan tangan Damia juga sudah dileraikan. Damia mengusap pergelangan tangannya yang memerah.

"Biar aku bagitahu kau siapa dia Rian Afliq yang sebenarnya." Edward berpeluk tubuh.

"Apa maksud kau?" Kening Damia terangkat sebelah. Edward sekadar tersenyum sinis.

***

"UNCLE? Aunty?" Laung Felix. Sudah hampir sejam dia mencari di seluruh kawasan rumah namun kelibat pasangan suami isteri itu tidak kelihatan.

"Mereka kena culik sekali ke?" Felix berkira-kira untuk pulang namun langkahnya terhenti sebaik telinganya menangkap bunyi erangan. Felix menajamkan pendengarannya. Kaki menapak menghampiri bunyi erangan itu. Semakin lama menapak, semakin dekat Felix dengan stor di belakang rumah. Felix cuba membuka pintu stor itu namun terkunci.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now