BAB 16

1.5K 102 7
                                    

"AKAK! Bangun!" Kejut Izyan. Perlahan kelopak mata Damia terbuka.

"Dah pukul berapa?" Soal Damia.

"Enam pagi. Abang ajak jemaah sama-sama." Ajak Izyan. Damia mengangguk sebelum bangkit membersihkan diri sekali gus mengambil air sembahyang.

Telekung disarung dan Damia menilik wajahnya dicermin. Cuba memeriksa kalau kalau ada rambut terkeluar dari celah kain.

"Akak? Jom? Semua orang tengah tunggu akak,"ajak Izyan lembut.

"Jom." Damia senyum. Ruang tamu rumah papan itu didekati. Kelihatan sejadah sudah siap dibentang. Puan Zaheerah menarik tangan Damia agar berdiri di sebelahnya. Damia sekadar tersenyum senang. Iqamat dilaungkan oleh Danish. Giliran Rian sebagai imam untuk mengangkat takbir membimbing solat subuh mereka.

Sungguh lemak madu berkrim merdu suara Rian ketika membaca Surah Al-Fatihah dan beberapa surah pilihannya. Damia jadi kagum. Hati wanitanya tercuit! Ini baru betul kalau nak jadi bakal imam!

"Assalamualaikum warahmatullah..." salam dilafaz sebelum kepala dipalingkan kekanan dan diulangi lafaz itu sebelum wajahnya dipalingkan pula kesebelah kiri. Istighfar dan zikir membasahi bibir semua. Hening subuh pagi itu.

Selesai solat Subuh, Damia dijamah pula dengan taddabur Al-Quran yang menjadi amalan keluarga Rian setiap lepas Subuh. Yang perempuan bersama Puan Zaheerah, manakala yang lelaki bersama Encik Muaz. Lagi sekali Damia terpempan mendengar alunan merdu ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh Rian. Damia senyum sendiri.

Usai itu, para wanita terus berangkat ke dapur bagi menyediakan sarapan manakala yang lelaki berbual-bual di ruang tamu. Damia yang sudah menyinsing tangan ingin membantu tiba-tiba dihalang.

"Akak buat apa kat dapur ni? Pergilah duduk kat depan. Akak kan tetamu. Takkan akak nak masak untuk tuan rumah kot," tegur Izyan.

"Tak apalah. Apa salahnya? Lagipun, Iz... Akak seganlah. Kat depan tu semua lelaki. Akak je perempuan. Nanti apa pula kata orang lelaki," ujar Damia.

"Tak apa, Damia. Duduk saja didepan, ya?" Pujuk Puan Zaheerah pula.

"Tapi, mak... Damia seganlah..." ujar Damia. Manakan tidak? Takkan dia tebal benar muka duduk silang kaki tidak berbuat apa-apa walhal yang lain berperang dengan kuali. Rian pasti akan menyangka dia tidak tahu memasak. Bahaya! Kata Edward lelaki suka wanita yang pandai memasak. Bagaimana dia mahu mengurat lelaki itu kalau dia tidak tahu memasak?

"Segan? Kalau begitu, Mia jalan-jalanlah sekeliling kampung. Hirup udara pagi kat kampung ni. Nak?" Tawar Puan Zaheerah.

"Hmm...Boleh juga," setuju Damia. Boleh dia menikmati keindahan kampung Rian sebelum pulang ke rumahnya.

"Kejap ya? Rian! Rian!" Laung Puan Zaheerah. Damia tersentak mendengar nama Rian dilaung.

"Ya, mak?" Tak sampai seminit jejaka itu sudah muncul di pintu dapur.

"Bawakan Damia jalan-jalan keliling kampung, boleh?" Soal Puan Zaheerah. Rian tersenyum manis.

"Boleh saja. Jom," ajak Rian lantas berlalu.

"Akak ikutlah abang tu," tegur Izyan apabila Damia masa tidak berganjak.

"Err... Okey," balas Damia sebelum kakinya melangkah berat mengikuti Rian. Dalam diam, Puan Zaheerah dan Izyan memandang sesama sendiri dan tersenyum penuh makna.

***

"NAIK!" Arah Rian selamba. Mata Damia terbutang.

"Awak biar betul, Rian? Takkan saya nak naik belakang kot?" Damia garu kening yang tidak gatal. Basikal saiz dewasa dikerling Damia buat yang kesekian kalinya. Adakah patut Damia disuruhnya duduk di belakang Rian? Walaupun senario itu biasa dilihat malah papa dan mamanya sendiri pernah melakukannya namun Damia masih rasa canggung. Dia okey saja cuma mungkin bukan dengan Rian.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now