BAB 1

3.2K 160 24
                                    

MATAHARI pagi mula memancar terang. Lena si dara terganggu dek bunyi ketukan dari luar bilik tidur ala sleeping beauty nya. Mata yang kabur perlahan digosok dengan belakang tangan. Dia bingkas bangkit ke pintu bilik yang sikit hari lagi boleh tertanggal dikerjakan si empunya tangan yang mengetuk.

"Sofea, it's still early in the morning," ujar Damia sebelum menguap. Tangannya pantas menekup mulut. Tanpa memandang wajah si pengetuk pintu pun Damia boleh tahu siapa. Mestilah Sofea; orang gaji yang dikhaskan untuknya.

Namun sebentar sahaja perasaan pasti itu melekat dalam otak apabila suara Sofea bertukar kepada suara lelaki. Kepala diangkat pantas dan wajah polos milik Rian menjadi halwa matanya pada pagi yang tak berapa nak indah itu.

"Apa awak buat kat sini?" Soal Damia garang namun tiada respon daripada Rian. Jejaka itu galak merenung lantai marmar rumahnya dari melihat wajah 'ayu' Damia yang baru sedar dari lena 100 tahun. Damia bengang.

"Excuse me. I'm talking to you."

"I know,"balasnya ringkas namun tetap menunduk.

"Then look at me when I'm talking to you. Where's your manners?"

"And where's your shame?" Soalan Rian berjaya mengunci bicara Damia.

"What do you mean?"

"Isn't it sinful to show your aurat to a man who is not your mahram? Just asking."

Serentak dengan itu, bola mata Damia segera jatuh di pakaian yang tersarung pada tubuh jam pasirnya. Dia hanya berbaju tidur separas peha tanpa lengan. Rambut yang biasa ditutup dengan tudung juga menggerbang bak akar pokok Sarsaparilla.

"Oh My God! Kenapa tak cakap awal-awal? Suka ya tengok free show ni?" Marah Damia sebelum pintu dikatup rapat. Namun dia masih mampu mendengar butir bicara lelaki itu dengan jelas.

"Bullshit. You know you're not that sexy nor pretty, don't you? Obviously, not my taste. No caps." Makin menyala-nyala merah muka Damia.

"Mulut awak ni memang tak ada insurans eah? Tak takut ke kalau sikit hari lagi hancur lunyai saya kerjakan?" Bidas Damia kasar.

"Awak nak buat apa kat mulut saya? Nak simpan bawa bantal, cium-cium sikit bila rindu... Macam tu?" Soal Rian, sengaja menyiram minyak pada api amarah yang kian marak. Ketika itu Damia sudah siap menyarungkan pakaian yang labuh dan longgar. Damia buka pintu kasar. Renungan Damia menikam mata Rian tajam. Rian sekadar tayang jerk face with smirk.

"Saya akan ambil cili api..." Damia tenung Rian geram.

"Lepas itu?" Soal Rian.

"Saya tumbuk guna lesung dan tonyoh lesung tu kat mulut awak sampai pecah!" Ujar Damia geram. Rian berpeluk tubuh.

"Buatlah. Nanti kalau saya balas jangan marah,"ugut Rian. Muka sinis ditayang pada Damia. Damia rasa nak pijak Rian sekarang juga!

"Whatever! Kalau awak nak balas balik macam apa yang saya buat, terpulanglah. Tapi saya kira awak ni kategori dayus lah, kan?" Damia gelak jahat. Rian ikut ketawa.

"Siapa kata saya nak buat macam tu?" Dahi berkerut. Habis tu?

"Then?"

"Nak tahu?" Soal Rian. Damia buat muka menyampah. Terang-terang gadis itu tanya dia tadi, mestilah Damia nak tahu!

"Step one... " Rian selangkah menghampiri Damia. Mata Damia membulat. Damia melangkah setapak kebelakang setiap kali Rian mara. Dalam hati Rian ketawa berdekah-dekah bila melihat muka cuak Damia.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now