BAB 21

1.5K 100 11
                                    

PUAN SRI Datin Suraya menghampiri suaminya yang sedang ralit membaca surat khabar. Tangan suaminya disentuh.

"Ada apa, Su?" Soal Tan Sri Dato' Harris.

"Abang nampak tak tadi?" Soal Puan Sri Datin Suraya; menjawab soalan suaminya dengan soalan.

"Abang nampak." Bibir keduanya menguntum senyuman manis.

"Su selalu nampak Ed keluar dengan perempuan tapi tak pernah dia bawa balik atau jemput mana-mana perempuan datang rumah. Ini yang pertama. Abang fikir tak apa yang Su fikir?"

"Ada juga terfikir yang mungkin anak kita tu dah jumpa cinta sejati dia tapi kita pun tak tahu hujung pangkal cerita. Jadi, janganlah Su terlalu berharap."

"Obvious sangatlah, abang. Perempuan tu panggil anak kita Ed. Abang pun tahu Ed tu macam mana, kan? Ed tu panggilan rasmi keluarga kita untuk dia. Orang luar tak dibenarkan menggunakan panggilan itu atau nanti Ed akan mengamuk. Tapi tadi Ed relax saja, abang!" Cerita Puan Sri Datin Suraya.

"Abang tahu. Erm.. Su pergilah risik-risik dengan dia," cadang Tan Sri Dato' Harris.

"Iyalah. Su naik dulu, ya?" Tan Sri Dato' Harris mangangguk. Langkah Puan Sri Datin Suraya ditala ke arah tangga. Didakinya tangga itu dengan cermat sehingga kakinya berhenti di hadapan pintu bilik Edward.

"Ed. Buka pintu ni kejap. Mama ada benda nak tanya," ujar Puan Sri Datin Suraya.

"Yes, ma? Come. Have a seat," Edward membuka pintu.

"Mama nak tanya..."

"Sure. Apa dia?" Soal Edward. Dia sudah selamat merebahkan kepalanya di riba Puan Sri Datin Suraya. Tangan Puan Sri Datin Suraya mengelus lembut rambut dan pipi Edward. Manja!

"Siapa tadi tu?" Soal Puan Sri Datin Suraya.

"Siapa?" Edward pura-pura tidak tahu walhal dia sudah menjangkakan soalan itu yang bakal meniti di bibir ibunya.

"Girl yang datang rumah kita tadi. Siapa dia?"

"She's my friend." Ujar Edward sebelum menutup matanya. Puan Sri Datin Suraya tersenyum manis.

"The special one I guess," usik wanita itu.

"Mama..." Edward merengek seperti bayi. Puan Sri Datin Suraya ketawa kecil.

"I'm pretty sure she's the special one." Ujar Puan Sri Datin Suraya.

"And I'm ugly sure she's not," nafi Edward.

"Then, why Ed tak mengamuk waktu dia panggil Ed dengan nama 'Ed'?" Soal Puan Sri Datin Suraya. Mata Edward terbutang.

"She called me Ed? She really did?" Soal Edward kembali. Kenapa dia tak sedar? Panggilan itu memang ditegaskan untuk kegunaan ahli keluarga sahaja. Walaupun hanya tersasul, Edward tetap akan mengamuk. Tapi, Damia... Kenapa dia berasa selesa dengan panggilan itu sehingga dia sendiri tidak sedar?

"Oh my god! Ed! Mama rasa..."

"Ma. Stop. Ed tahu mama nak cakap apa," pintas Edward.

"Oh, come on, son! You've fallen for her!" Puan Sri Datin Suraya ketawa berdekah-dekah.

"Nonsense, ma!" Edward jatuh hati dengan mangsanya? Memang tak masuk akal!

"Absolutely! It always be nonsense to fall for her at the beggining and impossible to not fall for her at the end. Get ready to be in love," ujar Puan Sri Datin Suraya sebelum berlalu. Edward tersandar di kepala katil.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now