BAB 42

1.9K 89 6
                                    

DAMIA duduk berteleku di sebelah kubur Tan Sri Azizi dan Puan Sri Afia. Air matanya sudah kering. Sudah seminggu berlalu sejak kejadian ngeri di gudang itu. Sejak Damia pulang dari gudang itu bersama Felix, Damia terus jadi seorang yang pendiam. Rian langsung tidak dilayan biarpun lelaki itu suaminya.

"Mama... Papa... Mia balik dulu, ya? Esok Mia datang lagi. Assalamualaikum,"pamit Damia perlahan. Pusara keduanya ditenung dalam sebelum dia mula mengorak langkah untuk pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, Damia terus masuk ke dalam biliknya. Dia dan Rian memang tidur sebilik namun dia langsung tidak mengendahkan lelaki itu. Sudah hampir seminggu dia tidak makan. Kalau makan pun cuma sesudu dua saja.

Pintu dibuka dan seorang lelaki menghampiri Damia.

"Awak... Jom makan. Saya masak sup daging dengan sayur kangkung,"ajak Rian. Duduknya dilabuhkan disisi Damia.

"Jangan sibuk boleh tak?"

"Siapa cakap saya sibuk? Awak tu dah seminggu tak makan! Kalau sakit nanti siapa susah?" Rian bercekak pinggang. Dia tidak menengking. Cuma nadanya saja sedikit tinggi.

'Saya juga yang risau,'sambung Rian dalam hati.

"Kalau saya sakit, saya tahulah jaga diri sendiri. Awak tak payahlah nak pura-pura ambil berat pasal saya,"balas Damia.

"Saya bukan hipokrit macam awak. Saya memang ambil berat. Tak sedar ke status awak tu? Awak tu tanggungjawab saya. Saya ajak baik-baik tadi. Jangan sampai saya guna kuasa veto saya!" Ugut Rian dengan nada geram. Dia risaukan Damia sebenarnya. Itu yang terkeluar fi'il menyakitkan hati itu. Damia mengetap bibir. Bertuah punya mulut. Dia cium baru tahu!

"Saya tak lupa. Saya sedar saya isteri tapi boleh tak awak jangan memaksa saya? Saya rimas!" Damia bangun dari duduknya. Tak sempat dia berjalan, tangannya direntap kuat menyebabkan dia terjatuh di ribaan Rian. Rian pandang tepat ke dalam mata Damia. Damia pula yang tak tentu arah. Jujur dia rindu mahu bergurau mesra dengan Rian namun egonya sering menghalang.

"Saya risau sebab saya sayang." Ujar Rian. Rambut Damia yang menutupi mata diselitkan ditelinga.

"Awak bukan beban yang saya perlu galas. Awak tanggungjawab yang saya perlu jaga." Kali ini Rian mengusap kepala Damia.

"Awak tanya boleh tak saya tak menyibuk pasal awak? Biar saya jawab." Rian tersenyum manis. Damia sudah memerah muka.

"Jawapan saya..." Rian sengaja mencipta mood suspen di situ.

"Tak!" Air muka Rian pantas berubah. Daripada tersenyum, mukanya berubah garang.

"Berani betul suruh saya abaikan awak? Menyampahnya!" Bebel Rian. Damia yang berada di ribaannya pantas dicempung. Damia terjerit kecil. Leher Rian dipaut erat. Dalam keadaan ini, meronta-ronta bukan tindakan yang selamat. Kalau dia tergolek nanti, naya dibuatnya!

"Awak nak bawa saya ke mana?" Soal Damia. Wajah Rian yang berkerut diperhatikan. Dia sayang, bukan tak sayang. Dia cinta, bukan tak cinta. Dia juga rindu, bukan tak rindu. Tetapi untuk menjunjung egonya, dia tepiskan rasa hatinya.

"Pergi dapurlah, makan! Takkan pergi dating pula. Nak makan semeja pun orang tu tak sudi. Kalau ajak dating apatah lagi,"sindir Rian halus. Damia mencebik.

"Tak payahlah nak perli-perli orang,"gerutu Damia. Rian memandang Damia. Keningnya terangkat sebelah. Rian merapatkan wajahnya dengan Damia. Pantas saja kelopak mata Damia tertutup.

"Selagi saya tak mention nama awak, awak tak payahlah terasa!" Bisik Rian di telinga Damia. Merah padam muka Damia. Nakal betul suaminya ini. Dia siku baru tahu!

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now