BAB 13

1.4K 112 3
                                    

DAMIA merebahkan badannya. Otaknya ligat mengingati kata-kata Edward. Damia keliru. Benarkah apa yang dikatakan oleh Edward?

"Damia... I nak jujur dengan you sesuatu." Edward pandang Damia sekilas. Ketika itu mereka sedang menikmati sarapan di sebuah hotel lima bintang.

"Apa dia?" Damia masih sibuk mengunyah spaighetti.

"Rian. You mesti pelik kan kenapa I dengan Rian seakan bermusuhan. Actually, we know each other. I kenal dia. Dia bukan orang yang baik-baik, Damia." Ujar Edward. Air mukanya serius dan tegang. Damia tersentak. Matanya difokuskan menghadap Edward.

"Mana you tahu? I memang tak suka dia, dia pun selalu sakitkan hati I but he never did something bad to me. Dia bukan sejahat yang you maksudkan." Kedengaran seperti mempertahankan Rian, bukan? Damia segera meletakkan sudu dan garfunya. Hilang kenikmatan spaighetti itu apabila Edward menyebut nama Rian.

"Itulah rancangan dia, Damia. I've knew him for a long time before you met him. Dia akan buat baik sampai semua orang percayakan dia. So, bila dia buat jahat, tak ada siapa akan syak dia." Edward mengikut rentak Damia meletakkan sudu dan garfunya di pinggan.

"Maksud you?"

"Trust me, Damia. I berani kerat jari I sendiri untuk yakinkan you. I yakin malam ni papa you akan warning you untuk tak jumpa I lagi. Papa you akan canang dan cerita segala keburukan I yang sangat tak masuk akal. Mana papa you tahu semua tu? Papa you tak ada dengan kita sekarang, kan?" Edward cuba memanipulasi fikiran Damia.

"Rian?" Damia mula terpengaruh.

"Exactly, dear. Dia akan hasut papa you untuk pisahkan kita untuk kepuasan dia. Believe me, Damia. Rian betul-betul bukan lelaki yang baik. Dia tak buat apa-apa kat you sekarang bukan sebab dia baik, tapi sebab dia nak you percayakan dia. Once you percayakan dia, baru dia boleh rancang untuk apa-apakan you in future," ujar Edward dengan nada serius.

"Mana you tahu semua ni? You tak boleh judge..."

"I tak judge, dear. I pernah laluinya. Dengan orang yang I sayang. That's why I tak nak you pula jadi mangsa jantan tu yang seterusnya. Do you believe me?" Soal Edward sambil lagi sekali tangan Damia menjadi mangsa genggaman lembut Edward.

"I do, Edward. Please don't break my heart after I believe on you so much."

"I'll never, dear. Not even once!" Bibir Edward terukir senyuman. Senyuman yang terlihat manis dimata Damia walhal itu hanya senyuman sinis buat Damia.

'Heh! Senang sangat percayakan orang. Settel awal lah kerja aku kalau dengan minah lurus ni,' desis hati Edward.

***

TOK! TOK! TOK!

"Cik Damia. Tan Sri Azizi minta cik datang bilik kerja dia sekarang," kata Sofea. Tersentak Damia seketika. 'Ouh, tak. Ada benda lain papa nak bagitahu aku. Edward bergurau saja tu,' bisik hati Damia. Dia pantas keluar untuk ke bilik kerja Tan Sri Azizi.

"Ya, papa?" Sebaik pintu dibuka, wajah Tan Sri Azizi yang tegang dan wajah serius Rian jadi tatapan. Damia tak sedap hati.

"Betulkah apa yang papa dengar yang Damia sesuka hati ikut lelaki entah siapa-siapa? Siap halau Rian. Lelaki tu offer nak hantar balik, Damia pun terima tanpa berfikir. Betul ke?" Dingin suara Tan Sri Azizi mengutarakan soalan. Damia mencerlung memandang Rian. Benar seperti apa yang dikatakan oleh Edward. Rian bukan orang yang baik! Kali ini Damia benar-benar percayakan Edward.

"I'm asking you, Damia Insyirah Azizi. You know the rule. When I ask, you should answer me! Now, tell me! Yes or no ?" Tegas suara Tan Sri Azizi. Damia menikam pandangan Tan Sri Azizi.

"Yes, papa. Semua tu betul. Puas hati kau sekarang, Rian?"

"Damia. You are out of your idea who you've been dealing with. Edward is not a good man. You better stay away from him, Cheese. I am your father. Believe me." Ujar Tan Sri Azizi.

"Me? Trust you? For what? To be disappointed again? Edward is not a good man? And so are him!" Damia halakan telunjuknya pada Rian. Rian ketap gigi menahan marah.

"You don't know who Rian really is. He's not as good as you think. Edward has told me everything about Rian," balas Damia sambil matanya merenung tajam Rian.

"Do you trust him? You're really stupid, Damia. Every word that comes out of the mouth of a man named Edward is just a hoax. Don't fool yourself believing his lies!" Marah Rian.

"Shut up, Rian! Kau tu yang penipu! Dasar penghasut!"

"Damia! Watch your mouth!"

"I've told you before. This is all your fault for trusting stranger more than your own child!" Bentak Damia. Tan Sri Azizi terdiam.

"Damia. You don't know yet who the real Edward is. I just want to protect you because Edward is a very dangerous guy!" Ujar Tan Sri Azizi. Dia mula terasa penat dengan perangai anak tunggalnya yang keras kepala itu. Setiap keputusan yang dia lakukan bukan mengikut hati dan perasaan. Dia sudah mencongak baik dan buruk keputusan itu.

"Oh, really? Bahaya yang macam mana papa cuba maksudkan? Is he a serial killer? Or is he a rapist?" Duga Damia seakan mempersendakan amaran Tan Sri Azizi.

"He's worse than your little brain can imagine of, my sweet daughter. Please listen to me, stay away from him!" Tan Sri Azizi mula berang. Dia terasa dirinya tidak dihormati.

"You know what, pa? It's true what Edward told me before I came home." Kata Damia. Matanya dikerling menghadap Rian.

"You are a jerk, Rian! I'm not only hate you, but more than that!" Luah Damia geram. Damia melangkah keluar. Ketika kakinya menghampiri pintu biliknya, tangannya disambar seseorang. Rian.

"Apa yang lelaki tu racun otak awak sampai papa awak pun awak tak percaya?" Soal Rian.

"Dan apa yang awak racun otak papa saya sampai saya anak dia ni pun dia tak percaya?" Damia pulang soalan yang hampir sama pada Rian.

"Edward betul-betul bukan macam yang awak fikirkan. I tell you what, dia tu kaki botol, kaki pukul, kaki judi, kaki perempuan dan panas baran! Try compare dengan rupa dia dan awak akan rasa saya sengaja sebar fitnah. Awak tak akan percaya selagi tak tengok dengan mata kepala awak sendiri, kan? And kalau dah tengok depan-depan pun, lepas Edward gula-gulakan awak dengan ayat-ayat dan janji-janji manis dia tu, awak tetap akan percaya dia tu suci daripada dosa, kan?" Perli Rian dihujung ayat.

"Saya tahu awak benci saya and to be honest, me too. Perempuan keras kepala, bodoh sombong dan lembap macam awak ni betul-betul tak layak berurusan dengan saya walaupun awak tu 'orang-orang kayangan'. Saya ni semuanya buruk dimata awak. Yalah kan... Edward tu malaikat dan saya tetap syaitan." Rian mengecilkan pandangannya membuatkan aura sinisnya bertambah. Damia ketap bibir kuat.

"Tak kisahlah apapun awak akan cerita dengan Edward waktu on call nanti, saya tetap nak bagitahu awak. Edward adalah seorang pemilik syarikat pelacuran terbesar di Malaysia. Ada yang tahu? Duit dan senyap atau...clik.. Pom!" Rian buat gaya menarik picu dan tangan yang digayakan sebagai pistol diletakkan di kepala sebagai isyarat 'bunuh'. Terkejut? Ya, Damia benar-benar terkejut namun dia ragu-ragu.

"Saya dah bagitahu, ya? Kalau awak masih berdegil untuk terus berkawan dengan dia, saya tak akan halang dah. Itu keputusan awak but, kalau one day terjadi apa-apa kat awak, jangan sesekali awak tunding jari pada saya cakap saya tak protect awak. Bukan saya tak protect, I've tried my best. Awak yang tak tahu nak jaga diri sendiri. Prepare yourself, Damia." Rian berlalu. Damia masih terkaku. Mindanya ligat berputar cuba mencerna maklumat.

"Edward yang menipu atau Rian yang memfitnah?"

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now