BAB 4

2K 135 0
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, Rian dan Damia melangkah masuk ke dalam Kedai Buku Popular bersama. Rian jeling Damia sepintas lalu sebelum berdehem.

"Apa?" Soal Damia garang.

"Ingat lagi apa saya pesan?" Soal Rian dengan muka extra garang. Damia julingkan mata ke atas.

"Ya! Pukul 3:40 mesti dah kena bayar sebab awak ada meeting dengan papa pukul empat and awak tak nak lambat." Damia tayang muka bosan. Rian tersengih.

"Good. Now,  pergi beli apa-apa yang awak nak dan jangan ganggu saya." Rian terus berlalu. Rak buku pelajaran ditujunya segera. Beberapa buku latihan Addmath yang berjaya menarik perhatiannya dibelek teliti.

"Kalau aku beli satu buku saja, nanti datang angin monsun barat daya si adik aku tu habiskan, takkan nak tunggu seminggu before exam baru nak beli baru?  Tapi kalau aku beli banyak, dia habiskan juga?" Rian garu dahi. Memikirkan adiknya yang seorang itu memang bikin rambutnya gugur!

"Beli sajalah lima buku. Bagi dia dua saja, lagi tiga aku simpan. Hah,  pandai kau Rian!" Puji Rian syok sendiri. Lima buku latihan addmath dipilih dengan tekun. Dia sangat mementingkan kualiti. Siap memilih,  kaunter bayaran dituju segera.

"Berapa, kak?" Soal Rian.

"RM85, dik. Nak plastik?" Soal si juruwang. Selesai membuat pembayaran, Rian menuju ke bangku kosong yang terletak berhadapan dengan kedai buku tersebut. Punggungnya dilabuhkan disitu sementara menunggu Damia. Dia kerling jam tangannya tajam. Sudah pukul 3:25 petang. Masalah! Mana pula Damia ni?

"It's okay, Rian. Be gentleman. Chill! Damia tak ke mana pun. Mungkin dia rambang mata nak pilih yang mana. You should give her space. Kita bagi dia 20 minit saja lagi," bebel Rian sendirian. Seperti yang diungkapnya, 20 minit diberikan untuk Damia dan gadis itu masih tidak muncul-muncul jua.

"Chill? No more! Aku kena cari si Damia tu sekarang! Dah pukul 3:50 tahu tak?" Rian melangkah berang ke dalam kedai buku. Mencari Damia saja sudah memakan masa hampir 10 minit. Setibanya di salah satu lorong rak buku, dari jauh dia boleh melihat Damia sedang terlentok manja. Dia... Tidur? Rian menggigil menahan bengang. Dia ni kan....

"Damia!" Bergema satu kedai Popular.

***

"SORRY lah Rian... Saya tak sengaja. Saya betul-betul ngantuk tadi,"ujar Damia beralasan. Tapi memang betul pun dia mengantuk dan dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh tertidur ketika memilih buku untuk dibeli. Rian mendengus kasar.

"Cukuplah, Damia. Saya malas nak cakap dengan awak. Orang macam awak ni memang tak boleh bagi muka!" Marah Rian tanpa menoleh ke arah Damia. Ini pertama kali Rian marah. Damia jadi gerun. Rasanya tidaklah teruk sangat salah dia tadi. Damia mula rasa berang juga.

"Chill, dude! Takkan itupun awak nak bengang sampai nak tengking-tengking perempuan? Awak lambat pergi meeting dengan papa saya saja pun. Tak payahlah nak serius sangat!" Bidas Damia. Rian berhenti melangkah dan terus berpusing menghadap Damia. Damia yang tidak sempat berhenti terlanggar dada bidang Rian. Rian melangkah beberapa langkah ke belakang. Damia ketap bibir.

"Listen carefully,  Miss Damia Insyirah. Dalam kontrak yang papa awak suruh saya sign tu ada beberapa point yang mungkin awak tak tahu sama ada tak diberitahu atau awak sendiri yang malas nak ambil tahu sebab sibuk fikir cara apa lagi nak buat untuk singkirkan saya daripada hidup awak," perli Rian. Damia terdiam.

"First, saya kena lindung awak. Second, tegur kesalahan awak. Third, betulkan kesalahan tu. Make it simple, papa awak suruh saya didik awak jadi orang. For example, untuk sikap tak bertanggungjawab awak tu, saya kena repair bagi elok sampai awak tahu hargai masa orang lain dan ada rasa tanggungjawab untuk tak rosakkan plan orang lain." Rian berpeluk tubuh.

"Waitwhat? Didik? Excuse me, Mr. Perasan Sempurna! Awak fikir awak tu siapa nak didik-didik saya bagai? Saya tak perlukan awak dalam hidup saya. Baik untuk lindungi saya atau bentuk diri saya, saya tetap tak perlukan awak. Awak tu cuma menyusahkan. So, get lost! Or else, saya sendiri yang akan buat awak merangkak keluar daripada hidup keluarga saya!" Ugut Damia. Mata Rian mengecil merenung Damai. Mulut saja comel, tapi bahasanya...  Nauzubillah!

"Awak langsung tak ada kena mengena dalam family saya plus awak bukan suami saya. Awak tak layak nak bentuk saya ikut acuan awak! Tak payah sibuk nak tegur saya! Teguran awak tak valid untuk saya. Faham?" Damia sambung mengamuk sakan. Rian pula diam. Bukan kerana tersentak dengan bahasa yang digunakan Damia tetapi lebih kepada malas nak berdebat lagi dengan gadis itu.

"Blalah, Rian. I don't need you! Not even once!" Damia berlalu. Rian menghela nafas panjang.

"Damia..." Rian cuba mengejar Damia namun matanya tertancap ke arah sebuah motorsikal yang ditunggang oleh dua orang lelaki. Yang merungsingkan Rian sekarang ialah motorsikal itu menuju ke arah Damia tanpa Damia sedari.

"Damia! Watch out! "

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now