BAB 40

2K 86 10
                                    

29 TAHUN LALU...

Zul Azhfar memehati tiga orang anaknya dengan pandangan serius.

"Aku belum mati lagi tapi kau dah sibuk pasal harta aku, Luqman?" Soal Zul Azhfar garang. Luqman tunduk menekur lantai.

"Aku belum tutup mata kau dah nak bergaduh tentang harta aku?" Soal Zul Azhfar lagi. Dia kesal.

"Bukan macam tu, ayah. Luq cuma tak puas hati sebab abang Am dengan abang Muaz dapat lebih. Abang Am dapat syarikat. Abang Muaz dapat rumah agam ayah. Luq dapat kereta saja? Mana adil!" Bantah Luqman garang.

"Luq... Kan abang dah cakap. Abang tak nak pun tapi itukan dah memang tradisi keluarga kita. Yang sulung akan wariskan syarikat ayah. Bila abang dah kahwin dan dah ada anak, anak sulung tu akan handle syarikat tu. Melainkan kalau anak sulung abang tu perempuan, barulah abang akan pass pada abang Muaz. Kalau anak abang Muaz pun perempuan, baru abang Muaz pass pada Luq,"jelas Amran. Dia anak sulung keluarga itu. Dialah yang terpaksa menggalas tanggungjawab mewarisi amanah ayahnya.

"Ayah tak adil. Sampai bila Luq nak tunggu? Sampai tua?" Marah Luqman.

"Ayah tak ajar anak ayah bertelingkah soal harta,"marah Zul Azhfar. Semua terdiam.

"Maafkan Muaz, ayah. Tapi Muaz tak nak rumah agam ni. Muaz nak duduk rumah sendiri. Boleh ayah?" Soal Muaz. Zul Azhfar pantas menggeleng.

"Tak boleh. Itu hak Muaz. Terpulanglah apapun Muaz nak buat. Ayah tak kisah,"bantah Zul Azhfar. Muaz akur. Luqman masih tidak puas hati.

"Luq tetap akan dapatkan syarikat ayah tu tak kira apapun!" Ujar Luqman.

"Ayah tak izinkan! Itu hak abang kamu!" Tengking Zul Azhfar.

"Ayah... Am tak nak pun sya..."

"Am kena juga!" Tegas Zul Azhfar. Luqman pantas berlalu ke biliknya. Pakaiannya dimasukkan ke dalam bagasi. Passport dicapai dan dia pantas berlalu. Zul Azhfar pantas menghalang.

"Luq nak ke mana?" Soal Zul Azhfar. Tangan Zul Azhfar ditepis kasar.

"Kalau Luq tak dapat syarikat tu, Luq akan pastikan hidup abang Am tak akan senang!" Ikrar Luqman. Dia terus keluar dari rumah.

"Luqman!" Muaz cuba mengejar namun langkahnya terhenti sebaik Zul Azhfar melarangnya.

"Dengar sini Am, Muaz... Ayah tahu kau berdua tak mahu kemewahan yang ayah wasiatkan ni tapi ini sudah tradisi keluarga ni beri syarikat kepada anak sulung lelaki dan rumah kepada anak kedua lelaki. Ayah harap kau berdua tak serahkan apa yang ayah beri ni pada Luqman. Bukan ayah pilih kasih tapi ayah tahu dia tak mampu nak urus syarikat ayah dengan baik. Dia tamak." Ujar Zul Azhfar.

"Am...Walau siapapun musuh yang nak rampas syarikat tu daripada Am, walaupun musuh itu Luqman, adik kandung kamu sendiri, Am kena pertahankan! Janji dengan ayah?" Zul Azhfar menagih janji. Amran terkedu. Dia takut untuk berjanji. Dia takut jika dia memungkirinya.

"Janji dengan ayah, Am!" Paksa Zul Azhfar. Amran akhirnya bersetuju.

"Dan Muaz. Ayah sayang rumah ni. Tolong jaga rumah ni elok-elok. Boleh?" Soal Zul Azhfar kepada Muaz pula. Muaz mengangguk. Selang beberapa bulan, Zul Azhfar akhirnya kembali ke rahmatullah.

Dua tahun selepas itu, Amran akhirnya bertemu jodoh dengan Halayna. Setahun kemudian, mereka dikurniakan pula sepasang kembar lelaki, Rayyan dan Rian. Anak ketiganya dinamakan Felix. Muaz pula bertemu jodoh dengan Zaheera ketika umurnya masih 25 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinannya, dia dan isterinya memperoleh tiga cahaya mata, dua lelaki iaitu Danish dan Suffian serta seorang anak perempuan bernama Izyan. Segalanya tenang dan aman. Anak-anak mereka membesar dengan baik. Namun ketika usia si kembar Rayyan dan Rian mencecah 25 tahun, Luqman telah kembali bersama isteri dan anaknya.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now