✴ Special Chapter ✴

2.3K 81 5
                                    

ZANE & EIAN - ENAM TAHUN

Eian berjalan bersama Zane. Ketika itu sedang waktu rehat. Mereka saja berjalan-jalan di kawasan tadika mereka. Tiba-tiba, mata Eian menangkap figura seorang kanak-kanak perempuan sedang duduk dibuaian. Terus dia tinggalkan Zane. Eian duduk disebelah budak perempuan itu.

"Hai, saya Eian. Daddy saya cakap, kita kena jujur sebab menipu tu dosa." Ujar Eian kepada budak perempuan bertocang dua itu.

"Jadi?" Soal budak perempuan itu kerek.

"Jadi saya nak jujur dengan awak ni,"ujar Eian. Berkerut comel dahi budak perempuan itu.

"Jujur apa?"

"Awak comel. Saya suka awak. Awak nak saya tak?" Soal Eian dengan muka tak tahu malu. Budak perempuan itu menggeleng laju.

"Tak nak!"

"Kenapa tak nak?"

"Sebab saya tak nak. Kan daddy awak suruh jujur. Saya dah jujurlah ni. Saya tak nak awak." Budak perempuan itu terus berlalu. Eian berdecit.

"Abang... Tengok dia tu. Dia tak nak kawan Eian!" Adu Eian. Zane menepuk dahi.

"Memanglah. Eian bukan tanya nak kawan dengan Eian ke tak. Eian tanya nak Eian ke tak. Apalah Eian ni,"tegur Zane. Tiba-tiba sekumpulan kanak-kanak perempuan datang mengerumuni Zane.

"Hai, Zane!"

"Zane nak gula-gula tak?"

"Zane! Saya ada cupcake!"

"Zane nak booba?"

"Zane ni comellah!"

"Zane..."

Zane ketap bibir. Mukanya merah padam. Eian sudah menjeling geram. Memang itulah selalunya yang terjadi. Kerana itulah Zane lebih suka rehat di dalam kelas yang ada cikgu. Dia tidak suka jadi perhatian.

"Zane nak masuk kelas." Pamit Zane sebelum menarik tangan Eian masuk ke dalam kelas. Eian sempat membuat flying kiss pada kumpulan kanak-kanak perempuan yang menyerbu Zane tadi. Zane menggeleng kepala menyampah.

****

"HAI, saya Eian. Awak comellah. Nak berkawan dengan saya tak?" Soal Eian pada gadis bertocang dua semalam.

"Kan saya dah cakap tak nak!" Bentak budak perempuan itu. Muncung Eian sudah sedepa.

"Saya nak berkawan dengan awak saja." Eian memeluk tubuh. Merajuk. Budak perempuan itu jadi serba-salah. Akhirnya dia pun bersuara.

"Isyh! Iyalah. Saya nak kawan awak." Budak perempuan itu mengajak Eian duduk dibuaian yang didudukinya. Laju saja Eian duduk dihadapan budak perempuan itu.

"Siapa nama awak?"

"Dania."

"Hai, Dania." Sapa Eian.

"Hai, Eian." Balas Dania. Senyum comel diukir buat Eian.

"Saya suka awak. Muah!" Laju saja pipi kiri Dania dicium Eian. Menjerit budak perempuan itu.

"Apa ni Eian? Saya tak sukalah!" Marah Dania.

"Tapi saya suka. Saya suka awak." Dania tayang rolling eyes. Eian masih senyum dengan riak tak bersalah.

Dan author rasa si Eian ni terkenan si budak Larq tulah. Buaya semacam. Pffft-

***

ZANE memerhati sekeliling untuk memastikan dirinya tidak disedari sesiapa. Zane mengurut dada lega. Dia bergerak ke kaunter makanan untuk mengambil makanan. Zane duduk disebuah pondok. Eian tak nak rehat dengan Zane sebab dah ada Dania katanya. Terpaksalah Zane makan sendirian. Dan memang itulah yang Zane mahu tetapi tak pernah dapat makan sendirian. Buktinya? Ini bukti.

Zane menutup matanya sambil membaca doa makan. Sebaik dia menamatkan doanya, tiba-tiba ada suara yang mengaminkan duanya. Zane buka matanya dan tercengang. Meja yang kosong sebelum itu sudah penuh dengan bekal makanan yang pelbagai. Zane melihat wajah-wajah pemilik bekal itu. Hampir tujuh orang semuanya.

"Hai, Zane!" Sapa mereka serentak. Zane mengeluh.

"Hai." Balas Zane acuh tak acuh. Makanan yang diambil di kaunter tadi tiba-tiba bertukar menjadi bekas makanan.

"Hai, Zane. Saya Luna. Saya bawakan awak nasi goreng. Makanlah,"pelawa Luna. Tiba-tiba bekas makanan Luna ditolak dan diganti dengan bekas makanan lain.

"Hai, Zane. Saya Aini. Makanlah macaroni cheese saya."

"Tak payah, Zane. Awak makan cupcake saya sajalah. Saya Aisyah,"pintas kanak-kanak perempuan yang lain.

"Cupcake tak kenyang! Zane ambillah maggie Wanie ni,"pelawa Wanie.

"Maggie tak sihat. Zane jangan makan. Zane makan sup sayur Bella,"ujar si Bella pula. Bekal makanan bertukar-tukar dihadapan Zane. Ketujuh gadis itu mula bergaduh seperti biasa untuk menentukan bekal siapa paling bagus untuk diberi pada Zane. Zane mengurut kepala.

"Tak makan lagilah aku hari ni,"desis Zane. Kesian Zane. Introvert yang popularlah katakan...

Special Chapter -  End -

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now