BAB 17

1.5K 92 5
                                    

DAMIA dan Rian tunduk menekur lantai sementara Puan Zaheerah pula merenung tajam pasangan itu. Puan Zaheerah menggeleng kecil sebelum mula bersuara.

"Kenapa kamu berdua ni? Pergi tadi elok bersih dan kering baju tu. Balik rumah semula dah kuyup? Mak suruh Rian bawa Damia jalan-jalan, bukan ajak mandi parit!" Bebel Puan Zaheerah.

"Haih, budak-budak ni... Danish! Ambilkan tuala untuk abang dan kakak kamu ni!" Laung Puan Zaheerah. Beberapa saat kemudian kedengaran suara Danish menyahut.

"Okey!" Damia dan Rian berpandangan.

"Ni semua salah awak!" Bisik Rian. Mata Damia membulat.

"Saya? Awak cakap saya salah?" Damia sudah bercekak pinggang.

"Habis tu? Takkan saya pula!" Rian berpeluk tubuh.

"Memang awak pun!"Damia membalas.

"Awak yang salah!"

"Awak!"

"Awak!"

"Awak!"

"Saya cakap awak salah, awak salahlah!" Bentak Rian.

"Eeeeii! Diamlah! Mak tak suruh kamu bergaduhlah! Minta maaf sesama sendiri sekarang!" Potong Puan Zaheerah.

"Baik, mak." Balas Damia dan Rian serentak. Mereka berpandangan. Damia mengutuk dalam hati. Rian juga begitu.

"Tunggu apa lagi? Cepatlah minta maaf!" Puan Zaheerah bercekak pinggang. Tidak faham dia dengan pasangan itu. Umur sudah meningkat namun perangai masih seperti murid sekolah tadika. Tak sah kalau tak bergaduh. Sudahlah bergaduh, dua-dua keras kepala tak mahu mengalah. Egois!

"Sorry." Ujar keduanya serentak.

'Sibuk saja nak cakap serentak!' gumam Damia.

"Nah, tuala." Danish menghulurkan dua helai tuala, sehelai seorang.

"Thanks," ucap mereka serentak lagi. Damia menikam pandangan Rian dengan perasaan sebal. 'Apa masalah mamat ni? Nak mengajuk pun agak-agaklah!' Kutuk Damia dalam hati. Bengang pula Damia dibuatnya.

"Peniru!" Selar Rian tiba-tiba.

"Awaklah peniru!" Balas Damia. Makin bertambah sakit hatinya mendengar gelaran yang disandang olehnya.

"Excuse me, Miss Copy And Paste. Daripada tadi, awak tu yang asyik mengajuk saya!"

"Hello! Awak ingat saya tak ada 'life' ke nak copy and paste semua pasal awak? Awak tu yang meniru, peniru!" Damia pulangkan semula gelaran yang disandangnya pada Rian. Rian mengetap bibir geram. Damia sudah menggenggam buku lima. Sikit hari lagi, mahu lunyai muka lelaki itu ditumbuk Damia.

"Sudah! Pergi masuk mandi!" Puan Zaheerah menjadi orang tengah meleraikan pergaduhan itu.

"Humph!" Keduanya memalingkan muka sambil berpeluk tubuh sebelum berlalu. Puan Zaheerah menggeleng lagi.

"Apalah nak jadi dengan budak berdua tu..."

****

"GERAM sangat I dengan dia tu tau! Asyik nak sakitkan hati I saja! Kalau macam ni, bukan dia yang gila tapi I yang gila!" Adu Damia pada Edward pada petang itu. Ketika itu Damia duduk di pondok yang terletak dihalaman rumah.

"Sabarlah, sayang. Nak tundukkan lelaki bukan senang. Bukan perempuan saja nak tengok effort, lelaki pun nak juga." Balas Edward.

"Nak tengok effort?" Soal Damia tidak mengerti.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now