BAB 46

3.6K 118 15
                                    

DAMIA hirup udara Maldives semahunya. Dia sedang melihat permandangan matahari terbit bersama Rian. Kata lelaki itu, manusia jarang menikmati keindahan matahari terbit tetapi berpusu-pusu menikmati matahari terbenam; manusia jarang menghargai pertemuan namun berpusu-pusu meratap kehilangan. Damia iyakan sajalah kata-kata suaminya itu.

"Awak tak nak share ke dengan saya siapa diri awak? Atau awak masih nak berahsia?" Soal Damia tiba-tiba. Rian mengerling Damia sekilas sebelum pandangannya kembali dicampak ke arah matahari terbit.

"Nak tahu ke?" Rian beri jawapan dalam bentuk soalan.

"Mestilah!" Damia sudah teruja. Dia duduk menghadap Rian.

"Tak ada yang menarik. Nama saya Rian Afliq. Amran Syah tu papa saya. Muaz tu adik papa saya a.k.a pakcik saya. Luqman tu adik bongsu papa saya. Saya ada tiga orang adik beradik. Saya, Rayyan dan Felix. Macam yang awak tahu, Rayyan meninggal dunia tiga tahun yang lepas." Rian berhenti seketika. Damia masih sabar menanti bicara Rian yang seterusnya.

"Larq tu sepupu saya. Kami bermusuhan angkara dendam ayah dia pada Uncle Muaz dan papa saya. Uncle Azizi kawan baik papa saya." Rian berhenti lagi. Damia mengusap lengan Rian. Dia tahu kenapa lelaki itu berhenti. Kerana nama arwah papanya disebut tadi.

"It's okay. Continue your story." Rian mengangguk. Dia mula bercerita dari mula hingga akhir. Rian lega dapat jujur dengan Damia. Dia benar-benar lega.

"Your turn." Ujar Rian. Damia kebingungan.

"My turn?"

"Yup. Tell me apa yang jadi di Langkawi malam tu,"pinta Rian. Damia mengangguk perlahan. Dia juga mula bercerita dengan penuh emosi.

"I think lelaki itu Larq,"komen Rian sebaik Damia menamatkan ceritanya.

"Syukur dia tak tembak saya. Saya takut sangat!" Ujar Damia. Dia terkenang bagaimana gelabahnya dia sewaktu Larq acukan pistol di kepalanya dan saat dia mahu melepaskan tembakan, ada tangan yang menghalang. Damia masih ingat suara itu. Suara milik Zaini.

"You nak bunuh dia ke apa? Dia ni umpan kita saja. Kalau you bunuh dia, lepas ni kita nak umpan jantan tu guna apa? Sebelum buat tu fikir dulu!"

"Tak payah takut. Sekarang mereka dah tak akan ganggu kita. Semuanya dah berakhir." Rian tayang 'peace'. Damia ketawa.

"Erm.. Ada sesuatu saya nak tanya awak."

"Apa dia?" Rian memerhati Damia.

"Apa makna 'Sei così bello' ya?" Soal Damia. Rian sedikit tersentak.

"Siapa yang cakap tu pada awak?"

"Larq Erwan." Berubah air muka Rian. Kelat sekelat-kelatnya. Damia ketawa. Pipi Rian dicubit.

"Kenapa? Apa maknanya?" Soal Damia. Rian menjeling.

"Dia cakap awak buruk sangat!" Beritahu Rian dengan nada geram sebelum terus meninggalkan Damia. Damia terkebil-kebil.

"Aku buruk sangat?" Soal Damia sendirian. Tiba-tiba otaknya menangkap sesuatu yang lucu. Melihat gelagat Rian tadi jelas dia cemburu. Jadi, Sei così bello itu pasti maksudnya berlawanan dengan apa yang Rian katakan.

"Sei così bello. Awak sangat cantik. Pfftt!" Damia ketawa mengilai. Patutlah tiga depa muncung si Rian. Damia bangun bagi mendapatkan Rian. Dia berlari-lari anak mendekati Rian di sundeck chalet mereka.

"Rian! Saya dah tahu maksud Sei così bello! Awak cemburu, ya?" Laung Damia semasa dia berlari. Rian berpeluk tubuh. Mukanya dimasamkan.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now