BAB 23

1.5K 91 7
                                    

"Tips nombor dua, jangan tunjukkan yang you desperate nak dapatkan dia. I tell you some fact about man, ego. Lelaki ni ego. Tercalarlah ego seorang lelaki maskulin kalau ada girl mengurat dia dengan desperate nya.

For your information, lelaki jarang hargai benda-benda yang murah dan senang dapat ni. You faham, kan? Be expensive but jangan terlalu jual mahal. Lelaki pun ada limit sabar diorang. They will never waste much of their time by chasing a girl that not interesting with them."

RIAN memerhati Damia yang khusuk menyedut air milo aisnya. Kaki Rian terasa lenguh. Sudah dua jam dia berjalan di Mall menemani gadis itu. Rian kunyah suapan terakhir nasi ayamnya dengan perasaan sebal. Tiba-tiba mata Rian bertembung dengan Damia yang asyik merenungnya. Rian jadi kaku seketika.

"What's wrong with you, Damia? Awak peliklah hari ni,"ujar Rian. Damia sekadar tersenyum. Manja senyumannya.

"Apa kena dengan senyuman awak tu? Saya tak rasa tu senyum biasa awak," tegur Rian. Dia betulkan duduknya dan merapatkan wajahnya ke muka Damia.

"Don't tell me you're trying to flirt me?" Rian mencerlung tajam memerhati mata hitam Damia. Damia tayang rolling eyes.

"Obvious sangat ke?" Damia mengeluh. Rian pula sudah terundur. Niatnya mahu buat Damia mengamuk menafikan tuduhannya tetapi kini dia pula yang rasa tak senang duduk.

"Awak.."

"Saya berguraulah Rian!" Cantas Damia sebelum tawanya meletus. Rian sudah sesak nafas.

"Boleh pula dia main-main. Ingatkan betullah awak nak ngorat saya,"ujar Rian sebelum turut ketawa.

"What if saya memang betul-betul nak ngorat awak?" Uji Damia.

"Simple, dear. Reject!" Balas Rian selamba.

"Reject? Auch!" Damia dan Rian ketawa.

"Hey... Kenapa awak baik sangat dengan saya hari ni?" Soal Rian. Jujur dia rasa akan perbezaan tingkah laku Damia pada hari ini. Dia dapat rasakan Damia seakan bukan Damia yang selalu berperang mulut dengannya.

"Nothing... Saya cuma penat nak bergaduh dengan awak, Rian. Kita dah besar but still bergaduh macam budak tadika," luah Damia. Rian sekadar mendengar. Dia mengakui dia juga lelah kadang-kala melayan sakit hati bertengkar dengan anak majikannya.

"So... Saya nak tanya," Damia berdehem perlahan sebagai tanda dia serius.

"Tanyalah."

"Will you be my friend, Mr. Rian Afliq?" Soal Damia seakan-akan mahu melamar Rian. Rian tersentak. Damia senyum penuh makna. Ya, ini juga sebahagian daripada rancangan dia dan Edward.

"Mostly the special relationship start with an ordinary friendship. So, make sure your name ada dalam senarai kawan baik dia."

Dan itulah pesanan Edward yang menyuruhnya menjadi kawan Rian. Rian meneliti Damia dari atas ke bawah. Dia mula curiga akan gadis itu.

"Why so sudden, Miss Damia Insyirah?"

"Why not? Takkan sampai saya dah kahwin pun nak bertekak macam anjing dengan kucing," ujar Damia. Rian bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now