BAB 36

1.5K 77 5
                                    

TANPA sedar, sudah seminggu Rian dan Damia menjadi tetamu di Langkawi. Aktiviti harian masih sama lasaknya. Damia relakan sajalah dirinya menyertai semua rancangan Rian. Damia sudah lali. Gayatnya juga sudah hilang. Lari balik kampung agaknya sebab kena dera dengan Rian hari-hari. Apa saja yang Rian ajak Damia buat seminggu ni? Mari Damia senaraikan.

Rian dan Damia pergi lawan go cart di Morac Adventure Park. Nak tercabut kaki Damia rasanya. Mereka pergi Skydive Langkawi. Macam nak tercabut anak tekak Damia menjerit. Rian relax saja Damia tengok. Geram betul! Perit tekak menjerit tak habis lagi, Rian dah buat Damia meraung dengan 'melawat' Skytrex Adventure Langkawi. Damia dan Rian juga pergi jalan-jalan di Langkawi Sky Bridge. Aktiviti yang Damia paling suka cuma satu. Snorkelling.

Damia mengerling Rian yang berada disisinya. Lelaki itu kelihatan teruja. Matanya tekun melingas kekiri dan kekanan melihat gerai-gerai di Pasar Malam Temonyong itu. Damia ketawa.

"Awak tak pernah pergi pasar ke?"

"Soalan apa tu? Menyampahnya nak jawab! Mestilah pernah,"balas Rian beremosi apabila keterujaannya diganggu. Damia mencebik geram.

"Orang tanya saja!" Rungut Damia. Matanya mencerlung garang. Rian menjeling.

"Jangan nak salahkan orang. Awak yang tanya tadi. Saya dengar,"gurau Rian. Bibirnya mengukir senyuman manis. Damia sepak betis Rian kuat. Sudahlah dia mengenakan heels malam itu. Menyeringai jejaka bermata karamel itu dibuatnya. Ya, luka itu.

"Sakit? Padan muka! Jangan harap saya nak bersimpati!" Damia menonong jalan ke hadapan. Rian pula terasa ada bendalir merah mula mengalir di betisnya. Bahunya dicuit oleh seseorang.

"Abang... Kaki abang darah tu,"tegur seorang peniaga yang meniaga burger. Rian mengangguk perlahan. Bibirnya cuba menguntum senyum biarpun payah. Dia memerhati jeans putihnya yang sudah memerah dibahagian betis. Rian mengeluh.

"Nasib baik aku sayang. Kau ni kan, Damia,"bebel Rian. Rian cuba melangkah dengan berlagak tenang. Tiba-tiba, dia tersedar sesuatu.

"Damia?" Matanya dikerling memandang sekeliling. Dia menjengketkan kakinya biarpun sakit dengan harapan mampu melihat kelibat gadis itu. Laju langkah dimajukan kehadapan. Damia dicari dengan segera. Perit di betis tidak dihiraukan. Hampir satu jam Rian mencari. Sudah dua kali Rian pusing satu pasar malam itu namun kelibat Damia tidak terlihat dimana-mana. Telefon gadis itu juga tidak aktif. Rian menyumpah seranah diri sendiri kerana gagal menjaa Damia. Dia teruskan langkah kakinya yang mula terasa kebas. Tengkuknya juga terasa lenguh menjenguk ke sana dan ke sini mencari batang hidung Damia. Rian ditegur oleh peniaga burger tadi.

"Abang cari apa? Dari tadi saya perhati."

"Abang cari tunang abang yang jalan dengan abang tadi. Ada nampak dia lalu tak tadi?" Rian rungsing sendiri.

"Tak ada pula. Erm.. Macam ni, abang duduk dulu sini. Pasar ni dah tutup. Tengok... Semua orang dah berkemas nak balik. Biar saya kumpulkan semua peniaga suruh cari." Tawar peniaga itu. Rian mengangguk. Peniaga itu lantas membuat pengunguman. Semua peniaga mula mencari. Rian ikut sama membantu mencari. Dia bergerak ke keretanya. Damia tiada di kereta.

"Damia... Awak kat mana ni?" Soal Rian. Luka dikaki dikerling. Darah masih mengalir segar tanpa segan silu. Rian mengeluh. Sakit? Sangat! Tetapi dia lebih risaukan Damia.

"Abang! Kami dah jumpa dia!" Jerit salah seorang peniaga. Berlari Rian ke arah yang ditunjukkan lelaki itu. Damia dilihatnya sedang duduk memeluk tubuh. Tubuh kecil itu menggigil. Suara esakan kedengaran. Rian pantas memeluk gadis itu.

"Pergilah! Jangan sentuh aku!" Damia menolak Rian kuat. Dia menangis teresak-esak.

"Damia! Ini saya!" Rian meleraikan pelukannya. Aku gadis itu digoncang kuat. Damia tak mahu membuka matanya. Itu masalahnya.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now