BAB 35

1.7K 88 2
                                    

DAMIA celikkan mata berat. Dia menguap. Kantuknya masih bersisa. Dia perhatikan keadaan sekeliling. Oh, dia berada di biliknya. Memori dia diberi bunga kembali menerjah ruang akal. Damia terpinga-pinga.

"Mana bunga aku?" Soal Damia sendiri. Dia memerhati sekeliling. Tiada.

"Aku mimpi kot.." Damia bangkit sebelum bergerak ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

***

USAI menunaikan solat Subuh, Rian terus berjalan ke bilik Damia. Damia dihubungi segera.

"Wa'alaikumsalam. Nak apa?" Soal Damia. Dahi Rian berkerut. Dia belum sempat beri salam pun!

"Jom keluar. Saya nak bawa awak pergi pantai."

"Tak nak. Sejuklah,"rungut Damia.

"Jomlah. Saya bawalah sweater untuk awak. Please..." Rian leretkan suara pada perkataan 'please'. Damia ketawa. Dia memang sudah mencapai baju untuk bersiap sebaik Rian menyatakan hajat mahu ke pantai. Sengaja dia menguji lelaki itu.

"Malaslah nak jalan..." Damia selesai mengenakan kemeja kosong dan skirt labuh.

"Saya dukung awak." Tawar Rian. Dia bersandar di dinding bersebelahan pintu bilik Damia.

"Gila ke?" Soal Damia geram. Malu dia! Damia menyarungkan tudung bawalnya.

"Tak. Saya normal. Awak naik belakang saya. Saya dukung. Nak?" Rian masih menawarkan diri untuk mendukung Damia. Rian tahan gelak.

"Tak nak!" Jerit Damia geram. Rian jarakkan telefon daripada telinga. Ada juga yang dia pekak sebelum masanya ni. Damia, Damia.

"Ke nak naik wheel chair?" Soal Rian. Rian angkat kening sebelah isyarat menyoal biarpun tahu Damia tidak melihat riaknya itu.

"Hisyh! Saya tahulah nak jalan sendiri. Saya cuma malas nak keluar." Damia capai sling bagnya. Perfume disembur tiga kali dan dia melangkah keluar.

"Eh? Dah siap?" Daripada bersandar, Rian pantas berdiri tegak sebaik Damia keluar tiba-tiba. Damia berpeluk tubuh.

"Habis tu? Kalau saya tak siap, ada pula yang merajuk nanti!" Ejek Damia. Rian menjeling manja. Bibir mengukir senyum manis.

"Jom."

Pantai Chenang jadi pilihan. Mereka berdua banyak menghabiskan masa berjalan dipersisiran pantai. Setelah itu, mereka singgah di kedai makan untuk bersarapan. Selesai bersarapan, mereka pergi berkayak pula. Macam-macam ragam Damia semasa berkayak. Lengan Rian sering menjadi mangsa cubitan Damia. Rian redha sajalah...

Penat berkayak, mereka singgah pula di Red Tomato Restaurant untuk makan tengahari. Selesai, mereka pulang ke hotel untuk solat Zohor dan berehat. Masing-masing tertidur sehingga asar dek kepenatan.

***

DAMIA menggosok matanya yang sedikit kabur kerana baru bangun tidur. Telefon yang berdering dicapai. Panggilan daripada Tan Sri Azizi.

"Assalamualaikum, pa."

"Wa'alaikumsalam. Cheese okey?"

"Okey. Mama dan papa okey?" Damia menggeliat malas. Letih berkayak tidak habis lagi. Semua salah Rian yang sibuk nak berkayak. Lelaki itu memang penggemar aktiviti lasak. Terpaksalah Damia relakan diri menyertai semua aktiviti lelaki itu.

"Alhamdulillah. Kami okey saja."

"Kenapa call ni? Ada apa-apa ke?" Damia menggaru dagunya yang gatal.

"Papa nak bagitahu sesuatu." Tan Sri Azizi memandang Puan Sri Afia disisinya. Wanita itu mengangguk.

"Bagitahu apa?"

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now