BAB 10

1.8K 116 0
                                    

PELUH berjuraian diseluruh tubuh Rian. Panas! Dia kerling jam tangannya. '5:43 petang'. Dia menghitung pula rak-rak yang dia sudah siap pasang. '20 buah. Semua sudah siap dipasang.'

"Ah, Damia memang sengaja nak dera aku!" Rungutnya. Dia terduduk kepenatan. Peluh masih setia menghujani seluruh wajah Rian.

"Kau ni, Damia. Kadang aku rasa kau ni baik. Tapi kenapa kau selalu dera aku macam ni? Aku cuma bekerja nak cari duit saja pun. Aku bukan nak ambil harta kau. Aku... Takkan resign. Kau buatlah apapun, aku tetap takkan resign selagi kau tak kahwin," bebel Rian sendirian. Dia teringatkan Edward. Dia sudah berikrar pada Tan Sri Azizi untuk melindungi anak gadisnya daripada termasuk jerat lelaki itu. Rian terbaring lesu. Sungguh! Dia penat. Matanya dipejamkan sebelum telinganya menangkap bunyi derapan kaki yang semakin menghampirinya. Matanya kembali terbuka.

"Hai, Rian! Good job! Saya ingat malam baru awak siap. So, sebab awak siap awal, saya nak awak angkat rak-rak ni bawa masuk lori tu..," bibir Damia dimuncungkan pada sebuah lori di luar rumah. Dahi Rian berlapis sebal.

"Apa ni? Rak-rak ni berat. Takkan nak angkat sorang?" Mendatar suara Rian.

"Erm... Maybe. Okay! This time saya benarkan awak panggil sesiapa untuk tolong awak sebab saya taklah kejam mana. Hehehe," Damia puji diri sendiri. Rian tayang muka menyampah sambil buat rolling-eyes.

"Oh by the way, this one..." jari Damia lurus menunding sebuah rak buku yang berwarna putih.

"Angkat bawa masuk bilik bacaan saya lepas balik dari 5 buah rumah anak yatim." Arahan dikeluarkan selamba. Rian dah ternganga. Berat tu nak angkat pergi tingkat dua! Kenapa Damia tidak memberitahunya sebelum dia mula memasang? Hatinya menggerutu geram.

"And also this one..," kali ni jarinya singgah pada rak kasut yang berwarna hitam. Keduanya mempunyai reka bentuk yang menarik.

"Saya nak awak letak di tepi pintu masuk." Damia sambung mengarah.

"Before 7 o'clock, saya nak tengok muka awak mesti dah ada di rumah. I think you should start now," ujar Damia sebelum berlalu. Rian pula mengerling jam tangannya. '6 petang!'

"Satu jam saja? Perempuan ni memang sewel lah!" Rungut Rian. Disebalik dinding, Damia menekup mulut menahan tawa mendengar apa yang dirungut oleh Rian. Itulah yang dia mahu! Itulah matlamat misi hari ni ; buat Rian rasa Damia itu menyusahkan! Telefon bimbit dikeluarkan dari poket dan dia mula mendail nombor Fawwin sambil mendaki anak tangga.

"Fawwin, I think kita dah hampir berjaya!" Ujarnya sebaik taliannya disambungkan dengan Fawwin

"Nice! Let's move on to our next plan!"

****

Imbas Kembali...

"So next plan?" Soal Damia.

"Plan ni memerlukan kau berlakon dengan kakunya and kita akan gabung dua plan serentak."

"Apa dia?"

"First, aku nak kau ajak dia keluar pergi pantai. Kat pantai nanti, kau kena berkelakuan macam kau tu isteri Rian. Lepas tu, aku nak kau upah mana-mana perempuan siap-siap untuk mengaku dia girlfriend Rian and boom! Kau pun start drama kau! Buat biar nampak real dimata orang luar tapi biar nampak kau tengah berlakon depan Rian. Lepas tu kau tinggalkan Rian! Biar dia balik naik grab. Huhu! Kejamnya aku!"

"Uisyh! Reason?"

"Aku nak Rian notice kau sengaja rancang dan dia confirm akan sakit hati melampau! Imagine diri kau dipermainkan macam tu. 'Panas' tak? Dah lah dimalukan, kena tinggal dan kena naik grab pula!" Ujar Fawwin.

Bodyguard Seumur HidupWhere stories live. Discover now