SKVSBI 1

94 8 0
                                    

Baru saja hendak menghirup air teh panas, terdengar jeritan kuat kawannya ...

"AMIRAH AISYAH!!! NAMPAK TAK HANDSOCK AKU LAGI SEBELAH?!!"

Nak tersembur air yang dihirupnya. Sudah la panas airnya..

"CARI LA BETUL BETUL!!! ADA TU HA KAT DALAM LACI!!!"

Itulah kawan baik aku .. Adhwa Humairah... Satu-satunya kawan dan keluarga yang aku ada. Kemalangan jalan raya yang melibatkan kedua-dua ibu bapa aku, menyebabkan aku tinggal sebatang kara. Ada saudara mara, datang ketika senang, pergi apabila aku terkontang kanting. Mujurlah ade makngah Sya, atuk, opah dan keluarga Adhwa. Walaupun dia nampak sedikit ganas, namun hatinya sangat baik malah sentiasa memberi bantuan ketika aku dalam kesusahan. Cuma sebelum dia beri bantuan, kau akan dibebel dan dicarut olehnya terlebih dahulu. Lamunan aku terhenti apabila terdengar suara Wawa.

"Weyyyyyy Rah.. Nak aku hantar tak?" Kata Adhwa atau lebih selesa dipanggil Wawa. Katanya kalau panggil Adhwa, nampak macam baik sangat😂

"Universiti tu dekat je Wa. Jalan kaki pon boleh sampai.. Wawa punya Kolej tu je yang jauhhh." Kata ku sambil mendepakan tangan menunjukkan jarak yang kononnya jauh.

"Habis tayah hantar la ni?" Adhwa menyoal.

"Ye Wa tayah" Aku balas dengan nada datar.

"Ha yolah. Aku gerak dulu ehh lambat dah ni" sambil membetulkan awning tudungnya di hadapan cermin kecil yang sentiasa dibawa kemana mana.

"Ha okok.. Nah bekal." Aku menghulurkan bekas tupperware berisi nasi goreng kepadanya.

Sudah lah aku duduk menumpang dengannya.. Nak bayar sewa, dia kata tak payah.. Untuk balas budi dia aku bertanggungjawab ke atas dapurnya dan perutnya..Aku tersenyum sendiri.

"Mana tak gemuk aku macam ni. Kau kut ye pun nak suruh aku gemuk, jangan la nampak sangat. Nanti kalau mama datang, tengok kau kurus macam lidi. Mama cakap aku dera kau pulak. Tak memasal aku kena bebel dengan mama. Ishh kau ni!

Ha yang kau ni sengih sengih dah kenapa. Mabuk ketum ke?" Wawa membebel sendirian sambil mengambil bekal yang dihulurkan oleh aku.

Jangan pelik lah, Wawa nampak je ayu, tapi macam yang aku cakap tadi Wawa kuat jugak mencarut walaupun dah ditegur berulang kali. Aku? Aku memang tak reti nak mencarut hahahh. Kalau marah, biasa aku diam. Bagi mengelakkan pergaduhan gituu. Ok takde kaitan sebenarnya😂😂😂

Aku diam menyepi. Membiarkan soalannya tergantung begituu. Melihat aku yang senyap dia pon sambung membebel. Entah apa yang dia bebelkan, aku pon tak tau lah. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lebih kurang macam tu lah.
Baik aku kemas kemas barang untuk pergi ke U nanti...

First day masuk universiti be like, Hailaaa nervousnya..

'Ramainya' aku berbisik sendiri saat melangkah masuk ke pintu gerbang universiti ini...

Ting!

Satu notification masuk.

Aku membaca mesej yang diberikan oleh makngah aku. Sekali lagi aku tersenyum dan melangkah masuk ke dalam U ini...

[SKIP]

"Mirah!"

Satu suara membuat aku menoleh kebelakang, mencari empunya suara yang memanggilku .

Bingo!

"Professor Syawani Raudhah", ucapku apabila berada tepat di hadapannya..

"Tayah la nak berprofessor sangatt dengan makngah. Besar panjang dahh Mirah. Cuba senyum sikit, ni buat muke iceberg tu je" tegur Makngah.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now