SKVSBI 9

39 6 0
                                    

"Saya..." agak lama aku berhenti.

"Kalau kau tak nak cerita, takpelah, aku faham", Rayyan mencelah bila melihat aku yang senyap tidak bersuara.

"Tak, saya nak cerita. Saya... Saya dah penat nak pendam.

Senior nampak je dia tu baik, tapi dia lagi jahat daripada iblis. Seminggu lepas parents saya meninggal, keluarga maklong memang ada datang untuk tengok saya kat rumah makngah. Saya ingat lagi, masa semua orang sibuk kat bawah, dia senyap senyap naik pergi bilik saya untuk buat benda yang tak elok", aku berhenti sejenak menarik nafas.

"Sejak tu, saya susah nak percaya orang. Saya asingkan diri dari semua orang. Kalau saya bagitahu orang pun, takde siapa yang percaya. Saya taknak susahkan makngah masa tu. Jadi apa yang saya boleh buat?", aku menunduk dan mengalirkan air mata tanpa mengeluarkan suara.

Rayyan yang mendengarnya terdiam seribu bahasa. Baru sekarang dia faham apa yang Miqdad cerita sebelum ni, kenapa Amirah yang dulunya seorang budak yang ceria berubah menjadi iceberg. Ternyata punca utama dia jadi macam ni sebab keluarga maklongnya.

Betapa peritnya hidup dia tanpa ibu dan ayah semasa umurnya baru menginjak ke alam remaja.

'Macam mana kau boleh hadap dan pendam macam takde apa yang jadi seorang diri selama ni?', Rayyan melihat Amirah dengan pandangan simpati.

Dia terpaksa berkorban dari segi mental dia. Sebab kejadian tu, dia tak jadi macam remaja yang lain enjoy their life.







Rayyan memberhentikan keretanya di sebuah taman. Dia membuka pintu selepas mematikan enjin kereta dan membuka pintu untuk Amirah.

"Jom", Rayyan mengajaknya keluar. Amirah yang menunduk sambil menangis, mula mengangkat kepalanya.

"Pergi mana? ", dia bertanya sambil memandang Rayyan dengan mata yang berkaca kaca.

Rayyan menunduk bagi menyamakan paras tinggi dengan Amirah yang masih duduk di dalam kereta. Dia mengeluarkan sapu tangan yang ada di kocek seluarnya.

"Aku nak belanja kau aiskrim", kata Rayyan sambil mengelap air mata di pipi Amirah. Rayyan memandang mata bulat Amirah yang kebetulan turut memandangnya. Tangannya terhenti dan matanya mula scan muka Amirah.

       Bermula dari kening yang terletak cantik di mukanya, anak mata berwarna coklat terang, hidung yang merah sebab terlalu banyak menangis dan akhirnya, matanya turun ke bibir pink basah Amirah. Air liurnya ditelan dengan kesat.

"Senior, kenapa tengok saya macam tu?", soalan Amirah menyedarkan Rayyan yang ralit melihatnya.

Rayyan tersedar, berdehem dan segera berdiri tegak.

"Nah lap sendiri. Aku taknak lap hingus kau", Rayyan mencampak sapu tangan berwarna biru ke muka Amirah. Agak ganas bunyinya, sebab Rayyan betul betul campak sapu tangannya ke muka Amirah agar riak mukanya tidak dapat dilihat oleh Amirah.

     "Ha? Hingus?"

'Nasib budak tu blur blur, kalau tak kantoi aku tengok muka dia. Tulah kau Rayyan khusyuk sangat tengok', Rayyan menghembus nafasnya dan tersenyum bila mengingat muka Amirah yang blur ditambah lagi dengan mukanya yang baru lepas menangis.

"Senior!!! Tunggu lah kejap!", Amirah berlari mengejar Rayyan yang sudah berada jauh di hadapan selepas menutup pintu kereta Rayyan.

"Ishh senior berhenti la kejap! Penat saya kejar tahu tak? Dah lah main campak je sapu tangan kat muka saya, sakit tahu tak?", dia mencangkung kepenatan. Amirah menggosok hidungnya perlahan. Kuat sangat ke aku campak tadi? tapi sapu tangan je kut.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now