SKVSBI 29

45 4 1
                                    

"so dah jelas semuanya kan? Kalau dah takda apa apa, Mirah nak balik. Thanks jagakan beg", Amirah mula turun dari pondok dan melangkah pergi tanpa menoleh kebelakang.

"yang kau ni tak reti nak balik ke?", Miqdad bertanya kepada Ayyad yang masih melihat Amirah pergi dengan aura dinginnya. Ingat swag la tu bila balik langsung tak toleh? Tapi memang swag pon. Nasib baik lah Amirah tak pakai hoodie harini. Kalau tak dah macam mafia dah bila diingat balik.

"alahh jap lah. Bagi la aku lepak sini jap, lagipun aku nak tengok Mirah dulu", Ayyad menjawab dengan selamba.

"yang kau nak tengok budak iceberg tu kenapa?", Rayyan bertanya. Terhidu bau kuali hangit cemburu di situ.

"ikut suka hati aku lah. Aku suka dia", kata kata yang keluar dari bibir Ayyad membuat mereka yang lain terkedu, tersedak air, tercekik, ternganga dan sebagainya.

"kau... kau cakap apa tadi?", Adib meminta Ayyad untuk mengulang kembali apa yang Ayyad katakan sebentar tadi.
Dia salah dengar ke tadi? Ni balik korek telinga ah cam ni. Sekali lagi Ayyad menarik telinganya supaya lebih luas. Itu kalau capang jangan tanya lah kenapa.

"aku suka Amirah Aisyah. Kenapa? Tak boleh ke?", Ayyad menopang dagunya dengan sebelah tangan. Ayyad membelek belek tin minuman yang sudah kosong. Buat seketika dia tersengih sendiri. Serupa seperti orang yang sudah angau cinta gayanya!

"kau, kalau aku panggil kau bebal boleh tak?", Miqdad menunjukkan muka tiada perasaan. Miqdad memandang Ayyad menyampah bila Ayyad tersengih sendiri. Mabuk ketum ke apa budak Ayyad ni?

"apa salah aku?", Ayyad bertanya polos. Suka pon salah ke?, Ayyad merintih sedih di dalam hati.

"kau tak kenal Mirah tu macam mana. Baik kau lupakan je lah niat suci kelapa murni kau tu. Thaqid yang sweet talker pon Mirah tak layan. Lagi kau yang macam cina mana ni, memang tak lah dia nak layan. Kan Wan?", Miqdad memandang Ikhwan. Ikhwan pula dengan teragak agak mengangguk.

"nama Amirah Aisyah binti Nazarudin. Umur 19 tahun. Tarikh lahir 17 Oktober 2003. Favourite food kuew tiaw goreng pedas. Suka air yang masam masam. Minat BTS, suka warna ungu. Her cool and sometimes I like 'aura dingin' dia.

That's exactly my type. Its that enough to me to tackle her?"

"macam mana...", belum sempat Adib menghabiskan ayatnya, Ayyad memotong terlebih dahulu.

"aku dah lama perhatikan dia...." , Ayyad memotong.

"Dari dia kecil lagi", ayatnya yang terakhir diucapkan dengan perlahan.
Senyuman pahit tersungging di bibirnya.

"kau cakap apa yang last tadi?", Rayyan memandang Ayyad yang tiba tiba suram. Tadi elok je mukanya tersenyum, tiba tiba mendung pulak.

"aku ada cakap apa apa ke? Takdelah. Aku nak balik dulu lah, nanti nampak Mirah cakap 'I love you' kat dia ea. Byeee", Ayyad melambaikan tangannya seraya melangkah pergi dari pondok.

"geli lah setan nak love love bagai", Adib membuat muka geli. Ayyad yang sudah jauh di hadapan di pandang.

"dah jom lah kita balik", Rayyan mengajak rakannya untuk pulang ke rumah. Buku buku yang bersepah di ambil dan dimasukkan separuh ke dalam begnya.
Separuh lagi dipegang untuk disimpan di dalam loker miliknya nanti.

"Amirah? Awak dari mana? Tadi pengikut awak cari awak", tegur Sara bila Amirah disebelahnya. Sara merupakan budak fakulti D iaitu course muzik. Orangnya lembut je, kalah aku. Mesti ramai peminat ni. Dalam diam Amirah memuji Sara.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now