SKVSBI 21

37 4 0
                                    

"Rayyan, budak budak ni kau nak hantar macam mana?", Miqdad bertanya dengan nada yang agak perlahan bagi mengelakkan budak budak itu terjaga dari tidur. Nanti kalau terjaga, dieorang tanya mana Mirah pulak. Ha sudah apa dia nak jawab? Dieorang punya rapat macam dah lama kenal, padahal baru jumpa berapa jam je. Hebat betul Mirah layan budak budak.

"Hmm... Kau boleh tak amik kereta aku pastu drive sini?", Rayyan menjawab sambil melihat Adriyan yang nyenyak tidur di pangkuan Thaqif.

"Kau nak hantar sorang ke?", Adib mengajukan soalan kepada Rayyan sambil mengusap kepala Hakimi yang sedang tidur di peha Ikhwan.

Comel!, detik hatinya. Adib merupakan anak bongsu dan dia sukakan budak budak. Pernah sekali dia di tingkatan lima, dengan selamba dia mintak mak dia adik. Mana taknye kene lepuk dengan maknya.

"Haah, lagipun aku nak singgah rumah aku jap. Aku nak ambil barang", Rayyan memberitahu.

"Ohhh.. Ha okay la camtu , aku, Adib dengan Thaqid balik dulu. Wan dengan Qif tinggal sini jap ah, nanti Adib bawak kereta kau", Miqdad mengeluarkan arahan. Lagak Miqdad sudah seperti abang sulung dalam kalangan mereka.

"Abis aku? Kau nak tinggalkan aku sorang kat rumah ke?", Thaqid mencelah.

"Kau mandi je lah dulu, kau mandi mengalahkan perempuan lambatnya", Adib menjawab. Bukannya Adib tak tahu, Thaqid kalau dah mandi memang berjam jam. Kalah akaknya yang perempuan. Lagi cepat. 

"Kalau aku kena culik macam mana? Siapa nak selamatkan aku nanti?", Thaqid bersuara sedih. Air mata yang tak wujud diseka perlahan.

"Halahhh kau ni hanat betul perangai. Kau tu umur dah nak masuk 21 tahun dah. Siapa nak culik kau?", Miqdad menjawab sambil matanya dijulingkan tanda menyampah dengan soalan soalan tidak matang Thaqid.

"Alahhh aku tanya jeeee", Thaqid memuncungkan bibirnya. Gurau pon tak boleh hmphh!

Rayyan yang melihatnya hanya mampu menggelengkan kepala. Dah mula la tu si Thaqid tu, mengada ngada mengalahkan Adriyan je.

Tak lama itu, telefon Rayyan bergetar menandakan notification masuk. Rayyan melihat screen dengan kerutan di dahi.

Kalau free datang pondok kayu depan tasik ASAP! Teman Mirah. Muka dia pucat tadi, tak sempat tanya apa dia dah halau aku. Please ehh heheeee- Wawa

Aku memandang kosong tasik yang berada di hadapan aku. Sekarang ni kepala aku penuh dengan question mark.
Kenapa Hanif curang? Betul ke yang aku nampak tu dia? Atau orang lain? Kalau betul tu dia, kenapa dia buat macam tu? Apa motif dia? Apa alasan dia sebenarnya?

Amirah menghembuskan nafas berat. Sungguh sakit kepalanya sekarang ni bila memikirkan hal ini.

"Hai awak!"

Amirah memandang lelaki yang duduk di sebelahnya dengan selamba. Dia mengukirkan senyuman bila aku tidak menjawab apa apa sambil memandangnya kosong. Gila ke sewel mamat ni?, detik hatinya.

"Sorang je ke? Wawa mana?", dia menyoal Amirah. Atau lebih tepat lagi, Amril. Ya lelaki yang scan Amirah atas bawah pagi tadi.

Ada nampak aku duduk sini beramai ramai ke sekarang ni? Nak je aku jawab macam tu, tapi disebabkan aku terlalu malas, aku mengabaikannya. Jangan buat aku lagi serabut please, sila angkat kaki anda blah dari sini.

"Awak jangan la jual mahal sangat, nanti takde orang yang nak", Amril ketawa kecil.

"Habis, nak jadi perempuan murahan ke?", akhirnya Amirah menjawab soalannya dengan sinis. Menyampah betul lah dengan lelaki macam ni. Sekali imbas dia boleh tahu yang Amril ni buaya darat. Macam mana lah Wawa boleh jumpa mamat ni?

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now