SKVSBI 49

26 2 0
                                    


"kau kenapa taknak stay dengan abang-abang kau? Spend lah masa dengan dorang, boleh merapatkan hubungan sillaturrahim", tanya Adhwa selepas mereka pulang ke rumah.

"kan dah nak cuti sem, biarlah aku spend time dengan kau dulu. Nanti 3 bulan aku takde dengan kau, takut kau rindu pulak", Amirah kini duduk disebelah Adhwa yang bergolek di atas katilnya. Habis sepah katilnya, nasib baik sekejap lagi dia nak tidur.

"aww so sweet! Ni yang aku sayang kau ni", Adhwa bergolek-golek menghampiri Amirah. Amirah tersenyum nipis.

"tapi abang long kau boleh tahan handsome ek? Rambut coklat gelap, kulit bersih. Macam idol siot, cuma mata je lah tak sama dengan kau", puji Adhwa melambung.

"rambut coklat tu ikut ibu aku, mata dia dengan yang lain memang ikut ayah", terang Amirah.

"mata kau ikut ibu kau kan?", Amirah mengangguk. Sebelum pulang tadi pun abang longnya asyik tengok mata dia, bila ditanya kenapa katanya rindu sebab matanya memang copy paste ikut ibunya.

"dah sana lah, aku nak mandi", halau Amirah. Dia nak tidur awal malam ni, itupun kalau boleh lah.

"jom!", Adhwa bangun dengan semangat turun dari katil Amirah menuju ke pintu bilik Amirah.

"ingat aku les ke Adhwa Humairah?", Amirah menoleh bila Adhwa tiba-tiba bersemangat ketika ucapkan perkataan jom itu.

Adhwa tergelak memandang muka berkerut Amirah "kau kata nak spend time dengan aku, ni kita spend lah ni", kata Adhwa manja. Mata kanannya dikenyit menggoda. Rambut Amirah yang dibiar lepas dipintal dengan manja.

"kau ni kang, aku balik terus baru kau tahu",Amirah sudah geli-geleman mendengar Adhwa bersuara manja begitu. Sehari tak buat hal gila tak sah agaknya. Rambutnya ditarik dari jari Adhwa.

Adhwa ketawa suka melihat reaksi Amirah. Lepas ni cuti sem susah lah dia nak bergurau dengan Amirah memandangkan dia akan menghabiskan cuti semnya bersama abang kandung Amirah. Jadi tak salah dia nak ajak bergurau AHAHAHAHA.



[SKIP]



Beberapa hari kemudian & sehari sebelum cuti sem bermula...

"aku nak gi toilet lah", kata Amirah tiba-tiba menghentikan langkah. 3 serangkai menoleh dan hanya mengangguk.

"pergi lah kiteorang tunggu sini", kata Haikal. Naqib mengangguk setuju.

"balik je lah, aku pergi tandas je pun bukannya nak pergi mana", Amirah membantah keputusan mereka. Takkan lah mereka yang lelaki mahu menunggu dia di hadapan tandas perempuan pula. Ada yang kena belasah dalam tandas nanti karang.

"kau jangan nak merayap pulak nanti", Haziq mengingatkan sebelum dia melangkah pergi. Dah kalau kata suruh balik, dia ikut sahaja. Malas nak panjangkan isu. Lagipun kampus pun dah semakin sunyi.  Amirah hanya menayangkan wajah beku. Tahulah dia nak jaga dirinya.

"jumpa lagi 3 bulan Mirah", Haikal melambai dari jauh bersama Naqib. Amirah hanya membalas kembali lambaian mereka sebelum dia memusingkan tubuhnya.

Buk!

Dia berlanggar dengan seseorang yang baru keluar dari tandas. Gedebuk bunyi jatuh buku yang dipegang masing-masing.

"maaf, saya tak sengaja", Amirah membantu mengutip buku dan telefon pelajar perempuan yang tercampak agak jauh. Skrin telefon itu tiba-tiba menyala membuat Amirah terpaku bila gambar lockscreen itu gambar lelaki yang cukup dikenalinya.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now