SKVSBI 35

40 1 0
                                    

"kenapa hari ni nampak suram eh kita punya kampus ni?", Adib menyoal. Keadaan di kampus agak lenggang dari biasa.

Baru pukul berapa, petang gini selalu ramai je students lepak kafe ke pondok warisan ke. Ni satu manusia pun dia tak nampak! Balik dah ke semua orang?

"hem tulah aku pon rasa benda yang sama", Miqdad memandang sekeliling.

"weh tu bukan Madam Sya ke? Jom wehh tolong dia angkat barang tu. Kesian madam takde siapa nak tolong", Thaqid menunjuk satu arah dimana madam Sya sedang mengangkat beberapa kotak tanpa bantuan. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar melangkah ke arah madam Sya merangkap makngah Amirah.

"madam?", Ikhwan menegur.

"hai madam", Thaqid melambai ceria. Tak lupa senyuman paling manis dihadiahkan kepada madam Sya. Jangan lupa amalkan 3S. Sapa, senyum dan salam. Tak gituwww? Eh tapi mana boleh salam kan? Hemm balik ni kena tanya UAI ni, kata hati kecil Thaqid.

"kau ingat madam ni member kau ke nak hai hai?", Adib menyiku Thaqid dengan kerutan di dahi.

"eh Ikhwan, buat apa kat sini? Yang lain pun? Baru habis kelas ke?", Madam Sya mengukirkan senyuman kepada mereka.

"dah tu takkan aku nak yoww madam pulak. Hishh kau ni", Thaqid membalas tidak puas hati dengan pakej dahi berkerut.

"bagi salam lah syaitonn", Adib menolak sedikit bahu Thaqid.

"tadi nampak madam angkat barang ni sorang, tu yang datang nak tolong", kata Thaqif menjawab soalan Madam Sya.

"madam tak cakap apa apa pon, kau je yang kecoh asal?", Thaqid menghentak kakinya geram. Dah lah suka hati dia tolak bahu aku.

"gaiss jangan gaduh please", Ikhwan cuba untuk menghentikan pergaduhan diantara Thaqid dan Adib. Depan madam Sya pon boleh bergaduh dua ketul ni. Nak marah tapi kena sabar. Nak marahhh! Tapi kena sabar!

"terima kasih tolong, susah susah je", Madam Sya mengucapkan terima kasih dengan senyuman yang menghiasi bibirnya.

"kenapa madam bawak kotak banyak banyak ni?", kini giliran Rayyan pula menyoal. Pelik bila dilihat kembali. Macam nak pindah pon iya jugak.

Madam Sya tersenyum nipis. "saya dapat tawaran untuk mengajar di Terengganu"

"ehh? Jauhnyaaa madam", Adib yang sedang berperang mulut dengan Thaqid terkejut. Bukan setakat dia je yang terkejut, malah semua rakannya yang ada disitu turut terkejut.

"kenapa madam nak pindah madam?", Thaqid bertanya. Pergaduhan antara dia dan Adib secara automatic terhenti bila mendengar yang Madam Sya akan mengajar di tempat lain. Terengganu tu bukannya dekat. Kalau naik bas mahu berlubang buntutnya kerana duduk terlalu lama di dalam bas.

Madam Sya tersenyum melihat reaksi mereka. Lucu dibuatnya. Bersyukur dia kerana Amirah dipertemukan abang abang yang sentiasa melindungi dan menyayanginya seperti adik kandung mereka sendiri. 

 Syawani atau lebih mesra dipanggil dengan panggilam Madam Sya memandang wajah pelajar yang sudah dianggap sebagai anak anaknya satu persatu satu sebelum duduk di satu bangku untuk berehat seketika. Tubuhnya diurut sedikit dan disandarkan di dinding.

"madam, Mirah tahu tak pasal ni?", Miqdad menyoal. Satu satunya keluarga yang masih mengambil berat tentang Amirah adalah makngahnya sendiri, takkan semudah itu Amirah akan membiarkan makngah nya pergi jauh darinya.

"haah madam, kalau Mirah tahu ni mesti dia tak kasi madam pergi. Terengganu bukan dekat madam, jauhh", Adib menyokong apa yang dikatakan Miqdad. Kalau makngahnya pergi meninggalkan Amirah itu sudah seperti separuh lagi dunianya hilang.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now