SKVSBI 3

40 6 0
                                    

"Dia memang macam tu ke?"

"Maksud kau macam tu macam mana?", tanya Miqdad kembali kepada Rayyan.

"Maksud aku, dia memang takde perasaan ke?",terang Rayyan.      

"Haah ek. Time aku intro kat dia pon dia takde tunjuk muka berminat nak kenal dengan aku", sampuk Thaqid.

"Hmm cane ehh aku nak terangkan?", kata Miqdad sambil menggosok dagunya.

"Wan kau la explain", sambungnya lagi.

"Dia dulu takde la macam sekarang ni. Mungkin sebab dia takde keluarga",terang Ikhwan perlahan.     

"Ha?! Dia takde family? Maksud kau?", soal Thaqid ingin tahu.

"Parents dia meninggal masa on the way nak amik Mirah balik sekolah lima tahun lepas", sambung Adib.

Zapp!

Jantung Rayyan seakan berhenti berdegup untuk sementara selepas mendengar pernyataan yang Adib ungkapkan.

'Patotlah dia marah aku sangat tadi', kata hati Rayyan.
Di sudut hatinya, dia berasa bersalah selepas apa yang diucapkan pada Amirah tadi.

"And sebab kemalangan ngeri tu lah, dia jadi tak banyak cakap. Dari seorang yang happy go lucky jadi iceberg yang takde perasaan", terang Miqdad.     

  "Habis masa tu dia duduk dengan siapa?", Thaqid menyoal.

"Masa tu takde siapa nak tolong dia, semua saudara mara dia datang tengok pastu terus balik. Dieorang cuma sibuk pasal pembahagian harta je. Nasib baik lah ada makngah, atok nenek and parents best friend Mirah. Kalau tak".... Miqdad menghembuskan nafas. 

"Kalau tak, harta yang arwah parents Mirah simpan untuk dia lesap macam tu je", sambung Adib dengan sedikit geram.

"Macam mana kau tahu banyak pasal family dia masa tu?", soal Rayyan perlahan.    

  "Kiteorg dah rapat dengan Mirah dari dia form 1 lagi. Masa tu pulak makngah dia kenal kiteorg. So makngah dia suruh kiteorg stay untuk tengok tengokkan Mirah",Ikhwan menjawab pertanyaan Rayyan.

"Tapi apa jadi lepas pembahagian harta tu?", Thaqid menyoal sambil mengunyah makanan yang di beli di kafe tadi.    

 "Disebabkan masa tu Mirah bawah umur and belum 18tahun, hampir semua harta peninggalan keluarga dia di bahagikan dengan saudara mara yang lain. Maybe cuma ada 10% dari harta yang parents dia tinggalkan untuk dia. Tapi tinggal 5% je rasanya" ,kata Ikhwan lagi.

"Mana lagi 5%?",Thaqif menyoal. Akhirnya keluar juga suara Thaqif ni. Ingatkan kena culik dengan alien.

"Lagi 5% diambil secara paksa dengan keluarga paklong dia", jawab Adib     

"Kesiannya dia", kata Thaqid dengan nada sedih. Thaqif mengangguk setuju tanda mengiyakan kata kata adik kembarnya.




Satu panggilan masuk menyebabkan aku berhenti dari terus berjalan. Melihat nama di skrin telefon ialah Adhwa, aku terus menjawab panggilan tersebut tanpa berlengah.
Kang jawab lambat lambat, kena bebel pulak.

"Hello?"

 "Kau ni kalau aku tak call kau, memang kau tak call aku sampai kesudah kan. Aku jugak yang kena call kau balik"

 "Tadi kan ada orentasi"

 "Benda tu pagi kan? Tengahari apesal tak call aku balik?" 

"Lupa"

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now