SKVSBI 38

34 2 0
                                    

"weh kau ada dapat info pape tak pasal ours? Sehari suntuk aku tak nampak kelibat dia tadi", Ruby bertanya kepada Emerald yang tekun membaca data pesakitnya. Ketika ini mereka berdua baru saja bertukar maklumat melalui video call.

"sekejap kasi aku 5 minit", Emerald meminta Ruby sedikit masa supaya dia dapat menyelesaikan kerjanya.

"kau ni mengalahkan perdana menteri lah buzy", Ruby mencemik walhal dia tahu dia tidak dilayan. Sementara menunggu Emerald menyelesaikan tugasnya, Ruby cuba untuk melacak kedudukan Dyan.

"kau tanya apa tadi?", Emerald kembali bertanya selepas urusannya selesai. Cermin mata yang dipakainya diletakkan di atas meja kerjanya. Dahinya dipicit perlahan, matanya dipejam buat seketika kemudian dia bersuara kembali apabila dia teringat sesuatu.

"by the way, aku lupa aku ada good news nak bagitahu kau", kini Emerald membuka kot putihnya dan disangkut pada kerusi.

"ah kau! Time macam ni lah baru nak ada good news, aku tengah stress ni! Kalau benda tu bukan good news aku taknak kawan kau!", Ruby sudah mulai tertekan. Di saat begini lah dia nak ada news bagai.

"heh! Taknak kawan ye sudah. Nanti kalau aku tak angkat call kau, jangan nak melalak pulak", Emerald tersenyum sinis.

"haishh yelah yelah! Apa good newsnya?", Ruby bertanya. Jantungnya tiba tiba berdebar menunggu Emerald memberitahunya berita baik yang akan dikatakannya. Macam tengah tunggu result keluar debarnya.

"permohonan aku untuk transfer ke Malaysia dah diluluskan, in shaa allah lagi sebulan aku dah ada kat sana", Emerald tersenyum bahagia. Terserlah lesung pipitnya yang jarang ditunjukkan kepada orang lain.

"wehh sumpah lah!? Baikk siaa", Ruby bersuara gembira. Tanpa sedar dia menepuk tangan bahagia, ya Allah terima kasih! Hatinya mengucapkan rasa syukur.

Takdelah dia berseorangan lagi di rumah nanti bila Emerald sudah kembali ke tanah air.

"yeah, so dalam sebulan ni aku buzy sikit lah sebab nak kena settle kan semua dokumen kat sini sebelum pindah Malaysia", Emerald menyandarkan tubuh di sofa yang ada di ruangan miliknya. Ini kalau dapat baring ni, terus terlelap dia dibuatnya.

"kau dapat detect ours tak?", Emerald bertanya selepas mendengar Ruby menekan nekan papan kuncinya dengan laju. Tunggu masa keyboardnya pasti akan tertanggal, mana taknya tekan macam nak tembus!

Nanti mulalah, merengek suruh dia belikan laptop baru!

"weh aku tak dapat detect location ours doh", Ruby menggaru kepalanya bila dia tak berjaya hack lokasi Dyan. Tak pernah berlaku dalam hidupnya yang dia gagal hack location manusia seorang ini. Mana pulak budak ni pergi? Jangan buat aku risau Dyan, hatinya sudah mulai resah.

"dah cuba call Jay?", Emerald bangun dari terus menyandar bertanya dengan nada serious. Dia tahu yang Ruby pakar dalam IT, segala maklumat boleh ada dalam genggamannya dalam beberapa saat sahaja. Jika dia tidak dapat hack kedudukan Dyan, pasti ada sesuatu yang berlaku terjadi padanya.

"aku dah call tadi tapi tak angkat. Ada urgent case kot aku rasa", Ruby sekali lagi menekan nekan papan kekunci miliknya laju.

"aku ada dapat info dari Max. Mungkin ni sebab kenapa kau tak dapat detect location ours", Emerald memberitahu dengan nada serious sambil membaca email yang dihantar oleh anak buahnya.

"ha kenapa weh? Cerita weh!", Ruby menggesa Emerald untuk memberitahunya. Sungguh jiwanya tidak akan tenang jikalau ada apa apa yang terjadi pada Dyan kesayangan mereka.

"tadi..."


[SKIP]


SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now