SKVSBI 55

19 2 0
                                    


Seminggu kemudian...

Nampak saja lelaki tua yang memakai kot putih segera dia memanggil. "Pakcik Jung!"

"eh cik Adhwa?", langkahnya terhenti di pintu wad cik mudanya. Dia baru periksa keadaan cik mudanya sebentar tadi.

"Mirah okay?", tanya Adhwa. Jung ahjushi mengangguk. "masih sama, tapi luka dan bahagian yang cedera sudah mula pulih", ucapnya dengan senyuman di bibir.

"iya? Nak masuk", kata Adhwa teruja bila mendengar luka Amirah sudah membaik pulih. Pantas pintu dikuak kemudian kakinya laju mendekati Amirah yang basih terbaring.

"Mirah, bangunlah. Kau ni berapa lama nak tidur?", diam tak berkutik.

"kau tahu tak, aku ni dah menumpang makan kat rumah Miqdad kalau mama keluar?", masih senyap.

"kalau tak makan kat rumah Miqdad mesti lepak mamak. Bosan lah makan kat mamak, aku nak kau yang masak. Mama pun bising asyik makan kat luar je", Adhwa berbual seperti biasa.

Jari jemari Amirah ditilik. Kuku kawannya sentiasa pendek. Mesti abang sulong Amirah yang potong. Bukan macam dia! Kalau tak kena ketuk dengan sudip Adib, mahu kukunya panjang sampai 1 meter.

Kalau seminggu yang lepas dia menangis setiap kali melawat Amirah, kini dia tanamkan sifat bertenang dalam hati. Mesti Amirah bosan dia asyik menangis, kalau merdu takpe jugak. Ini menangis macam mak limah macam mana Amirah nak bangun.

Klak! Pintu wad Amirah di buka dari luar.

"eh Wawa? Awal kau sampai", tegur Adib bila tubuh Adhwa sudah berada disisi katil Amirah.

"bosan kat rumah, aku datang la sini"

"kau dah sarapan belum? Ni ada nasi lemak ni", tanya Miqdad. Bungkusan nasi lemak diletak di atas meja. Punggung dilabuhkan pada sofa empuk di dalam wad Amirah.

Rayyan meletak jambangan bunga di sisi katil Amirah. Ini lah rutin mereka jika melawat Amirah, kalau boleh mereka mahu tukar dari wad kepada taman bunga. Di mana-mana ada bunga. Atas meja kecil di sisi katil ada bunga ros, meja kecil di sofa ada bunga lily, di tingkap ada bunga peony. Amirah yang terbaring kaku dikerling sekilas.

'cepat bangun Mirah, aku tahu kau kuat', bisiknya dalam hati.

"nasi lemak?", laju langkahnya bila dengar Miqdad bawa makanan. Orang kata rezeki jangan ditolak. Alang-alang dia belum sarapan pagi ni, makan dululah. Nanti boleh sambung gossip dengan Mirah balik.

Ayyad melangkah di sisi adiknya yang masih menutup mata. "Echa, bangun lah. Tahu tak angah bosan kat rumah tu?", Ayyad memuncung. Sama seperti Adhwa, jari adiknya dimain dengan jari sendiri. Kecilnya tangan! Tapi bila kena tampar atau kena pukul terasa bisanya!

"along tu asyik mengarah je, macam lah dia tu bos!", kutuk Ayyad. Miqdad dan yang lain menggeleng. Ni la namanya pijak semut tak mati. Depan abang elok je, belakang ha semua dia kutuk.

"sedak ohh nasi lemak. Beli mano?", tanya Adhwa dengan mulutnya yang masih penuh dengan makanan.

Ikhwan menggeleng. Ya Allah anak dara! "beli kat kedai depan hospital. Makan habiskan dulu Wawa, baru cakap"

Adhwa melorek senyuman bila ditegur Ikhwan. Untung Ikhwan yang tegur, kalau Adib atau Miqdad hmm dah kena sedas dah dia rasa.

"kau hari-hari bawak benda tu. Nak buat apa?", celah Miqdad di hadapan katil Amirah. Malas nak berhimpit dengan mereka yang duduk di sofa. Sofa dalam wad ni bukan main banyak, nak juga duduk berhimpit. Apa entah masalahnya dia pun tak faham.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now