SKVSBI 53

17 2 0
                                    

"angah, Echa nak keluar sekejap jee! Bolehlahh", Amirah merengek pada Ayyad.

Amirah mengekor langkah abang ngahnya dari belakang. Tak lupa hujung bajunya turut dipegang kemas tanda mahu abangnya mengizinkan dia keluar. Dah dua hari dia minta izin tak lepas mat!

Dia dah bosan terperuk dalam rumah besar ini. Marathon drama, masak, baca novel semua sudah di lakukan.

"tak boleh lah Echa, lewat petang dah ni. Kalau nak keluar, boleh! Tapi dengan Mark ataupun angah", Ayyad memberi pilihan untuk adiknya memilih.

"tapi Echa nak keluar sendiri", Amirah menghentakkan kaki tanda protes. Ingatkan kalau abang sulongnya tiada di rumah boleh lah dia keluar sekejap. Ini tak! Sama je.

"along tak kasi lah Echa keluar sendiri. Dah lewat petang, nak ke mana? Tak elok, banyak syaitan keluar masa macam ni. Lagi-lagi waktu malam. Bahaya!"

"petang kata tak elok, malam kata bahaya, siang pulak cakap panas!", marah Amirah geram. Ada je alasan tak bagi dia keluar. Ingat dia ni apa?

Ayyad menggaru kepalanya dengan sengihan di bibirnya. Tak sangka Amirah ingat semua yang pernah diucap 2 hari lepas.

"tak nak lah kawan angah", Amirah terus berjalan turun ke ruang tamu di bawah tanpa mengendahkan Ayyad. Nak jalan amik angin je, takkan nak kena berteman. Dia pun nak ada masa sendiri dia juga. Sudah lah suasana hatinya sekarang tidak berapa baik.

Ayyad menggaru kepalanya. Aduh merajuk pulak budak pendek ni hmm, lantas langkah diatur menuju ke dapur. Nak pujuk adik dia lah apa lagi! Ni kalau along tahu adik kesayangan dia merajuk, mati dia!


[SKIP]


"Ayyad ada cakap tak dia nak datang pukul berapa?", soal Miqdad yang baru menunaikan solat maghrib secara berjemaah di masjid bersama yang lain.

"dia kata lepas isyak", kata Adib. Tubuh direbah di karpet masjid. Fuh nikmat dia lain macam! Sejuk pula tu. Masjid pun dah berpenghawa dingin, itu pun tak nak datang!  Hish Adib! Husnuzon! Kat rumah Allah ni, tak baik mengutuk orang! Cepat-cepat dia beristighfar.

Miqdad mengangguk. "dah jom la balik, makan lepastu tunggu Ayyad datang"

"Rayyan, menung apa tu?", tegur Ikhwan bila Rayyan masih bersila di karpet tebal itu. Kain pelikatnya dibetulkan.

Rayyan menggeleng. Rayyan bangun dari duduknya. "saja amik feel kat masjid. Sejuk, tenang hati"

Ikhwan dan Thaqif mengangguk. Betul apa yang dikata Rayyan. Tenang je bila melangkah masuk dalam rumah Allah. Terus ringan je hati ni, tak ingat apa masalah pun.

"wehh wehhh Thaqid balik ni aku cincang kau!", Adib menjerit mengejutkan para jemaah yang lain. 

Thaqid ketawa suka melihat Adib yang berusaha untuk menarik kaki yang dipegangnya. Suka betul dia berlari dalam bulatan kecil dengan menarik kaki Adib. Nasib baik Adib pakai seluar, kalau pakai kain pelikat? Tak ke terlucut sebab ditarik Thaqid?

Kalau pakai kain pelikat dia hanya pakai seluar pendek atas lutut saja, tapi segan lah kalau orang nampak kaki dia. Aurat kan, atas lutut.

Miqdad sudah menutup muka dengan songkok hitamnya. Ya Allah malunya aku! Dalam masjid pun nak main ke? Nak kena sesah budak ni balik nanti!

"err pakcik kami minta maaf", cepat-cepat Rayyan meminta maaf kepada para jemaah yang melihat Thaqid yang berlari menarik kaki Adib. Tergeleng-geleng mereka melihat dua lelaki itu. Ada yang ketawa kecil dan ada yang melorek senyuman.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now