SKVSBI 56

20 2 0
                                    


Lincah tangan Ayzeen memotong bahan basah yang akan digunakan dalam masakannya. Dalam rumah ni memang dia yang selalu masak untuk adik-adiknya. Nak mengharap adik-adiknya, alamatnya berkecah lah dapur ni. 

Dia tahu Amirah mahir memasak, tapi disebabkan tangan adiknya masih belum sepenuhnya pulih biarlah dia yang memasak. 

"rajinnya Ayzeen", tegur makngahnya membuat dia menoleh. Ayzeen hanya senyum sebagai balasan.

"eh makngah, takpe. Biar Ayzeen je buat, makngah duduk lah kat depan. Dah siap nanti Ayzeen panggil", tegahnya bila makngahnya mula mengambil pisau.

"takpe Ayzeen, makngah tolong bancuh air"

Ayzeen mengangguk. Membiarkan makngahnya membancuh air buah. Buat seketika keadaan di dapur tenang. Ada kalanya mereka akan berbual, bertukar cerita memandangkan tidak semua cerita yang sempat diceritakan.

"ALONGGG!", terhinjut bahu mereka berdua mendengar jeritan nyaring Amirah.

"adik, kenapa jerit-jerit ni? Ni nak kemana pulak ni?", soal Ayzeen bila Amirah sudah siap bertudung. Tangannya yang basah dilap dengan kain bersih.

"nak keluar kejap dengan kawan. Janji balik sebelum maghrib. Pergi dulu BYEEE!", Amirah terus berlari keluar dari rumah selepas menyalam abang dan makngahnya.



[SKIP]



"ha senior ajak saya keluar ni nak culik ke mana?", tanya Amirah sebaik saja dia masuk dalam kereta Myvi Rayyan. Ya, Rayyan lah yang menghubunginya tadi. Katanya kalau tidak keluar, dia sendiri yang akan minta izin dari abangnya. Gila! Takkan dia izinkan perkara itu berlaku.

"tak tahu pulak aku kalau masuk kereta orang dengan kerelaan sendiri dinamakan menculik", perli Rayyan.

Amirah diam menjelingnya. Suka betul menyindir! Kalau tak sebab dia kena ugut dengan Rayyan, dia pun tak mahu la keluar.

"seatbelt pakai, nak aku pakaikan ke?", tanya Rayyan. Cepat saja tangan Amirah menarik seatbelt. Takut kalau Rayyan betul-betul buat. Mahu dia pingsan dulu!

"dah makan belum? Kalau belum kita pergi makan dulu", tanya Rayyan lembut bila Amirah memalingkan mukanya. Nak minta tolong orang kena la cakap lembut-lembut.

"belum. Saya nak makan nasi", jawab Amirah senada tanpa berpaling.

Rayyan mengangguk. Dia tak tanya lagi nak makan apa dan di mana, Amirah dah bagitahu. Bagus! Mudahkan kerjanya.

"tangan kau dah okay ke belum?"

Amirah menoleh memandang Rayyan. Perlahan dia mengangguk. "dah, cuma dekat tulang rusuk saya sakit lagi", jawabnya. Kalau tidak Rayyan yang datang menolong dia, pasti dia dah berada di alam lain kerana kehilangan banyak darah.

Rayyan mengangguk. Syukurlah gadis itu sudah membaik. Bekas tuppaware yang diisi dengan buah dihulur. "nah"

"apa ni?", Amirah membuka bekas penutup tuppaware yang dihulur Rayyan. Buah laici, kiwi dan betik sudah dipotong. Tanpa disuruh buah laici yang sudah tiada bijinya disuap ke dalam mulutnya. Uikss sedap!

"makan buah betik tu", suruh Rayyan bila Amirah hanya menyuap buah laici dan kiwi. Buah betik itu langsung tak diusik. Brek tangan ditarik bila lampu isyarat bertukar merah.

Dahi Amirah mengerut. "saya tak suka betik, tak sedap"

"makan, buah tu bagus untuk tulang", paksa Rayyan. Lidi itu dicucuk pada buah kemudian disua pada mulut Amirah. Amirah diam. Mulut dikatup rapat. Eiii apa senior kerek ni! Tak nak tu tak nak lah.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now