SKVSBI 46

34 2 0
                                    

Beberapa hari kemudian...

Amirah memasukkan buku-bukunya ke dalam begnya laju. 3 serangkai memandang pelik Amirah yang tampak kelam kabut itu. Aiii kabut naww, lepas ni bukan ada kelas pun. 

"weh Mirah kau kenapa?", tegur Haziq. Baru ni nak tegur sebab dalam kelas masing-masing fokus dengan apa yang lecturer cakap walhal sebenarnya dia tahu Amirah tak dapat menumpukan sepenuh perhatian pun tadi.

Elehh kau Ziq, macam la kau fokus sangat tadi! Biasalah kepala dah pikir nak balik kan! Esok kan hari minggu jadi dalam kepala memang dah fikir nak qada' tidur saja AHAHAHAAH!

"haah, kabut semacam kau harini. Kita bukan ada apa pun petang ni, santai lah", kata Haikal.

Amirah menggeleng. "aku taknak terserempak dengan dorang"

"dorang? Siapa?", tanya Naqib lalu mengikuti langkah Amirah keluar dari dewan kuliah.

"a...", tak sempat Amirah habiskan ayatnya namanya dijerit seseorang.

"AMIRAH!"

Serentak 3 serangkai itu menoleh dari mana datangnya suara yang memanggil nama Amirah itu. Terlihat senior mereka yang sedang berlari menuju ke arah mereka.

"ha kau nak lari ke mana?", sergah Rayyan yang sudah ada dihadapan Amirah. Terkejut Amirah bila Rayyan tiba tiba sahaja muncul. Alamak nak lari macam mana ni? Depan belakang dah kena kepung, omel Amirah.

"Mirah, jangan lah macam ni. Sampai bila Mirah nak mengelak dari kiteorang? Tak kesian ke kat kiteorang ni?", tanya Adib cuba untuk memujuk Amirah.

"abis masa korang tak bagitahu Mirah yang makngah pindah Terengganu, tak kesian pulak kat Mirah?"

Zap!

Ha kan terdiam terus mereka. Tapi nak buat macam mana, dah itu arahan yang diberikan terpaksa lah mereka patuhi dan turuti permintaan madam Sya.

"pujuk lah adik kau ni", bisik Miqdad keras ditelinga Ayyad bila Ayyad hanya memandang Adib dan Ikhwan yang berusaha memujuk Amirah. Dah 3 hari Amirah asyik mengelak berjumpa dengan mereka, asal jumpa je lari. Penat lah dia.

Ingat dia rajin sangat ke nak buat jejak kasih?

"macam mana nak pujuk dia?", soal Ayyad. Dulu masa kecil dia yang selalu buli Amirah, yang jadi tukang pujuknya mestilah abang longnya. Yang dia cuma tahu gelak je.

"buat lah macam mana pun", bisik Miqdad lagi. Tapi belum sempat Ayyad membuka langkah, mereka didatangi beberapa orang yang muncul dihadapan Amirah.

"ohh ada adegan pujuk memujuk lah. Kenapa? Nak pujuk ikut balik then masuk dalam bilik ke?", sindir Aliesya. Amirah hanya diam tidak membalas, malas mahu melayan mulut longkang Aliesya.

"eh mulut kau ni takde insurans ek? Tak bayar ke?", Adib membalas kembali sindiran Aliesya. Geram je dia dengan mulut puaka Aliesya ni!

 Rayyan pula menarik Amirah kebelakang cuba untuk melindunginya. Dia tak mahu ada pergaduhan yang berlaku, kalau perang mulut tu takpelah juga. Ini kalau dah gaduh sampai bertampar bagai, risau lah dia.

Aikk? Kau risau dekat budak iceberg ni ke Rayyan? Sempat dia berteka teki di dalam hati.

"tell me Amirah Aisyah, berapa banyak lelaki yang kau ikut masuk dalam rumah? Kesian kan mak bapak kau kat kubur?", Aliesya tersenyum sinis bila wajah Amirah yang sudah memerah menahan amarah.

"wahh perempuan ni dah lebih nampak" bisik Ayyad geram terus melangkah ke arah mereka.

PANG!

"woi perempuan, gila ke!", tengking salah seorang kawan Aliesya. Sampai terduduk di lantai Aliesya dibuatnya akibat tamparan padu Amirah.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now