SKVSBI 19

26 5 0
                                    

"Psttt Amirah Aisyah"

"Apa?", aku memandang Wawa yang memanggil aku. Tak masalahnya yang dia bisik bisik ni dah kenapa?

Aku dekat je dengan dia. Wawa ni suka lah buat benda pelik pelik.

"Oii berangan pulak kau ni! Aku tengah cakap dengan kau ni", Wawa menepuk bahu aku.

"Apa? Cakap lah aku dengar ni", aku menayangkan wajah dingin. Suka hati dia je cakap aku tengah berangan.

"Senyum sikit lah gila! Mesra alam sikit dengan environment kau. Mana budak nak dekat dah kalau kau mengeras macam patung. Budak lari tengok kau, ha pastu kedai takde orang datang.

Aku kalau jadi budak budak pon takut tengok kau. Mascot dah cantik, muka kau pulak buat hal", berkerut kerut dahi Wawa membebel sambil matanya yang disepetkan dek menahan silau oleh cahaya matahari pada waktu tengahari.

"Hmmm", aku mengiyakan, tetapi mata masih meliar memandang kanak kanak yang memerhatikan aku.

Sebab kau aku buat tau Wa.

Aku berjalan menghampiri sekumpulan kanak kanak yang berdiri berdekatan dengan kedai Wawa.

"Hai!", aku berkata sambil menguntumkan senyuman yang paling manis pada tahun ini.

"Haii akakk!", seorang kanak kanak lelaki membalas kembali. Aku boleh agak yang umur budak ni dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun? I guess. Aku menunduk bagi menyamakan paras ketinggian kami.

"Siapa nama adik?", aku menggosok rambutnya. Rambut budak memang lembut ehh? Smooth je, jeles aku.

"Saya Adriyan Farhan, akak boleh panggil saya Ad, yang ni Ahmad Faris, panggil je Faris , yang tu pulak Izwan Hakimi, panggil Kimi. Nama akak sape? Kenapa akak pakai baju bulu bulu ni?"

Amboii budak ni! Banyak betul soalan, pening aku nak jawab.

"Panggil akak Mirah pon boleh, akak pakai benda ni sebab nak promote kedai kawan akak"

"Ohhhh~~~" , panjang betul ohh die ni. Entah paham ke tidak aku tak tahu lah.

"Sorang je ke? Mana parents?", ehh aku cakap parents ni budak ni tahu ke tak ea😂 kang budak ni salah tafsir pulak.

"Saya datang dengan Abang Ray hehee", dia tersengih gembira. Terserlah gigi arnab dia. Macam Jeon Jungkook Bts duhh die ni.
Kulit dah la putih, ni kalau dah besar mesti hensem.

"Ohh.. Ni kawan?", aku memandang 2 orang kanak kanak yang masih tidak bersuara dan menyorok di belakangnya. Mungkin masih takut... Atau malu?

"Haah.. Dorang penakut", kata katanya menyebabkan dia di hoii kan berjemaah.

"Mana ada kiteorg takut", kata kanak kanak lelaki yang memakai baju berwarna merah iaitu Faris.

"Kiteorg malu jee", sokong Hakimi pula.

"Jangan la malu dengan akak", aku tersenyum nipis sambil menyubit perlahan pipi tembam Faris.

"Akak"

"Ya?", kening aku terangkat bila kanak kanak pertama iaitu Adriyan memegang tangan aku. Pipinya aku usap. Eiiiiii comel nyaa.

Goshh I'm melting right now.

"Akak boleh tolong kiteorg main game tu tak?", katanya sambil menunjukkan salah sebuah kedai yang menyediakan permainan menembak untuk mendapatkan hadiah secara percuma.

"Boleh, tapi ada syarat"

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now