SKVSBI 31

56 3 0
                                    

"Dato' saham syarikat kita menurun sebanyak 45% sejak malam semalam. Dan beberapa projek besar ditarik", ucap setiausahanya.

"macam mana boleh turun sampai banyak macam tu? Berapa nilai projek yang ditarik?"

"puncanya masih belum ditemukan lagi Dato. Nilai projek yang ditarik kesemuanya bernilai hampir RM 5juta", katanya lagi sambil menekan nekan ipad canggihnya.

"cari cara untuk naikkan balik saham kita", katanya dan langkah dibawa menuju ke luar pejabatnya.

Amirah mengambil tempat yang agak tersorok di perpustakaan bagi membuat kembali assignment yang sudah hancur itu. Erghh untung sir Daus wasap cakap harini sir ada urusan mendadak.

So dapat lah dia buat balik. Telefon Amirah yang dari tadi bergetar menandakan ada notification yang masuk dibiar tanpa ada niat untuk membalas, Amirah mengabaikannya dan terus membuka laptop.

Kalau sebelum ini jari laju menekan nekan papan kekunci, kini tidak lagi disebabkan bahagian kekura tangannya yang terluka. Jadi prosesnya agak perahan berbanding malam tadi.

Arghh tak kesah lah lambat ke cepat. Yang penting, assignment ni mesti siap harini jugak!

Dengan lafaz bismillah, Amirah mula menaip sedikit demi sedikit.

[SKIP]

"Rayyan, kenapa ni?", Thaqid memandang Rayyan yang termenung sejak tadi selepas Amirah pergi dari kafe. Dalam banyak banyak hari, ini kali pertama dia menyaksikan Amirah marah yang betul betul punya marah dengan nada dinginnya. Sungguh menakutkan! Kalau dia, bukan takat menangis saja, rasanya dah terkencing kat situ.

Thaqif hanya menepuk nepuk bahu kanan Rayyan perlahan. Thaqif tahu hal in terjadi kerana Sir Andy memberitahu bahawa markah mereka dipotong kerana tidak membantu ahli kumpulannya. Markah yang dipotong bukannya sedikit, banyak! 

Dan subjek ini merupakan subjek killer bagi semua orang, sebab itu lah ramai yang berusaha untuk score pada assignment dan ujian bulanan. Kalau kedua dua markah mereka yang ini lesap, nak score final nanti sangat tipis.

Rayyan menghembuskan nafas berat. Rambut yang disikat rapi diserabutkan. Sungguh dia tak sengaja nak rosakkan assignment budak iceberg tu. Dah lah assignment budak tu kawan dia kata nak tunjuk Sir Daus harini. Makin menebal perasaan bersalahnya sekarang.

Itulah kau Rayyan, main tuduh je budak tu. Sekarang, ha rasa lah!

Mesej yang dikirim kepada budak iceberg itu ditenung. Memang tak lah budak tu nak balas kalau dah call pun tak angkat. Kepalanya serabut dan dirinya diselebungi dengan perasaan bersalah.

[SKIP]

Ayyad melangkah keluar dari kelas dengan perasaan gembira. Kelas habis awal, siapa je yang tak gembira kan? Nak ke mana ea lepas ni? Ayyad menyoal sendiri.

Iphone miliknya dikeluarkan. Gallery miliknya dibuka dan mencari jadual kelas seseorang. Sikitnya kelas, mesti tengah lepak dengan member dia ni, omel Ayyad dalam hati.

"weyyy Ayyad, tolong aku jaga library harini boleh? Aku ada urgent ni. Nah kunci. Tutup pukul 6 tau! Harini ada budak request nak buat assignments kat situ sampai pukul 6", Qayyum tiba tiba muncul dan meletakkan beberapa gugus kunci di tapak tangan Ayyad. Qayyum meninggalkan Ayyad yang terpinga pinga sambil berkata

"thanks Yad! Nanti aku belanja kau makan!", kata Qayyum yang sudah jauh di hadapan.

"hoiii aku nak cari awek aku sial!", Ayyad menghantukkan kepala perlahan di loker yang berada di sebelah. Duhhh aku nak jumpa buah hati aku. Time macam ni la Qayyum nak urgent. Sampai pukul 6 pulak tu, dah sah sah kelas buah hati dia tu habis awal harini. Melepas lah dia harini hemmm.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now