SKVSBI 58

16 2 0
                                    

Again? Oh my god! Tudung sarungnya dibuka kemudian disangkut pada kerusi belajarnya.

Kalau boleh dia tak nak pergi, tapi takkan nak hampakan harapan wanita itu pula.

"Echa! Open the door sis!"

"Veronica! Open the door please! Veronica can we not fight anymore please! Can we not fight anymore? Veronica sure you're scared I've been there. I can set you free. Veronica, don't make me come in there. I'm going to count to three", ketukan bertalu talu di pintu biliknya membuat Amirah terkejut. Sempat Ayyad menyanyi lagu yang tular di tiktok. Kuat betul pengaruhnya.

"nak apa?", tanya Amirah bila pintu biliknya dibuka. Wajah Ayyad ditolak menjauh. Yang pergi tengok dekat-dekat tu dah kenapa?

"jom la tengok movie kat bawah", ajak Ayyad. Tubuh disandar pada pintu bilik adiknya.

"makngah ada ke?", tanya Amirah kembali.

Ayyad menggeleng. "makngah mana nak tengok 'ninja turtle'. Lagipun makngah dah mengantuk"

"ermm okay lah", Amirah mengangguk. "tapi satu movie je tau, Echa ngantuk", sambungnya lagi sebelum kepala digaru perlahan bila Ayyad merenungnya.

Ayyad mengangguk. Mungkin adiknya masih penat, fikirnya. "dah cepat turun, nanti along bising", suruhnya. Kaki diatur memijak anak tangga meninggalkan Amirah di bilik sendirian.



[SKIP]



"err, makngah", panggil Amirah perlahan.

Madam Sya menoleh Amirah yang disebelahnya. Nampak resah semacam je. "ye kenapa Mirah?"

"umm Mirah nak keluar boleh?", tanya Amirah meminta izin. Ayzeen tiada di rumah. Kerja. Dia pun lupa nak beritahu abangnya semalam yang dia akan keluar hari ni.

"nak ke mana?", tanya makngahnya.

Amirah menggaru pipi tembamnya. Aduh! Nak jawab apa eh?

"nak keluar dating eh? Keluar la, makngah bagi permission", ucapnya dengan senyuman bila Amirah teragak-agak hendak memberikan jawapan.

"ma.. Mana ada dating makngah", Amirah memuncung. Salad buah yang di dalam mangkuk disuap dalam mulutnya.

"elehh, macam lah makngah tak tahu. Handsome tak?", usiknya lagi.

"makngah..", panggil Amirah meleret. Wajahnya memanas. Aduh topik apa pulak ni?

Madam Sya tersenyum lucu melihat perubahan wajah anak sedaranya. Jikalau ada seseorang yang mampu membuka hati Amirah, dia tumpang bahagia. Dia tahu gadis ini sudah terlalu lama menderita.

"amboi! Rancak nampak! Borak apa ni?", celah Ayyad. Mangkuk buah dihadapan adiknya ditarik sebelum menyuap ke dalam mulutnya. Sedap!

"takde apa Yad, nampaknya kita makan berdua je lah nanti. Mirah keluar nanti"

"keluar lagi? Nak pergi mana pulak?", Ayyad menyoal garang. Tangan automatic dicekak pada pinggang. Berjalan aje budak ni! Tak reti duduk rumah ke?

"err makan-makan dengan Naqib hehe", sengih Amirah. Sorry Naqib, terpaksa jual nama. Syukurlah Ayyad dan abang sulongnya tidak tahu bahawa 3 serangkai itu bercuti di kampung Haziq di Melaka. Kalau tidak entah alasan apa dia nak goreng.

"betul ke ni? Keluar berdua je?" , tanya Ayyad lagi. Seakan tidak percaya dengan alasan adiknya.

"dengan yang lain sekali lah. Dah tepi", Amirah menolak tubuh abangnya secara paksa. Lagi lama dia di dapur lagi banyak soalan yang akan Ayyad tanya dan lagi banyak alasan yang perlu dia cipta.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now