SKVSBI 5

38 6 0
                                    

Tiba-tiba, Rayyan bangun dari tempatnya membuat rakan semeja melihatnya.

"Pi mana Yan?", kata Adib.

"Cari buku lah", kata Rayyan dan terus melangkah pergi ke rak buku.


'Budak tu rabun rupanya. Macam mana la agaknya muka budak tu pakai cermin mata ek? Mesti macam kartun', bisik hati Rayyan.

'Eh aku ni dah kenapa pikir pasal budak iceberg tu', Rayyan menepuk nepuk pipi untuk menyedarkannya kembali.

Sedang dia melihat buku-buku yang berada di hadapannya, dia terdengar satu suara


"Aduh kenapa lah semua buku yang aku cari mesti semua letak kat tempat tinggi. Apa tak boleh letak kat bawah ke?
Sikit lagi Rah, sikit lagi nak sampai come on!"
"OK tak dapat"

Budak perempuan itu menghantukkan kepalanya perlahan di rak besi itu apabila buku yang diinginkan tidak dapat diambil, tetapi hujung jarinya setia menyentuh kulit bukunya.

Rayyan tersenyum senget bila kepalanya mengeluarkan mentol untuk mengacau Amirah dan pergi kebelakangnya, tanpa disedari Amirah, dia mengambil buku yang ingin diambil oleh Amirah.

Mungkin terlalu sibuk menghantukkan kepalanya, dia masih tidak perasan kehadiran Rayyan di belakangnya.

Rayyan berdehem dan berkata "nak aku tolong hantuk kepala kau lagi kuat ke?"

Terhenti kepala Amirah dari terus menghantukkan ke rak besi itu.
Dia berpusing untuk membidas kembali, tetapi mulutnya seakan terkunci apabila mukanya terlalu dekat dengan badannya.

Melihat Amirah yang kaku tak bergerak seperti patung, membuat Rayyan lagi seronok untuk mengusiknya.

Rayyan menundukkan badannya separas dengan tinggi Amirah.
"Kenapa pipi kau merah? Seingat aku pagi tadi takde merah macam ni", usik Rayyan.

"Suu.. Suka hati sayalah nak merah ke nak hijau ke. Senior sibuk kenapa?"

Hampir tak keluar suara yang dikeluarkan oleh Amirah. Rayyan tersenyum senget melihatnya. Dia berdiri tegak dan melangkah setapak kebelakang memberi ruang kepada Amirah.

"Nah", Rayyan menghulurkan buku kepadanya.

Dia mengambil buku dari tangannya dan menuju ke tempat duduk. Belum sampai 3 langkah dia berjalan.

Aku bersuara," bila kau free? Aku nak jumpa kau kejap".

Dia berhenti agak lama dan berpusing menghadapnya.

"Tengoklah nanti". Dia kembali berjalan meninggalkan Rayyan di belakang yang tersenyum melihat tingkah laku Amirah yang tak keruan selepas dia mengusiknya.





'Arghh malunya akuu! Apesal tetiba aku tak melawan senior kerek tu pulak! Bebal la kau ni Mirah'
Aku menghantukkan perlahan kepala aku di atas meja kayu.

Tanpa sedar, beberapa pasang mata melihat tingkah lakunya.

"Kenapa dia tu?", soal Adib

"Entah stress gaknya", teka Miqdad.

[SKIP]

Rayyan kembali ke tempat duduknya yang bersebelahan dengan Thaqid.

"Rayyan kau cari apa kat sana, lama nawww", Thaqid berbisik,memandangkan sekarang mereka di perpustakaan.

"Aku cari buku yang Prof cakap tu lah. Tapi tak jumpa. Kenapa?", soalnya.

'Heh! Memang la tak jumpa sebab seronok and puas kacau budak iceberg tu'

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now