SKVSBI 62

22 2 0
                                    


 "maksudnya adik tinggal sorang kat rumah?", tanya Ayzeen terkejut. Mukanya diusap perlahan. Ya Allah apa yang dia dah buat ni? Dia berjanji pada arwah ibu dan ayahnya untuk menjaga adik-adiknya. Tapi dia tinggalkan adiknya seorang diri di rumah. Betul lah apa yang dikata Amirah padanya semalam, dia tak amanah dalam menunaikan janji. Perasaan bersalah menyelubungi hatinya.

"angah lepas maghrib tu dah keluar, dia ada datang bilik. Ingatkan lepastu along dengan dia", balas Ayyad. Papan kekunci ditekan laju.

"Mark dengan Leo tak jawab call?"

Ayyad menggeleng. "tapi dieorang kat rumah Jung ahjushi"

"kita pergi sana", kata Ayzeen. Kunci kereta diambil kemudian mengorak langkah keluar. Ayyad juga mengikut langkah abang sulongnya. Dia dapat rasakan bahawa Amirah ada di sana.



[SKIP]



"nak apa datang sini?", soal Amirah dingin. Kedua abangnya yang duduk di hadapannya direnung tajam. Tahu pula abangnya cari dia di sini. Mungkin mereka hack kedudukan dia dari telefon Mark atau Leo, tebaknya dalam hati.

"duduk. Ada saya suruh awak bangun?", tanya Amirah tanpa nada bila kedua pekerjanya bangkit dari sofa. Mark dan Leo kembali duduk di tempat mereka. Sedikit pun tidak bergerak. Gerun dengan nada suara cik mudanya! Menyesal tak tolong Jung ahjushi di dapur tadi! Kalau tolong tadi tak perlulah mereka menghadap situasi tegang ini.

"adik, along mintak maaf", kata Ayzeen.

"angah pun mintak maaf", kata Ayyad ikut sama. Wajah dingin Amirah dipandang. Namun sekejap saja kerana dia tak mampu bertahan dengan renungan dingin adiknya. Dia tahu salahnya sebab dia ada janji nak bawa Amirah keluar, tapi dia tak bawa pun adiknya keluar.

"baru nak minta maaf? Kenapa tak tahun depan je? Tak sibuk dengan kerja? Kenapa tak keluar pergi program?", soal Amirah bertalu-talu membuat kedua lelaki itu tergamam. Diperli oleh gadis itu sama saja seperti ditusuk pisau. Sakit tak terkata!

"along tahu along salah sebab tinggalkan adik sorang kat rumah", Ayzeen mengaku salah. Meskipun terasa dengan adiknya. Tapi itu semua berpunca dari dirinya sendiri. Sibuk sangat dengan tanggungjawab di tempat kerja sampai terlupa dia ada tanggungjawab di rumah.

"itu je?", soal Amirah. Tangan dilipat rapat pada tubuhnya.

"sebab tak tunaikan janji", kata Ayzeen menunduk. Garang! Kecut juga dia dengan nada Amirah. Betul lah apa orang kata, marah orang yang selalu memendam jangan dibuat main!

"angah pun. Angah ingat Echa okay", tersebik-sebik dia. Nak nangis pun iya jugak!

"lepas tu? Lepas mintak maaf buat apa? Ingkar lagi janji? Tak payah nak buang masa kat sini. Balik, Mirah takde mood nak tengok korang kat sini. Pergi lah hadap kerja dengan program tu sampai lebam", Amirah bangkit dari duduknya. Terus hilang panggilan adik, Echa dan abang.

Ayzeen dan Ayyad terkejut mendengar Amirah memanggil dirinya Amirah dan bukannya adik ataupun Echa. Habislah, adik mereka sudah tawar hati dengan mereka.

Dia mahu ke dapur. Mesti Jung ahjushi tengah siapkan rose tteokbokki untuk dia. Lepas makan nasi goreng kimchi buatannya, dia teringin nak makan kek beras itu. Nak cari di sini susah, ada tu memang ada. Tapi rasanya tak sama!

Terasa lengannya dicengkam lembut buat dia menoleh. Ayzeen dan Ayyad sedang memegang lengannya. "suruh balik, bukannya pegang tangan. Dah tak faham arahan dah ke?", perli Amirah setepek. 

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now