SKVSBI 33

35 2 0
                                    

"mangsa dah keluar tuan"

"bagus. Ikut dia and pastikan jangan sampai terlepas", kata lelaki itu.

"baik tuan"

"kau dah buat apa yang aku suruh?", lelaki itu bertanya dengan suara garaunya. Pisau di tangannya di mainkan dengan cekap.

"sudah tuan! Kami berjaya kesan orang tu, rupanya dia adalah orang yang sama dalam kemalangan 5 tahun lepas dan juga kes pelanggaran yang berlaku pada cik Dyan dan kami juga percaya dia diupah oleh seseorang", kata anak buahnya.

"hantar maklumat tu dekat email aku ASAP", arahnya.

"baik tuan Emerald!"

Tit! Talian dimatikan oleh anak buahnya.

"once you touch her, you will regret", lelaki itu tersenyum sinis sambil melangkah masuk ke dalam lorong gelap. Dalam beberapa saat, dirinya hilang dalam kegelapan pada malam itu.


[SKIP]


Amirah melangkah menuju ke loker selepas berjumpa dengan sir Daus untuk menghantar assignment yang sudah dibuat. Okay bukan aku buat, senior kerek tu yang buat. Alhamdulillah semuanya okay sir kata. Sekarang ni, apa aku nak buat hee? 

Harini dia cuma ada kelas pagi itu pun sudah tamat 2 jam yang lepas. Ah ada baiknya dia gerak ke hospital milik arwah ayahnya bagi membantu Jung Ahjushi.

Telefon berjenama Huawei Amirah keluarkan dari poket hadapan hoodienya, nombor Mark Amirah dail. Belum sempat dia nak tekan butang hijau untuk menghubunginya, satu suara menyapa telinga membantutkan aktiviti Amirah.

"Mirah, call siapa tu?"

Amirah memandang 4 orang jejaka yang kini berada di hadapannya. "err Wawa?",

 Amirah memandang abang Thaqid yang memandangnya sambil memegang secawan air panas yang dibelinya tadi. Tahu tak air cawan yang seringgit tu? Nampak sedap lah pulak air tu.

"kenapa nak call Wawa?", Adib pula mengajukan soalan. Aiii takkan rindu pulak kan? Aneh ni.

Duhh aku nak jawab apa pulak ni? Hmmm fikir Mirah fikir!

Amirah tersenyum nipis memandang mereka yang lain. Nak aku sebut yang lagi 2 orang tu siapa ke? Ya! Anda betul, orang itu adalah senior kerek dan abang Thaqif.

"saja?"

"jom", ha yang cakap sepatah ni korang rasa siapa of course lah Thaqif.

"jom ke mana?", Amirah menjongkit kening. Ni memang dah bahagikan skrip ke apa? Memasing cakap sikit sikit. Dia syak author takde idea lah.

"lunch. Kan sekarang dah pukul 12. Nanti kang kau gastrik lagi", tu dia! Keluar dah bebelan senior kerek untuk kali yang entah ke berapa. But thanks to him, sebab dia aku dapat 4.0 flat untuk assignment tu. Dalam diam Amirah bersyukur.

Yeah sejak kes dia buzy siapkan assignment sampai pola makannya tak teratur, mereka membuat keputusan untuk memastikan aku makan tepat pada masa dengan menghantar gambar makanan yang aku makan. Bukan takat tu je, sampai upah Naqib and the geng lagi untuk pastikan aku tak skip makan.

"nope, sorry I have another plan. Got to go. Bye!", dengan pantas Amirah melangkah pergi dari situ. Lagi lama dia kat situ, lagi kena soal dia dengan Adib. Telefon yang masih berada di genggamannya, dipandang sekilas bila satu notication masuk.

-saya dah sampai kat depan uni, cik muda. _Mark

Tahu saja Mark ni, dia baru nak call, detik hatinya.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now