SKVSBI 37

32 2 0
                                    

"ha Wa, kau nak makan kat mana?", Adib memandang Wawa yang kini duduk di sebelahnya. Lepas sahaja mereka menunaikan solat di masjid berdekatan, mereka terus bergerak ke rumah. Ingatkan bila sampai rumah Adhwa boleh lah dia nak baring baring kat seat belakang, namun Adhwa sudah tercongok di hadapan pagar rumah. Pasal makan laju aje budak Wawa ni.

"EH? Asal tanya aku? Aku ikot korang je nak makan kat mana", Wawa pelik bila disoal hendak makan di mana. Dia bukannya kisah nak makan kat mana, janji kedai makan ha onzz jeww!

"ni kan kawasan rumah kau, kiteorang mana tahu port mana yang best kat sini. Kau je lah decided", Miqdad menarik brek tangan bila lampu isyarat bertukar merah. Suruh pilih nak makan mana pun banyak nohh songeh!

"mamak yokk! Kedai tu kat depan simpang sana. Lama aku tak makan situ", Wawa menunjuk arah di mana kedai itu berada.

"nice lah Wa! Pilihan yang bijak", Adib menghadiahkan thumbs up kepada Wawa. 

Wawa hanya menaikkan kening dengan bangga. Mamak takkan mengecewakan people gaiss!

"tapi kenapa kau cakap dah lama? Bukannya jauh pun kan?", Adib pelik. Dah kalau kat simpang depan tu je, jalan kaki pun boleh sampai.

"hapee kau hingat kalau Mirah dah masak ada peluang nak makan kat luar? Mirah masak serupa macam kat kedai tau! Order je kalau nak makan apa apa", Wawa menjawab. Wawa mengimbas kembali dimana dia meminta Amirah memasakkan makanan Korea, kimchi jigae. Serupa makan kat Korea sedap dia!

"Wa kau ada dapat call Mirah tak?", Ikhwan di sebelah Miqdad kini mencelah diantara perbualan Adib dan Adhwa.

"tak dohh! Dari lepas maghrib aku try call dia, tapi tak angkat angkat. Asyik masuk voice mail je", Wawa membelek telefonnya takut takut kalau Amirah call tapi dia tak perasan. Amirah jarang pulang lambat tanpa memberitahunya. Jikalau dia pulang lambat sekalipun pasti akan ada seseorang yang akan memberitahunya.

"risau lah aku dengan kawan kau sorang ni", Adib menyandarkan tubuhnya di kerusi kereta milik Miqdad.

"kalau kau risau, aku lagi risau macam nak mati, kalau mama aku tanya pasal Mirah tu macam mana? Mampus aku, nak jawab apa sial aku?", Wawa mengeluh.

"language Wa behave", Ikhwan menegur. Haihh budak ni dari zaman sekolah sampai ke sekarang, bahasa kemain ganas lagi. Adhwa hanya merespon dengan menyengih.

"kedai ni ke Wa?", Miqdad menyampuk.

"ha ini betul lah tu", Wawa mengiyakan bila kereta Miqdad sudah sampai di hadapan kedai mamak favouritenya. Pintu kereta dibuka menghirup udara malam yang dingin sebelum kaki melangkah menuju ke kedai mamak namun langkahnya diberhentikan di tengah jalan.

"budak tu buat apa weh?", Thaqid memandang Adhwa yang berdiri di tengah jalan sambil mendepakan tangannya luas. Jarinya menunjukkan arah dimana Adhwa sedang berdiri.

"hah?", Adib memandang arah yang ditunjukkan Thaqid. Terbuntang matanya melihat Wawa yang bersantai di tengah jalan itu. Mabuk ke apa budak ni? Dia ingat sekarang dekat pantai ke apa?

"WOII ADHWA HUMAIRAH!", Adib menjerit memanggil nama penuh Wawa. Namun mungkin kerana dia terlalu menikmati perasaannya, panggilannya tidak disahut.

"Wawa! Kau buat apa kat tengah jalan tu?! Cepatlah lintas!", Ikhwan menjerit panik dan terus meluru ke arah Adhwa. Hujung lengan bajunya ditarik.

"eh?", Wawa terkejut.

"macam macam hal lah budak sekor ni", Miqdad mengeluh penat. 

Rayyan hanya menggeleng melihat kawan baik Amirah.Itu kalau kena langgar jangan tanya salah siapa lah.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now