SKVSBI 41

25 2 0
                                    

Seminggu selepas kejadian 

"kau rasa kita boleh score ke exam kali ni?", Thaqid memecahkan kesunyian. Kalau sebelum ni dia tidak lah berapa risau sangat kerana assignment dan ujian bulanannya sentiasa mencapai targetnya. Tapi kali ini dia agak risau kerana markah assignment dan ujiannya telah dipotong.

Dia tidak mahu repeat paper, kalau umi tahu ni habis dia kena cubit!

"aku pon risau jugak, takut tak lepas je", Rayyan mengeluh sedikit.

"Qif kau okay?", Rayyan memandang Thaqif yang tenang membaca notanya. Walaupun Thaqif jarang bersuara tak semestinya dia buat tidak peduli pada Thaqif. 

Lain la Thaqid, kadang tak tanya pun dia sendiri yang akan buka mulut.

"risau, tapi buat yang terbaik. In shaa allah dipermudahkan", kata Thaqif tenang.

"gaiss jom masuk dewan. Dorang dah panggil tu", ajak Zaidi, salah seorang kawan mereka bila ternampak mereka masih duduk termenung di koridor. Risau sangat ke? Selalu tak macam ni, hmm musykil ni.

"jom", kata Thaqid bersemangat. Thaqif mengekori langkah adik kembarnya dari belakang.

"pstt weh, kau nampak Mirah?", tanya Rayyan sambil matanya meliar mencari budak iceberg itu. Ujian akhir mula 9:30 pagi, tapi daripada pukul 8 dia tak nampak budak tu. Takkan tak datang kot?

"tu hujung sana tu. Awat?", soal Zaidi. Keningnya dijungkit memandang Rayyan yang berusaha mencari kedudukan Amirah. Terlihat Amirah yang menyembamkan muka di atas meja yang didudukinya. 

Paling hujung paling belakang, tempat yang paling diharapkan oleh pelajar lain. Sebab apa? Ha mestilah sebab boleh termenung untuk fikir jawapan dengan tenang, tak gitu? Nama depan A tapi paling belakang, jujurnya dari awal semester dia tak faham macam mana cara penyusunan dalam dewan periksa ni.

"tak ah, saja tanya. Aku ingatkan dia tak datang", kata Rayyan selamba menyebabkan Zaidi menyikunya dengan sengihan yang tersungging di bibirnya. Dahi Rayyan berkerut, dah kenapa main siku? Takde siku ke apa?

"kau suka dia eh?", tanya Zaidi penuh curiga.

"nak exam tau ni, kau jangan bazirkan space otak kau dengan soalan yang takde kaitan", kata Rayyan selamba dan terus mengambil tempatnya. Zaidi yang mendengar jawapan Rayyan berdecit sebelum duduk di tempatnya.


[SKIP]


"aku bebas ya allah! Aku bebas!", jerit Thaqid gembira sambil berlari di laluan koridor. Dia tak hirau dah orang yang memandangnya pelik. Biarlah orang nak kata apa sekali pun. Yang penting dia dah bebas dari dunia ini, setelah berhari hari dia berhempas pulas untuk subjek killer ini.

 Akhirnya, korang faham tak perasaan tu?

Rayyan yang melihat menepuk dahinya. Adess! Kawan aku ke tu? "kau tengok adik kau tu Qif",

"tak kenal", jawab Thaqif kejam membuat Rayyan tergelak kecil. Abang kembar pun tak ngaku adik, macam mana?

"weyyy jom makan! Aku lapar dah ni", Thaqid muncul setelah berlari lari di koridor. Bahu abangnya dicuit perlahan. Thaqif memandang adik kembarnya dengan muka 'nak-apa'

"sikit air ehehe", sengih Thaqid. Haus selepas berlari dan menjerit di laluan koridor tadi. Thaqif menghulurkan air mineral yang masih belum dibuka kepada adiknya.

"uhuii gaiss canerr exam tadi? Okay tak?", tegur Adib sesampai sahaja di hadapan mereka bertiga.

"Alhamdulillah", jawab Thaqif dengan sedikit senyuman. Rayyan hanya mengangguk.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now