SKVSBI 8

35 5 1
                                    

Selepas hampir 30 minit di dalam kereta, akhirnya kami sampai di depan kedai makan yang bernama  Kedai Makan Makcik Swag. Uishh gila unik betul nama kedai ni, aku melihat dari dalam kereta.

"Mirah, kenapa tak turun?", Thaqif bertanya bila melihat aku yang masih setia duduk di kereta.

      "Mirah nak ikat tali kasut jap. Abang Thaqif pergi la dulu, nanti Mirah masuk.. ", aku berkata dengan nada datar.

"Ok, kiteorg masuk dulu. Rayyan kau tunggu Mirah!", Thaqid berkata seraya melangkah masuk ke dalam kedai mengikut langkah abangnya.

"Hemm", Rayyan tidak membantah dan menunggu Amirah yang mengikat tali kasutnya di dalam kereta.

 

[SKIP]

"Senior cepat lah", aku menggesa senior kerek saat ternampak kelibat maklong dan paklong setelah menutup pintu kereta.

    "Kau tadi terhegeh-hegeh, nak betul kan kasut lah apelah, sekarang nak suruh aku cepat cepat pulak. Asal kau tak ikot je si Thaqif ngan Thaqid tu dari tadi?", bebel Rayyan tidak puas hati.

Aku diam tak menjawab, tetapi menarik lengan baju senior kerek agar cepat pergi dari tempat parking kereta apabila dia sudah selesai mengunci pintu kereta. Harapan aku, bila jalan sebelah sebelah dengan senior, maklong tak kan dapat cam aku. Tapi...

Belum sempat melangkah, aku ditahan oleh maklong.

" Sombongnya sekarang, jumpa dah tanak tegur tegur orang. Itulah akibat dari kecil keluarga tak ajar", maklong menyindir.

    "Maklong kalau datang cuma nak menyindir saya, saya rasa tak perlu lah saya lama lama kat sini. Saya belum makan tengahari lagi ni", aku membalas. Please kuat macam biasa Mirah, jangan nampak kau lemah. Aku menggenggam tangan kuat cuba untuk bertenang.

"Tengok tu, makin kurang ajar. Ni ke mak kau ajar masa dia hidup? Kenapa kau tak mati je? Kau hidup ni menyusahkan orang je", maklong mengutuk dengan senyuman sinisnya. Bangga dapat mengutuk ibu aku di hadapan aku sendiri. 

     "Siapa yang susahkan hidup maklong? Bukan maklong yang jaga saya, makngah yang jaga saya", aku membidas berani.

"Kalau dibayar beribu pon untuk jaga kau masatu, aku pon tak ingin lah. Kau tahu tak? Sebab sibuk sangat jaga kau ni lah, makngah kesayangan kau tu tak kahwin kahwin walaupun umur dah 30 lebih", maklong menunjal nunjal kepala aku dengan kasar.

Aku terdiam mendengar apa yang maklong cakap. Betul ke apa yang maklong cakap? Sebab aku, makngah...

"Ha kenapa diam? Terasa ke? Baguslah kalau terasa".

Rayyan pov~

"Amirah diam, tanda dia hormat kat makcik. Kalau dia menjawab, makcik kata dia kurang ajar pulak"

Aku mempertahankan Amirah dengan menariknya ke belakang badannya bila melihat Amirah diam tak berkutik walaupun kepalanya ditunjal berulang kali. Pertama kali dia nampak Amirah tak membalas orang yang menyakitinya. Setahu dia, Amirah ini pantang orang main kepalanya. Namun kali ini berbeza.

"Kau jangan nak mengajar aku pulak! Ha baguslah. Umur belum 20 tahun dah gatal nak ada kekasih bagai. Perangai kau dengan mak kau memang takde beza! Suka kikis harta orang!", maklong berkata dengan sinis dan mula melangkah pergi dengan muka yang puas.

"Maklong tak terfikir ke? Kalau saya ni suka kikis harta orang, maklong pon takde beza dengan saya. Harta yang maklong ada hari ni, kereta, rumah, apa apa aset yang maklong sekeluarga ada sekarang ni, semua saya punya. Bila bila masa je saya boleh amik balik apa yang sepatutnya jadi milik saya", aku melangkah ke depan dari menyorok di belakang Rayyan dan memandang maklong.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now