SKVSBI 12

36 6 3
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam universiti seperti biasa. Aku tahu ramai yang tengok aku sekarang ni, tapi kesah apa aku. Kaki melangkah laju menuju ke kelas untuk pagi ini menunggu Madam Dania seperti biasa. Mood aku tak berapa elok pagi ni.


"Weyhh ,asal Mirah tu?", Haziq berkata kepada sahabatnya sambil melihat ke arah Amirah yang diam tidak berkata apa apa. Pagi tadi sebelum masuk ke dalam kelas, dia ada tegur Mirah, tapi tak dilayan. Terserlah aura dinginnya sehingga boleh terasa ditulang belulang. Scaryyy TT

"Taktahu la. Aku nak tegur ,tapi tak berani. Muka dia menakutkan lah", Naqib menjawab dengan berbisik. Yelah cakap kuat kuat kang budak tu dengar tak ke naya dia? Jelingan dingin Amirah saja sudah boleh buat dia pucat tak berdarah.

"Kal, kau takde tanya dia ke? Kau kan rapat dengan dia", Haziq bertanya ke arah Haikal yang turut memandang Amirah.

"Ishh kau ni! Memang la aku rapat ngan dia, tapi kau tak nampak ke dia tengah badmood tu. Taknak aku!", Haikal menggeleng dengan laju. Silap haribulan boleh tercabut kepalanya disebabkan dia menggeleng dengan kelajuan 180km/h. Baginya Amirah tidak ubah seperti watak anime yang sedang marah. Dikelilingnya dipenuhi aura hitam. Ya itulah imaginasinya sekarang ni. Bukan dia sahaja yang berimaginasi sebegitu, malah 2 orang kawannya turut sama. Atau lebih tepat semua orang yang berada di university berfikiran begitu.


[SKIP]

Kelas Madam Dania hari ini tamat lebih awal dari yang biasa, kerana Madam ada urusan yang mendadak. Baru sahaja aku hendak melangkah keluar dari kelas, terasa bahu aku dicuit seseorang menyebabkan aku menoleh ke belakang.

Aku menjongket kening bila melihat 3 orang jejaka yang melihat aku dengan takut takut maybe.

"Emmm Mirah, kau ok?", Naqib bertanya selepas hampir 5 minit mereka bertiga menyiku antara satu sama lain.

"Okay, kenapa?", aku pelik.

"Tapi kenapa kau harini macam dingin semacam?", Haziq pula bertanya setelah mengumpul keberaniannya yang berterabur disebabkan Amirah yang merenung mereka dengan tatapan dingin.

"Nampak sangat ke?"

Ketiga tiga mereka mengangguk dengan laju. Dah kalau angguk laju macam burung belatuk ni, yelah tu.

"Penat sikit, biasalah tu. Aku gerak dulu. Thanks tegur", aku berkata sambil tersenyum nipis.


"Tu Mirah ke weyhh? Dia senyum ke tadi? Sedarkan aku boleh tak?"

"Mata aku salah tengok ke tadi? Amirah Aisyah senyum?!! Like seriouslyy?!!"

"OII! YE ANAK ANAK KUU!!!AMIRAH AISYAH SENYUM TADI!! SEKARANG BOLEH BERGERAK KE KELAS SETERUSNYA YE!!! KITA DAH LAMBAT!!"

Naqib menolak 2 orang kawannya yang seolah olah tidak percaya yang Amirah tersenyum kepada mereka. Tu baru senyum, kalau Mirah gelak? Agaknya boleh gila kawan kawannya ni. Naqib menggeleng. Sejujurnya dia juga seakan tidak percaya bahawa Amirah akan tersenyum kepada mereka, namun rasa terkejutnya hanya disimpan di dalam hati. Dah 2 orang anaknya (kawannya) dah macam orang tak betul, takkan lah dia nak join sekali kan?






"Baiklah, hari ni saya akan bagi awak assignment, dan assignment ini perlu dibuat secara berkumpulan. Tajuknya,saya sudah hantar di dalam group kelas, boleh semak nanti ya. Ada apa apa soalan nak tanya?", Sir Andy bertanya kepada pelajar yang berada di hadapannya.

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now