SKVSBI 14

48 6 0
                                    

"ADHWA HUMAIRAH BINTI ROSLAN!!!"

Aku menerpa ke arah Wawa bila dia menepuk nepuk bahu senior kerek. Bukan aku tak dengar apa yang dia cakap. Kuat kot, nasib baik jiran-jiran dah masuk dalam rumah. Suka-suka hati dia je nak ship aku dengan senior kerek ni. Aku menarik Wawa menjauhi senior kerek yang nampak terkejut mukanya. Maybe tak expect kot Wawa tepuk bahu dia lepastu cakap benda yang bukan bukan.

"Kau ni kacau lah. Aku baru nak buat pengisytiharan", Adhwa mencemik.

"Banyak la kau punya pengisytiharan", Amirah mencekak pinggang memandang Wawa yang sedikit tinggi dariku.

"Mirah", Ikhwan memanggil Amirah.

"Hmm"

"Jom pergi hospital", Ikhwan mengajaknya.

"Taknak", Amirah menolak.


"Kau boleh tak jangan degil?", aku mencelah.

Geram betul aku dengan budak ni. Orang lain punya lah risau pasal dia, dia boleh cakap macam tu je. Elak kena ketuk je budak ni

"Suka hati saya lah nak degil ke apa", Amirah menjeling aku.

"Boleh simpan kau punya kepala batu tu untuk tahun depan tak? Tak kesian kat Ikhwan? Dia risau bila tahu kau luka sampai berdarah darah", aku menyerang dengan pelbagai soalan.

Amirah menghembuskan nafas perlahan.

"Look, I really appreciate that. But I don't need it. I'm just fine. Don't worry about me", Amirah berkata dengan nada yang perlahan. Barangkali terlalu penat untuk bergaduh dengannya.

"Mirah, tangan Mirah luka tu. Kena rawat, nanti kena jangkitan kuman. Pergi la ea hospital?", Thaqid memujuk Amirah.

"Hospital? What for? Seriously I don't need it. Setakat luka sikit takde papelah", Amirah menunjukkan simbol ok dengan jarinya.

"Kau jangan degil boleh tak? Ikut jelah. Bukannya nak simpan kau kat bilik mayat pon", aku berkata. Cuba lah sekali tu dengar orang cakap. Ini tidak! Asyik nak ikut kepala batu dia je budak iceberg ni. Ehh angin pulak aku makin lama

"Ishh senior ni! Saya kata saya ok, saya ok lah!", Amirah geram.

Tanpa amaran, aku memegang tangannya dan menyingsing lengan baju hingga ke siku.
"Ini yang kau kata ok? Dengan darah still mengalir. Luka kau ni dalam, kau faham tak?"


"Maigatt! Macam drama korea duhh! Aaaaa I love it!!", Adhwa memegang pipinya yang kepanasan bila melihat adegan antara Amirah dan Rayyan. Dalam diam dia juga sempat mengambil beberapa keping gambar tanpa pengetahuan sesiapa. Ini kalau post kat Ig story confirm meletup! Tapi Wa sebelum tu confirm Mirah yang meletup dulu. Baik jangan, Wawa mengangguk dan menggeleng bila memikirkan risiko yang akan dihadapinya jika berbuat demikian.

"Wa, ni bukan masa yang tepat untuk kau melting Wa. Kau tak takut ke Mirah tu ngamuk?", Ikhwan menggelengkan kepalanya melihat Adhwa yang seperti kerang busuk.

Tersengih sengih budak ni tengok. Haihhhhhh. Apa punya kawan dia ni?  Pelik betul lah.

"Syuttt, jangan kacau aku tengok live", Adhwa menyuruh Ikhwan senyap.

Thaqid? Thaqid ternganga melihat tindakan berani dan drastik Rayyan. Tak pernah lagi dia buat macam tu dekat mana-mana perempuan kecuali ahli keluarganya.

Dalam kepalanya pelbagai soalan muncul.


"Lepaslah! Suka hati senior je nak pegang pegang tangan saya! Senior bukan suami saya ke abang saya ke apa ke", Amirah membebel. 

SENIOR KEREK VS BUDAK Iceberg (slow update)Where stories live. Discover now